Aku sangat-sangat gembira,sekarang ini~Sebab,project buku yang aku usahakan sejak awal tahun dulu.Sudah mula menjadi draft,dan material yang kukuh.Insya allah,jika tiada aral menghalang.Pasti pada hujung tahun nanti.Buku ini akan dikeluarkan kepada umum.Sudah menjadi,impian aku,dari dulu lagi.Untuk buku ini,dicetak dan sampai kepada tangan pembeli.Aku cuma,mahu berkongsi sedikit idea dan pandangan.Termasuk segala apa,yang telah aku lihat dan rasa.Syukurlah~Semuanya,sudah hampir menjadi satu kenyatan.
Sekarang,hampir pada setiap malam.Kadang kala,sampai ke waktu subuh.Aku akan tekun melukis ataupun menulis.Dari satu muka,ke satu muka..aku leka menyiapkan semuanya.Masih ada banyak,yang perlu di perbaiki dan diteliti.Aku memang sangat cerewet,dalam memilih~hasil kerja yang terakhir.Yay...Jika aku rasa,macam tak berpuas hati.Aku akan buat semuanya semula,sekali lagi.Biarlah menimbun kertas,diconteng atau terbuang.Janji terhasil kualiti.
Sekarang pun,selain dari project buku ini.Aku baru mendapat 2-3 tawaran project baru.Ada yang aku terima.Ada pula yang aku tolak.Tak mahulah jadi tamak.Aku buat,mana yang aku mampu nak buat.Hal bayaran,bukanlah satu persoalan.Janji aku dan klien,berpuas hati.Syukurlah,kerana diberi semua rezeki ini.Ini memberikan aku,banyak keyakinan kepada diri sendiri.Harap-harap kesemuanya,akan berjalan dengan lancar.Aku akan terus mencuba,untuk berikan yang terbaik.
Cuma itulah,masa untuk dihabiskan bersama dengan kawan-kawan.Jadi semakin terhad.Aku sudah jarang keluar rumah,atau berjumpa siapa-siapa sekarang ini.Balik dari kerja,aku akan terus mengadap kertas dan buku rujukan.Aku cuma tak mahu menggangu dan diganggu.Kepada kawan-kawan aku,harap anda semua faham ya.Aku bukan sengaja diri,tak mahu memenuhi jemputan kalian.Insya allah,jika ada umur.Kita jumpa lagi,pada waktu aku lapang.Lagipun,sejak dari awal tahun lagi.Aku sudah berazam.Yang tahun 2011 ini,adalah tahun untuk diri aku sendiri.Aku mahu habiskan,banyak masa untuk diri sendiri.Berikan aku sedikit ruang,kerana..
Aku hanya mahu 'gembira'.