<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Pindah

27.10.12 by MORIBAYU

Usang

26.10.12 by MORIBAYU

Setia

25.10.12 by MORIBAYU

Sang Suami berjalan sangat perlahan,kerna di asak langkah yang tempang.
Walau dibantu sehunus tongkat bambu.Namun langkah tetap goyah dan payah.
Apabila suami berhenti kerna lelah.Sang isteri dengan sabar~ikut berhenti sama.
Dan kala suami sambung rentak berjalan.Lantas isteri kembali menghayun langkah.
Sama dan Sejiwa~Kedua anak tuhan ini,aku lihat kusyuk.Hingga pudar dari mata.
Di dalam pekat terik musim kering.Tekak aku kering..Kulit ini mula merentung rangup.
Tapi satu yang paling nyata~Walau seterik mana surya cuba membakar sabar dan sayang.



'Kesetian' tak akan pernah tersejat.

Cerita

24.10.12 by MORIBAYU

Aku tak pernah pun pergi ~'Mengambil Gambar'.
Aku cuma duduk di situ dan mendengar 'Cerita dan Kisah Mereka'.
Dan di blog ini~Aku membacakan Hikayat itu semula dan kongsikan sama kalian.

Batavia

23.10.12 by MORIBAYU

Seorang diri menaiki teksi dari apartment.Ini kali pertama,aku menjelajah jakarta seorang diri.Walaupun sudah berapa kali ke kota mega ini.Tapi ianya masih sebuah daerah yang terlalu asing.Ini cubaan kali pertama untuk aku belajar berdikari.Selama ini,jika bercuti ke tanah indonesia.Aku selalu ambik mudah dengan semua perkara.Malah sehingga kini,aku masih lalai dalam memahami nilai matawang rupiah.Selepas 3 tahun berturut-turut bercuti ke sini.Baru aku faham yang 100,000 rp bersamaan 30 ringgit.Ahhh memang sebuah sumpahan menjadi anak seni~aku memang tak akan pernah bijak dalam menguasai ilmu hisap.

Dengan hanya Berpandukan kepada sekeping peta digital.Akhirnya aku berjaya sampai ke laman usang Kota Batavia.Ahh sebuah mimpi zaman muda sudah terlahir jadi nyata.Selama ini,aku cuma membaca tentang kota ini.Dari balik muka surat buku sejarah lama.Dan hari ini,aku cuma mahu memahami ia dengan sedikit lebih.Di dalam ribut dan hingar-bingar Sang Para Pelibur.Yang berpusu-pusu bersesak merentas puing-puing tinggalan Penjajah Belanda.Aku cuma berjalan lembab dan sepi.Diantara puluhan bangunan-bangunan lama.Merenung setiap inci pada seni rupa dan indah bina yang makin derai.

Kota ini makin berupa berai dan retak.Terjaga tapi semakin tertinggal.

Sayang...kehebatan bandar pelabuhan ini,sudah lama terhakis.Batavia seolah tenggelam dalam mimpi-mimpi terbiar.Melihat anak-anak sekolah,yang berlarian di sepanjang lorong.Bagai sebuah kenyataan ironi.Dunia membawa nafas baru dan semangat muda.Tapi kota ini,tertinggal jauh dibelai rasa tua-lemah dan tenat.

Dan ini buatkan aku terfikirkan satu persoalan.

Apakah Jakarta mampu membangun tanpa berdiri di atas 'Batavia' yang ter'ranap ?.

Sesat

22.10.12 by MORIBAYU

Malang

21.10.12 by MORIBAYU


Je vis, je meurs : je me brule et me noye.
J'ay chaut estreme en endurant froidure :
La vie m'est et trop molle et trop dure.
J'ai grands ennuis entremeslez de joyes :


Tout à un coup je ris et je larmoye,
Et en plaisir maint grief tourment j'endure :
Mon bien s'en va, et à jamais il dure :
Tout en un coup je seiche et je verdoye.


Ainsi amour inconstamment me meine :
Et quand je pense avoir plus de douleur,
Sans y penser je me treuve hors de peine.


Puis quand je croy en ma joye estre certeine,
Et estre au haut de mon désiré heur,
Il me remet en mon premier malheur.

~

Sonnet VIII

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.