<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Seraphine

18.2.12 by MORIBAYU

Apabila aku kehilangan arah,sewaktu duduk melukis dan mewarna.
Aku akan pasang dvd filem ini~dan mainkan sehingga ianya tamat.
Menjadi seorang pelukis,memang mudah untuk berasa kecewa parah.
Aku cuma perlukan inspirasi dan ideologi.Dan kamu sebagai peneman.

Jika

17.2.12 by MORIBAYU

Jika kamu ada bakat~tumpahkan kesemuanya,biar orang peduli.
Jika kamu tiada punya,walau satu~carilah dan semoga terjumpa.
Jika kamu sudah berjaya~tumpahkan kesemuanya,biar aku peduli.

Tabu~Shaz Johar

16.2.12 by MORIBAYU

'Telefon hanya untuk berbual.Kalau nak dengar lagu,saya guna MP3.Kalau nak ambik gambar,saya pakai kamera.Kalau saya nak main Facebook,saya guna laptop'.

~Mohd Nadim Abd Yusof. [ Bab 3 Mukasurat 41 ] 
F=Fixi + Tabu = Shaz Johar

Selepas amukan Kougar pada tahun 2011.Tahun ini muncul pula Tabu.Selepas hampir 2 minggu aku habiskan masa,untuk mencari buku ini.Seperti sebuah dejavu pula,saat aku terjumpa naskah ini di cawangan MPH Mahkota Parade.(tempat yang sama,aku menjumpai Buku Kougar).Dari susunan rak yang membusung dek buku-buku cinta.Aku mencapai laju satu unit buku Tabu.Aku cuma membelek-belek 2-3 muka dan terus membeli tanpa banyak soal.Aku tahu Shaz tak akan mengecewakan para pembaca naif seperti aku.Aku memang suka pada penceritaan 'Kougar'.Dan aku yakin 'Tabu' tidak akan menghampakan.Sampai di rumah,aku terus rebahkan diri dan minda.Dari muka ke muka,aku selak tabir dunia 'Bibi' yang sendat dipenuhi dengan kejutan,jenaka dan drama.Seperti biasa,aku tergelak kuat sepanjang malam sewaktu membaca naskah ini.Setiap kata kunci yang mampu mengeletek hati.Di tulis cermat dan di susun tepat.Sampaikan aku terfikir 'Dari manalah shaz dapat idea-idea hebat',dalam menyusun plot-dialog dan hiburan santai di dalam buku ini ?.Membaca 'Tabu' memang berjaya buat aku jadi awet muda.Hilang semua segala resah-marah dan masalah hidup.( tak apalah walaupun sebentar ).

Di dalam tabu~Aku nampak ada persamaan diantara 'Rakisha' (watak utama Kougar ) dan 'Bibi'.Kisah hidup mereka,berputar-putar tentang permasalahan dunia yang sama.Walaupun mereka punya sisi nakal dan gelap.Tapi adakala rupa islam mereka akan terserlah,walau kelam berbaur dengan konflik diri.Shaz dengan berani~telah melahirkan watak-watak perempuan yang punya beza moral,di dalam setiap buku beliau.Beliau seolah menekankan.Setiap perempuan itu,bukanlah terlahir semulajadi~untuk menjadi sempurna sebagai putri atau dewi suci hikayat melayu.Tapi lebih kepada satu entiti real,mewakili kebenaran tentang apa yang dihadapi oleh makhluk bernama perempuan.Di mata shaz,perempuan tak seharusnya cantik.Perempuan adalah makhluk pelbagai spesis ( merangkumi gemuk-tua-bodoh-malas-kufur-meroyan dan dosa besar ke lapan ).Berlawanan sungguh dengan sifat kewujudan watak lelaki seperti Nadim dan Mosi.Mereka ditempa untuk menjadi malaikat~dengan sifat diri yang sasa-kacak-rupawan dan mulia.Petembungan dua sifat ini,melahirkan satu kekusutan yang sangat harmoni.Dari bab ke bab,aku jenuh membaca penceritaan indah ini.

Selepas membaca bab ke 3.Aku mula merasakan~setiap watak-watak di dalam tabu  seolah benar-beanr 'wujud'~sampaikan aku ada terfikir~'mungkin memang ada di luar sana,perempuan-perempuan yang macam rakisha atau bibi'.Mereka tidaklah sebaik heroin filem melayu.Mereka punya banyak kesilapan dan miliki ketohoran rupa segelap malam.Namun kenaifan mereka itu,membuatkan kita simpati,berbelas kasihan dan terhibur.Satu perkara yang aku puji tentang buku ini.Adalah bagaimana tepatnya,setiap ayat dan petikan perkataan dalam mewakili emosi setiap watak.Aku cakap dengan  seorang teman~"Memang pelik bukan,penulis buku ini adalah seorang lelaki..tetapi cara dia menulis seperti dia seorang perempuan sejati".Dan teman aku jawab "Errr..mungkin pada kelahiran yang lepas,penulis itu adalah seorang penulis wanita paling popular".Aku tergelak sunyi pada jawapan itu.Hurm,mungkin ada  betulnya pada tuduhan tersebut ?.Sebab 'Kougar' dan 'Tabu',disampaikan secara luhur dari kacamata seorang watak wanita.Dan shaz telah berjaya di dalam 'lakonan' beliau,dalam memahami dunia wanita yang cukup kompleks.

Ada yang bertanya kepada aku.Adakah ini sebuah buku cintakah ?.Mungkin  kerna dia terfikir isu cinta peluk pkok pisang itu~adalah isu lama berbuih basi.( Aku sendiri pun sudah muak,melihat novel-novel cinta yang membukit memenuhi pasaran ).Aku pun tak tahu,adakah ini sebuah buku cinta ?.Jika ya..tak kisahlah,kerna di tangan shaz.Cinta telah berpinak menjadi satu 'Cinta Mutasi'.Ini bukan kisah cinta lara tahun 90an.Ini kisah agung untuk tahun 2012.Yeah..Realism telah menjinakan 'Tabu'.Jadi sila sediakan diri,sebelum duduk membaca.Jangan terperanjat dengan sifat-sifat manusia sebenar,yang telah dibogelkan seksi di dalam setiap perenggan buku ini.Ingat ini bukanlah kitab suci untuk mencari pedoman.Ini hanyalah sebuah buku sejarah,tentang seorang perempuan subur bernama 'Bibi'.

Kepada teman-teman di luar sana.Dapatkanlah naskah ini secepat mungkin,di kedai-kedai buku berhampiran.Buku setebal 312 muka surat ini,adalah sebuah drama paling ringan~tentang seorang perempuan paling berat.

MicMacs

15.2.12 by MORIBAYU

Sehari suntuk aku berpusing-pusing di dalam Summit USJ.Mencari DVD filem 'A Very Long Engagement',karya pengarah perancis Jean-Pierre Jeunet.Tetapi selepas 3 jam menjelajah ke setiap ceruk dan pelusuk kedai.Aku cuma menjumpai karya terbaru beliau iaitu 'MicMacs' ( Keluaran pada tahun 2009 ).Walaupun di hati ini terasa berasa sedikit hampa.Namun selepas menonton filem ini.Aku berasa sangat berpuas hati sekali.Dengan plot cerita yang sangat pelbagai dan original.Ditambah pula dengan warna-warni dunia sureal,yang dizahirkan dengan baik oleh Jeunet.Oh,aku memang sudah jatuh cinta dengan hasil kerja beliau.Aku rasa,jeunet adalah diantara pengarah terbaik pernah wujud pada era ini.Walaupun aku tidak pernah menonton karya-karya terawal beliau.( Hasil kerja pertama yang aku nonton adalah Le Fabuleux Destin d'Amélie Poulain ).Namun walau hanya berdasarkan dari menonton Amelie saja.Penilaian aku terhadap hasil kerja  pengarah ini,tetap sebuah pujian yang tinggi melambung.Aku menonton 'Amelie' hampir lebih dari 50 kali.Aku rasa itu sudah mencukupi,untuk menunjukan betapa bagusnya hasil penulisan dan arahan Jeunet.Beliau berjaya menjadikan setiap scene didalam filem beliau~seumpama sebuah gambar/lukisan bergerak yang penuh cerita.Sudah tak ramai,pengarah filem yang mempunyai bakat sebegini.Aku sudah pun habis menonton 'MicMacs'.Pencarian aku akan bermula sekali lagi.Kali ini,aku mahu mencari 'Delicatessen'-'The City of Lost Children' dan sudah tentu sekali 'A Very Long Engagement'.Yay,semoga aku ketemu semua filem-filem hebat ini.

Keliru & Kusut

14.2.12 by MORIBAYU

Ada orang telah berkata 'Permikiran Kamu terlalu bersifat Kompleks dan Mengelirukan'.
Mereka berkata sedemikian,hanya dari sebuah pemerhatian mudah selama 10 minit.
Mereka patut menelan dan kunyah semula~Semua butir kata-kata dan tuduhan ringan itu.
Kerna yang benarnya.Aku bukan sahaja kompleks dan mengelirukan.Aku juga adalah 'rumit'.

HB IX

13.2.12 by MORIBAYU

Art begins with resistance - at the point where resistance is overcome. 
No human masterpiece has ever been created without great labor.

 ~Andre Gide

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.