<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Oberon

17.7.09 by MORIBAYU

By their increase, now knows not which is which:
And this same progeny of evils comes
From our debate, from our dissension;
We are their parents and original.


~ Aku tak gembira

Berdiri Dalam Bayang

16.7.09 by MORIBAYU

The Victoria fountain

Bila kita berdiri dalam bayang : Baru kita sedar ,betapa cahaya itu ada Warna.
Bila kita berdiri dalam cahaya : Baru kita sedar, betapa cahaya itu ada rasa.
Bila kita berdiri dalam rasa : Baru kita sedar, betapa Rasa itu adalah Cinta-Nya.

LIHAT dengan HATI

by MORIBAYU

Lihat , bagaimana awan terbina.
Tak pernah : Walau sekalipun

Saling menyakiti .....antara satu sama lain.

Bersuara

by MORIBAYU


Membisu~juga adalah satu bentuk Jawapan.
Kepada satu Soalan.

Kenapa kawan saya tak ramai ??

by MORIBAYU

Aku benci perasaan itu
Perasaan apa ??

Perasaan bila sesuatu majlis berakhir. Dan kita kene ucapkan selamat malam pada kawan-kawan. Aku sayang kawan-kawan aku. ( Walau diorang selalu cakap " Kami tak sayang... kamu En Megat " ).Kenapa perasaan itu hadir menerjah ??. Mudah saja jawapnya. Kerna aku , ada kawan-kawan yang amat hebat sekali. Mereka menerima aku, kerana bukan siapalah aku. Tapi kenapalah aku. Aku sudah lalui jalan yang amat panjang. Jadi aku sudah kenal rupa, dan istilah yang tepat bagi sebuah persahabatan. Mana kawan waktu susah. Mana teman waktu senang. Aku tak peduli , jika sahabat-sahabat itu:- tak muncul saat aku ditimpa celaka. Tapi aku amat tahu , siapa antara kalian. Yang akan menaip sms bertanya khabar. Walau Saat itu , aku hanya demam dan batuk sekali.

Read more »

by MORIBAYU

 Life sucks
Read more »

Sudah tiba masanya ??

by MORIBAYU

Melukis - Sudah
Menulis - ??

Jalan

by MORIBAYU

Di bawah langit mana aku berjalan ??
Di atas batu mana aku mendarat ??
Di pasir mana aku menari ??
Di lantai mana aku menghentak ??
Di tangga mana aku membilang ??
Di arah mana aku menuju ??
Bayang aku...tak mahu tahu
Kenapa kau yang sial harus persoal
Dan kami simpan...rahsia-rahsia kami.

Sujud - Wujud

by MORIBAYU

A - Aku tak percaya pada kewujudan Tuan.
T - Betul kau tak percaya pada Tuan ??.










Betullah...aku memang tak percaya pada Tuan. Ianya tak pernah wujud - A.
Jadi ,dari mana kau jumpa perkataan " TUAN " itu ?? - T.


S.E.M.P.U.R.N.A

by MORIBAYU

Lokasi :

Stadium Bukit Jalil - Malaysia

Aku pun manusia - Yeah , manusia yang berusia 25 tahun pula tu.

14.7.09 by MORIBAYU

Handphone comel aku berdentang-dentang dengan sms dan pangilan masuk. Pelik ?? Kenapakah ?? Bila aku baca sms yang menyarat dalam mailbox. Baru aku faham. Ramai yang mahu sibuk-sibuk bertanya. Aku menulis tentang seseorangkah ?? Aku marah pada seseorangkah ?? Aku sudah di rasuk hantu kah ??. Apa yang aku maksudkan dengan " Gajah Si Blogger ?? ":

Bapak marahkah ??
Tak..bapak tak marahlah - jawab aku menipu .
Betul bapak tak marah ??
Betullah... Bapak tak maulah kene jual nanti. Mana ada bapak marah. Bapak tengah happy nieh. - jawab aku lagi - sambil menambah tipu daya dalam perbualan.

Apa punya soalan bodoh yang aku terima. Aku nampak marahkah ??.

Tapi malam semalam , sebelum tidur. Aku dapat pangilan dari Dr Joey. Aku terus meluahkan apa yang aku rasa. Aku taklah nak meraung marah. Kerna sifat kejadian aku. Aku ini , memang bukanlah kaki marah. Tapi jika aku yang kene marah , memang selalulah ada . Pada Dr Joey , aku luahkan apa yang terbuku di hati. Ye la , jika simpan kat hati , bukan dapat faedah pun. Aku terus leka bercerita dan bercerita. Dan di akhir perbualan...aku terkasima sekejap bila Dr Joey bertitah :

" Megat , orang nak cakap apa-apa pun ttg kamu . Mereka bukan kawan kamu. Kami ini yang lagi kenal siapa kamu. Mereka boleh cakap apa sahaja. Tapi mereka tahu ker siapa kamu ??. Jika orang nak cakap kau macam-macam , sebab mereka tak pernah kenal kau siapa. Kami ini yang duduk sama-sama dengan you...ok. Lagipun kau pun memang jenis misterius...itu lagi bagus. Biar orang selalu tertanya-tanya. " ( Adapun ayat-ayat ini telah digubal dan digubah sesedap rasa oleh saya ).

Kesimpulannya ?? - Aku tak marahlah -


Aku meluat jerk.

Tangan-NYA

13.7.09 by MORIBAYU


Manusia membina dan terus membina. Tanpa menunjukan tanda-tanda mereka akan berhenti. Otak kecil mereka , terus berkembang dalam setiap detik saat. Dalam tempoh 100 tahun , bangsa manusia telah mampu mencapai tahap kematanganya. Dengan Keupayaan utk menerima dan mentafsir , membuatkan bangsa manusia dapat terus wujud dan mengesahkan kekuasaannya , melebihi mahkluk lain. Bayangkan apa yang mampu mereka capai , jika terus kekal selama 5000 tahun yang mendatang ??

7 lagi keajaiban dunia ??
Karya-karya sehebat Plato tertulis semula ??
Bangun nya Empayar hebat yang merentas 3 benua ??
Lahir idea-idea baru yang mengubah kefahaman manusia ??

Walau apa pun mereka cipta , ukir , lakar , arahkan. Dalam kebangaan untuk menyambut kejayaan ketamadunan bangsa. Manusia selalu lupa.......apa yang mereka usahakan itu , adalah tanda kasih sayang-NYA.

Bias

by MORIBAYU

Aku rindu Kota Melaka
- Sebab di sini,biasnya pun amat indah

star of creation

by MORIBAYU

Hexagram - Mandala - Star Of David - King's Star - Najmat Dawud
Read more »

Ady - Ini versi ada warna-warni - Hohohohoho

by MORIBAYU


Read more »

Gajah Si Blogger

by MORIBAYU

" Kenapa letak Gajah di zoo ??? Saya nak tengok Semua binatang sahaja..Melainkan Gajah "



Read more »

Aku Ada bela Cardisoma armatum

by MORIBAYU

" Hai,saya Dr Joey ... "


Read more »

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.