<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Duduk Dan Lukis

29.9.12 by MORIBAYU

Tiada yang lebih dapat mengembirakan aku.
Selain dapat duduk melukis dengan tenang di hujung minggu.
Seorang melayan imaginasi dan merawat rasa gundah sendirian.
Melukis memang terapi terbaik.Untuk meranapkan semua masalah.

Ubah

28.9.12 by MORIBAYU

Sejak dari kecil lagi~Aku suka untuk duduk melihat gerembolan awan.Entah kenapa,bila aku sudah semakin dewasa.Minat itu masih berterusan tanpa kenal jemu.Jika terdapat bentuk-bentuk gumpalan awan yang menarik perhatian,aku akan segera cuba rakamkan dengan kamera.Awan menjadi satu subjek yang istimewa di dalam hati aku.Malah  hampir di setiap karya ilustrasi aku pun..pasti ada terisi  lakaran bentuk-bentuk awan.

Seorang teman pernah bertanya.Kenapa awan ?.

Entahlah~Aku cuma selalu merasakan Awan itu unik.

Asal kejadian awan itu pun,penuh dengan keajaiban yang sentiasa menarik untuk difikirkan.Dari setitis  kecil air,terwap mengabus ke udara.Lantas berkumpul membentuk kepulan-kepulan yang maha gergasi.Bila sampai takdirnya,ianya merubah menjadi Hujan.Terjun ke tanah dengan rupa setitis kecil air semula.Roda kehidupan yang melahirkan formasi awan,punya seribu satu filosofi alam untuk difikir dan diambil teladan.

Awan teguh terbina tanpa tiang.Sebuah senibina paling alami,dan sentiasa segar dan baru setiap detik.Dan bila Hancur teruntuh tiada siapa yang tercedera terbunuh.Bergerak pantas pergi diusap bayu.Berubah-berubah tanpa mengikut dan tanpa disedari.Dan yang paling aku suka semasa kecil.Melihat gerembolan awan,sama seperti menonton sebuah drama di pentas besar.Satu formasi kepulan awan,pasti mempunyai banyak rupa dan bentuk.Bergantung bagaimana imaginasi kita mentafsir dan melihatnya.

Aku selalu merasakan Awan adalah sisi paling suci dan dekat dengan tangga Syurga.Sentiasa cerah-putih dan terang.Tak berubah sejak ribuan tahun yang lalu,seperti bintang.Dan Jauh dari kegilaan dunia manusia.Aku masih ingat kali pertama aku menaiki kapal terbang.Bila aku melihat ke dataran awan di luar.Perkara pertama yang terkeluar dari mulut adalah.'Sayang,tempat secantik ini..tak punya tempat untuk kita manusia membina ketamadunan'.Kerna Tuhan itu maha pintar,aku rasa.Ada tempat,terlalu suci untuk manusia punya keupayaan untuk jejakan kaki.Ada batas paling nyata.Untuk kita manusia fikirkan.Di atas tanah ini,kita mampu jarah segala isi perutnya.Kita upaya untuk berperang dan berkembang biak melata memenuhi semua ruang.Kita mampu memperluaskan kerajaan  kesemua arah dan sudut.Dalam kegilaan membina bangunan tertinggi di dunia.Namun biarlah setinggi mana pun.Puncak tertinggi itu tercipta,ianya masih tak akan pernah mampu mencalarkan muka langit.

Dari situ,setiap kali melihat awan~Aku pasti mendapat banyak inspirasi.Awan bukanlah tanah untuk kita melahirkan sifat dan sikap material.Ada sisi paling lembut,untuk kita sentuh dan jadikan iktibar di situ.Awan~Membuatkan aku selalu berfikir jauh di luar kotak langit.Membuatkan aku selalu berpesan pada diri sendiri : 


'Berfikir biar sejauh awan yang tertinggi~Melihat biar sebanyak awan Pergi.
Dan sentiasa punya belas seperti Mendung di tengahari.'

Istana

27.9.12 by MORIBAYU

Kenapa Kompleks Istana Negara Yang baru~tidak mempunyai tingkap secantik ini ?

Suci

26.9.12 by MORIBAYU

Jalanan

25.9.12 by MORIBAYU

1919

24.9.12 by MORIBAYU

Hari-Hari Suam

23.9.12 by MORIBAYU

 Aku cuma terbaring di tingkap~mengira-gira semua awan yang melintas.
Bertemankan secawan tea panas~Dan semangkuk biskut coklat sejuk.
Memang lazat~mengharungi hari cuti tanpa terfikir mahu membuat apa-apa.
Lantas lena sepanjang petang.Ahhh hari-hari paling suam,sudah bermula enak.

Subur

by MORIBAYU

Sama kamu~musim panas sentiasa bermula,dan musim salju tak pernah berakhir.
Semua Saat terapi elok beku~Semua masa..meluncur kepada infiniti paling subur.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.