3.12.11 by MORIBAYU
Covarrubias telah mendefinasikan kecantikan Bali,di dalam setiap hasil kerja beliau.Setiap imej dan garisan,terniat untuk menzahirkan keunikan tersendiri seorang wanita Asia.Leher di lukis panjang Jinjang~Dipenuhkan muka dengan mata besar & hitam seperti subuh.Manakala kulit tubuh,disapu dengan warna-warna bumi,seperti senja yang terang berbahang.Setiap figura~Beremosikan wajah-wajah bergarisan mudah-Kosong-Naif.Metafora,kepada kehidupan ringkas tanpa risau.Tetapi,imej manusia itu~Ditampilkan Kontra,dengan dibaluti warna cecorak batik dan tradisi.Di mata Covarrubias.Bali adalah Syurga Keduniaan.Sentiasa berbudaya,meriah dan Hidup.
Tajuk: Portrait of Ayu Ktut
Pelukis: José Miguel Covarrubias
Media: Cat Minyak Di Atas Canvas
~
Entah kenapa,sewaktu duduk Merenung setiap karya-karya Covarrubias.
Aku dapat merasakan~Seolah-olah sebenua Afrika itu,terletak di Indonesia.
Semua Warna-warna terang,tegas berbaur dan di dalam terang malam di bali.
Maka,berjayalah Covarrubias.Dalam membuktikan,betapa bali punya tempat di hati beliau.
Setiap keping karya~Adalah untuk menyelak misteri dan keagungan yang paling alami.

| Sila Tinggalkan Komen Anda Di sini »
2.12.11 by MORIBAYU
Ketika berjalan seorang.Sunyi menyusuri Lorong-lorong di Keraton.
Aku telah melewati sebuah lukisan usang.Masih dipenuhi warna tanpa pudar.
Walau sudah ditelan dek debu~Tercalar oleh masa,usia dan ketentuan Takdir.
Tetapi..keindahanya setiap sapuan warna~masih kekal terang seperti semalam.
Aku sungguh tak sangka.Di balik tembok batu Keraton,yang makin dihambat kusam.
Masih Kekal terhimpun,hasil-hasil karya seni yang sebegitu indah.

| Sila Tinggalkan Komen Anda Di sini »
1.12.11 by MORIBAYU
Aku tak perlukan Sang Sethan~Untuk beraksikan Jahat.
Aku tak mahu menyeru Umat Malaikat~Untuk bersinar baik.
Aku cuma Meyumpah diri~Menjadi seadanya siapa Aku.
Lantas aku bersifat terlaknat~Sambil aku memikul berkat.

| 4 comments »
28.11.11 by MORIBAYU
Tiada abjad dan susunan huruf
Tiada suara mahupun nota bunyi
Tiada Nombor ataupun silangkata
Tiada soalan teka bersulamkan teki...
Yang ada cuma lorekan keluhuran
Yang tinggal adalah garisan abadi
Yang menunggu kekal adalah bayangan
Yang terkini membentuk satu Lukisan
Dan semua orang,akan dapat fahami dengan mudah.
Cinta Teragung~datang dari pengakuan aksi.
'Aku cinta kamu'
Tak akan pernah mencukupi lagi......
dalam menzahirkan perasaan sebenar.

| Sila Tinggalkan Komen Anda Di sini »
27.11.11 by MORIBAYU
Berikan aku seunit Lensa Kamera.
Dan masa selama 2 jam 10 minit.
Hasilnya,adalah 542 keping gambar.
Bersama~'Kegembiraan' yang sebenar.
Aku selalu terlupa,yang aku benar-benar merasa gembira.
Adalah pada waktu~Ada lensa,tergenggam erat di tangan.

| 4 comments »
by MORIBAYU
The love of one's country is a splendid thing.
But why should love stop at the border ?
~Pablo Casals

| 2 comments »