<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Soalan

5.5.12 by MORIBAYU

Tuhan berikan aku soalan.
Pada bayang kamu........
Aku jumpa pembayang.

Baik

4.5.12 by MORIBAYU

Baiklah,aku sudah tak mampu lagi baiki...diri kamu.
Untuk jadi manusia baik,di dalam koleksi terbaik aku.

Sampai Ke Syurga

3.5.12 by MORIBAYU

Aku ingin menulis sebuku surat-surat.
Namun kau sudah beku di bawah sana.
Lalu~aku melipat sekeping roket kertas.
Lontar ke udara..angan sampai ke syurga.

Sejarah

2.5.12 by MORIBAYU

Jika kamu setia selongkar setiap detik.
Mencari dasar sejarah yang terlepas.
Kamu hanya akan berjaya menjumpai...
'Hari Ini'.

Kerja

1.5.12 by MORIBAYU

Sudah hampir 2 minggu~Hujung minggu aku disibukan dengan urusan kerja.
Bertemu dengan manusia-manusia yang sama dan tak punya banyak beza.
Putaran roda kehidupan aku semakin jadi serupa dan amat membosankan.
Ahhh~aku perlukan sudut dimensi yang baru.Jika tidak aku akan mati & tepu.

Warna

30.4.12 by MORIBAYU

Aku menghabiskan 30 minit untuk mencari pilihan warna yang sesuai.
Kerna aku selalu percaya~dunia sebenar terlalu 'pudar' untuk dipuji.
Adakah ini bermaksud aku tak berlaku 'Jujur' ?.Menipu diri sendiri ?.
Oh tidak~kerna sewaktu merakam gambar.Aku cuma mencari sisi.
Aku tak pintar membina domba.Aku cuma bina apa yang aku 'Rasa'.

Bersih-lat

29.4.12 by MORIBAYU

 Demokrasi masih terlalu 'mentah' di tanah semenanjung ini.
50 tahun merdeka~masih tak cukup untuk mengajar apa-apa.
500 tahun berperang-ditakluk-dijajah-dijarah pun tak mencalarkan kesan.

Aku muak-Aku tahan muntah-Aku kejang tekak -Aku mati tersedak.

Kita paku dunia politik dengan adu domba-janji kosong-fitnah-peluh dan darah.
Lalu kita berimpian masa depan akan kukuh tanpa rapuh.Apa kamu bodoh ?.
Semua mahu diangkat jadi Hero tamil .Tiada yang mahu jadi Hamba indonesia.
Rakyat punya kuasa.Kuasa punya dosa.Dosa luka menuntut siraman cuka.
Aku bukan peguam.Yang pintar mahu mengadili salah bertaut benar.
Aku bukan Juri.Yang menjilat kitab undang-undang dan beramal.
Aku bukan polis.Yang membaham rakyat seperti harimau sumatera.
Aku bukan Anuar.Yang putih darah kerna terlalu banyak difitnah.
Aku bukan Najib.Suami mithali kepada Sultanah Putrajaya.
Aku cuma rakyat yang mabuk~di dalam pelayaran negara ini.
Haluan tak menemu hala.Kala ribut pilihanraya meruntun jiwa.
Lalu aku lemas.Runtun melihat rupa malaysia disundal jaja.
Hari paling terbaik untuk bersuara.Diluntur haus oleh sang celaka.
Diminta sopan beradab bersila-Kamu angkuh biadap bersilat.
Bunga yang elok disemat~Tin perabak mata yang dibalas.
Polis kejar Rakyat~Penyamun menari bersama pencuri.Tiada peduli.
Undang-Undang hanya tinta mencemar kertas.Tiada peduli.
Dalam saat ribuan bahu berlaga-Iblis semarak hati biar jelaga.
Anak lupa bonda-Ayah lupa keluarga.Kaki berbicara tulus mencium kepala.
Hari ini tanda kiamat yang ke-10.Hari ini kegilaan tertabal menjadi sultan.
Hari ini kita lupa siapa saudara-Hari ini kita membunuh rasional.
Atas sebuah nama 'Aku cinta Negara'.Kita jadi tuah berhati jebat.


Aku jelak-Aku ludah-Aku jelik-Aku tak pangkah.

Gila dan waras bersetubuh menjadi kembar.Benar menyolek muka dengan Salah.
Hati aku terkepit pedih pada Cerita.Bingit dogma melaung~'Kami lah yang Haq'.
Lalu aku tanyakan satu teka: 'Jika semua benar..apa guna dibina padang disana ?'.
Aku tersembam menaip doa-Aku kirim-Aku menanti balasan-Aku tak terima berita.
Impian aku untuk sebuah syurga Utopia sudah lama pudar.Dari hari ke bulan ~


'Kita cuma membenarkan apa yang telah dituduh oleh-NYA'.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.