<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Jogyakarta~Kota Wisata Budaya

26.10.11 by MORIBAYU

Sejam sebelum sampai,ke Stesen Tugu.Aku sudah terjaga dari tidur.Aku lihat,tiada lagi kaki yang melunjur di laluan pejalan kaki.( Pakcik yang tidur di lantai tadi,sudah turunkah ?).Ray dan Shaz,juga sudah terbangun.Manakala Nad pula,sudah boleh melihat dengan baik.Syukur,berkat  dari mata terkena 'Sambal Special',tadi.Telah membuatkan daya penglihatan beliau,bertambah jelas.

Subuh di kawasan desa memang sejuk.Mengigil aku,menahan dingin.Terasa kebas muka dan tangan dibuatnya.Di luar,suasana langit mula kelihatan berbalam-balam mencerah.Aduhai,alangkah bagusnya.Jika dapat bersarapan dengan secawan kopi panas.( Itulah...tadi,sewaktu orang menjerit-jerit jual kopi,aku berpura-pura tidur *sekarang menyesal !!).Para petugas-petugas keretapi,sibuk mengejutkan para penumpang untuk bangun.Ada juga,yang sibuk mengutip kain-kain selimut dari penumpang.Aku sudah mula mengira-gira waktu.Bilalah kami mahu tiba ?.Aku sudah mula dihimpit,rasa bosan.Lagu-lagu di dalam mp3,sudah beratus kali aku reply.Semakin,aku berharap untuk cepat sampai.Keretapi pula,yang semakin mengurangkan kelajuan.Aduhai,amat bercinta sungguh rasanya.Aku rasa,untuk 1 km yang terakhir.Keretapi bergerak selaju basikal naik bukit.Kenapa sangat perlahan kelajuan ?.( Ray cakap~'Bawak laju-laju,terlepas stesen pula nanti' ).'Sabar-sabar...sikit lagi !!',laju aku memujuk diri.

Selepas lebih 8 jam,berada di dalam gerabak.Akhirnya,pada jam 6:50 pagi.Kami selamat sampai ke Stesen Tugu Jogyakarta.Yay,akhirnya~Yahooooooooooooooo !!.( Ayuh shopping-shopping sampai jatuh ).Aku sudah tak sabar,mahu melompat turun dari keretapi.Terpaksa duduk selama berjam-jam.Membuatkan kaki ini,terasa sangat kebas dan lenguh.Sekarang,aku cuma mahu turun.Dan terus berlari,pergi mencari hotel.
Semasa kami hendak bersiap-siap,turun dari keretapi.Terberhenti saja gerabak di landasan.Terus saja kami diserbu,oleh para pengangkat bagasi.Yay~ramai pula mereka semua itu.Mereka akan terus mengambil/mengangkat beg anda,walaupun tak diminta.Aku dan Ray,sempat mencapai beg.Tapi Nad dan Shaz,hanya terpinga-pinga sahaja.Apabila beg mereka di angkat dan dibawa pergi.Nad ingatkan,load bagasi adalah free dan termasuk dalam servis tiket keretapi.Yuhaii,Silap aku juga.Sebab aku pun lupa nak beritahun nad.Di indonesia,ada bermacam profesion pekerjaan.Dan semua kerja ada caj bayaran/tips.Nak tak nak,terpaksalah Nad membayar tips,kepada Si Pengangkat Bagasi tersebut.Yupss,memang murah sahaja caj bayaran dikenakan.Tapi kelakarlah !!.Sebab beg bagasi Nad,walaupun punya saiz yang segedabak besar.Tapi,tiada isi apa pun.( Nad sudah save space,hanya untuk Bandung sahaja ).Tak apalah,bak kata Nad ~'Duit itu...Kira sedekah saja'.Wow,pagi-pagi dah buat amal baik.Dan aku sangat-sangat berharap.Nad akan belanja kami semua,bersarapan pagi di Stesen.Aku sudah lapar lah !!.Hurm,tapi impian aku terkubur sahaja.Apabila Ray,Nad dan Shaz..terus sahaja melaju keluar ke jalan besar.Yay,jika aku tahu nak jadi macam ini.Baik aku sahaja yang mengangkat beg tadi.( Dan aku akan mendapat sedekah duit sarapan ).
Keluar dari Stesen Tugu.Langit sudah beransur cerah.Di kiri dan kanan jalan,para penarik beca mula menawarkan khidmat.Aduh,maaf ya pak.Bukan tak mahu terima.Tapi,hotel penginapan kami dekat sahaja.Cuma 5 minit ,jika berjalan kaki.( Jika naik beca,boleh jadi seminit ! ).Lagipun,aku dah kebas sebab duduk berjam-jam tadi.Sekarang,masa untuk lurus dan longgarkan balik urat kaki.Hurmm..jalan raya,kelihatan amat lenggang dan sunyi.( Errr,sebab aku berjalan di bukan jalan utama ??).Hanya sekali sekala,motor dan kereta melintas lalu.Jogyakarta sangat berbeza dengan Jakarta dan Bandung.Tiada kesesakan yang terlalu mengila.Tiada bunyi hingar-bingar manusia dan kemodenan.Tenang sungguh suasananya.Rasa macam balik,ke kampung halaman sendiri.Owh~Aku benar-benar sudah jatuh cinta sama daerah ini.
Inilah Hotel Penginapan kami~Hotel Istana Batik Ratna.Terletak di Jalan Pasar Kembang,hotel yang mempunyai 28 buah bilik ini.Memang terletak di lokasi yang sangat strategik.Cuma 5 minit berjalan kaki dari Stesen Tugu.Dan 10 minit untuk ke Jalan utama Malioboro.Walaupun,pada mulanya Ray tak berapa nak setuju dengan pilihan aku.Untuk menginap di sini.Tapi,aku tiada pilihan lain.Sebab harga bilik di hotel ini.Memang berpatutan dengan bajet semua orang.( Harga bilik untuk semalam,diantara Rm 99-Rm 124).Aku fikir-fikir~Ini adalah kali pertama kami ke sini.Aku pun,sangat tak tahu/malas nak mencari hotel-hotel lain.Lebih mudah bukan ,jika dapat Hotel berdekatan dengan Stesen Tugu/Bandar.Dapat menjimatkan banyak kos pengangkutan.Lagipun,kami kan Sang pengembara beg sandang.Janji dapat meletak barang,dan ada tempat untuk tidur/mandi cukuplah.Tapi,terus terang aku cakap.Dengan lokasi hotel sebegini terbaik.Sangat mudah untuk kami,bergerak ke mana-mana.Dengan hanya berjalan kaki sahaja.Kami sudah dapat pusing,ke seluruh Bandar Jogyakarta
Macam biasa,daftar masuk bilik jam 2.00 petang.Namun selepas buat permintaan,untuk masuk lebih awal.Kami akan mendapat bilik jam 9:00 pagi nanti.Tapi,sekarang baru jam 7 pagi.Restaurant Hotel,hanya akan mula beroperasi jam 9.Aduh,aku sudah mula terasa lapar.Kerana Kedai-kedai makan di luar hotel,masih belum dibuka.Masih terlalu awal,untuk kami keluar.( Kepala aku,sudah asyik terfikirkan Baso ).Lagipun penat kerana berjalan jauh,masih terasa.Jadi kami cuma melepak di tepi kolan renang.Hurmm..bekalan kacang,di dalam beg syaz pun sudah kehabisan.Yehaiii,mungkin aku patut berpura-pura jatuh pitam.( Bilalah Nad nak bersedekah sarapan nieh ?).
Untuk menghilangkan rasa bosan.Aku cuma berputar-putar,berjalan mengelilingi setiap  bahagian dalam hotel.Di bina pada tahun 1979.Rupa Hotel Batik ini,sederhana sahaja.Di bina,dengan ciri-ciri asas Rumah Jawa.Hanya dengan melihat rupa ruang bangunan hotel.Amat mudah sekali.Untuk kita mengenal filosofi asas~Pertama sekali,setiap bentuk ruang tersangatlah simetri.Terdapat juga ruang bangunan bercirikan Pendopo/Rumah Jonglo.Secara mudah,hotel ini ringkas saja.Tapi masih mengekalkan,banyak unsur tradisi jawa.
Tradisi Budaya di pulau jawa,terutamanya di Jogya memang unik.Terhasil dari asimilasi harmoni,di antara budaya Buddhism,Hinduism dan Islam.Pertembungan budaya yang penuh perlbagai ini.Telah melahirkan satu filosofi~Yang lebih dikenali sebgai 'Kejawen/Agama Jawi'.Kejawen dalam satu definasi tepat.Merupakan apa sahaja perkara.Yang meliputi Seni-Budaya-Tradisi-Ritual-Sikap dan Filosofi orang jawa.Tak dinafikan,walaupun sehingga ke hari ini.Meskipun dunia sudah banyak berubah kearah kemodenan universal.Kejawen,masih di pertahankan dengan kukuh,di Jogya.Kerana kejawen,adalah nadi utama spiritual suku jawa.
Kejawen bukanlah cabang Agama.Walaupun,barat merujuk kejawen sebagai agama.Namun pengamal Kejawen tidak melihat kejawen sebagai satu agama utama ( Seperti Islam,Hinduism,Kristian dan Buddhism ).Kejawen hanya satu filosofi kehidupan.Dalam membentuk satu aturan dan ritual.Bagaimana seseorang manusia itu,harus menjalani nilai-nilai kehidupan.Kejawen,tidak mempunyai aturan-aturan ketat.Filosi ini lebih menekanan,betapa pentingnya konsep 'Keseimbangan'.Hubungan di antara Tuhan-Manusia dan Alam,menjadi tajuk penting kepada amalan Kejawen.Kejawen juga,tidak disebarkan sebagai satu agama.Ianya hanya diperturunkan,dari satu genarasi ke genarasi.Dari itu,kita dapat melihat.Kenapa tradisi wayang kulit-Gemelan-Puja mantera-Upacara Sesaji,hanya sinonim dengan suku jawa.Semua tradisi budaya itu,lahir kerana berakarkan filosofi kejawen.

Hurm,memang amat unik bukan ?.Dengan hanya berlibur ke sini.Aku semakin memahami,tentang rukun sebenar kebudayan suku jawa.Satu perkara aku perhatikan di sini.Orang jawa kota jogya,amat menekankan tentang kelangsungan budaya.Itu tak termasuk lagi,tentang bab adab dan sopan.Selama aku di sini,kadang-kadang aku jadi malu sendiri.Bila melihat,bagaimana orang jawa sangat menjaga tatasusila/adab percakapan dan cara hidup.Walaupun,mereka menerima tamparan keras kemodenan.Budaya dan tradisi suku,tetap di pelihara kukuh.
Jam 9:00 pagi.Aku terus ke kaunter restaurant.Bertanya-tanya jika mereka sudah mula beroperasi.Yay,bersusah payah aku bercakap dengan staff bertugas.Di sebabkan slang melayu jawa sangat berbeza dengan bahasa melayu moden.Paling kelakar,waktu ada terkeluar perkataan-perkataan,yang langsung kami tak berapa nak faham.Jadilah ayam dan itik,sekejap.Terpinga-pinga saja muka  Ray.Apabila staff itu,berhabuk menerangkan tentang menu makanan.Itulah,suruh duduk menonton sinetron tak nak hahahaha.Sekarang dah mengelabah.Itu baru staff bercakap melayu slang jawa.Buatnya dia bercakap Bahasa Jawa Halus,mau lagi termelopong agaknya.Aku pun,bukan pandai cakap indonesian.Slang jakarta lagilah aku tak faham.Tapi,disebabkan bahasa melayu aku~Standard kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.Bolehlah aku ngerti sikit,apa yang dimaksudkan.Bagi aku,tak kisah lah dia nak masak apa.Apa-apa dalam menu itu,aku boleh telan,asalkan sempurna halal.
Walaupun,menu buffet sarapan sangat ringkas.Tapi cukuplah untuk mengalas perut.Semua orang,memesan nasi goreng dengan..errr telur mata penyek lagi ranggup ?.Ok lah,sedap jugaklah.( Bila perut sudah berkeroncong lapar,cekodok hangus pun jadi sedap ).Yay,tapi perkara paling nikmat.Adalah bila dapat secawan tea/kopi panas.Aku memang tak berkiralah,apa jenis serbuk dia pakai.Tak kisahlah,jenis Timbang-kati-Cap Rose-Cap Ayam.Janji air cukup panas.Sebab aku memang tak boleh hidup sehari,tanpa  secawan tea/kopi panas.Nasib baik juga,ada tersedia oven pembakar.Apa lagi,aku lantas membuat resepi roti mentega gula.Hahahaha,sudah hampir 5 tahun aku tidak membakar roti sebegini.
Mudah saja cara,untuk menyediakan.Ambik roti 2 keping,sapu majerin dan bubuh sesudu gula.Hurm,kemudia masukan saja ke dalam oven.Dan bakar sampai bahagian luar jadi keperangan.( Huik,sampai berasap-rasap oven itu,aku kerjakan ).Yay memang sedap yukk !!.Gula cair + majerin = Roti Bakar paling sedap di dunia.Shaz kata manis sangat.Lol,dah namanya Roti Gula,tak akan rasanya masam pedas pula ?.Sedap memang sedap.Tapi,sangat tinggi kalori.Dan selepas itu,badan aku naik sekilo.Tak mengapa,kejap lagi.Aku terjun ke dalam pool.Kasi bakar semula, lemak-lemak tepu yang sudah berlebihan.
Nad kata~kain napkin meja makan,sangat semerbak dengan bau wangi.Aku pun mencium dan bau.Yups memang tersangat-sangat wangi.Wah pencuci baju cap apalah Hotel ini pakai ?.Aku sudah ke banyak hotel.Ini kali pertama,jumpa kain napkin sewangi errr..minyak wangi.Hahaha boleh jadi terjakun sekejap.Mungkin,sebab kami di negara orang.Benda remeh-temeh sebegini pun.Boleh jadi isu di meja makan.Hakikatnya,kami sudah terlalu bosan menunggu.Bilik tak siap-siap lagi.Mata sudah mengantuk,badan juga sudah berlengas dek kepanasan.Jadi,untuk gembirakan hati.Semua benda boleh jadi isu~untuk di gelakan.

Tentang Nad pula.Dia sudah berhati-hati kali ini.Dia makan sambil guna cermin mata.Supaya kejadian malam tadi,tak berulang lagi.Aku pun sudah pesan,jangan mengada-gada nak minta sos lagi.Baru dapat sepeket,dah haru.Jika dapat sebotol ?.Mau,buta mata kitaorang semua hahahaha.Besok,kami akan ke Borobudur dan Parambanan.Aku tak mahu,membawak orang buta~melihat keajaiban dunia ke-8.Membazir duit tiket masuk,saja nanti.
Disebabkan lokasi Bangunan Hotel,amat berhampiran dengan Stesen Keretapi.Laungan bunyi siren keretapi,amat jelas kedengaran.Itu tak termasuk lagi.Dengan bunyi deruman pesawat,yang terbang rendah di ruang udara kota.Aku taklah,terasa jakun kali ini.Rumah aku,terletak dekat dengan airport subang.Memang selalu bergegar,apabila pesawat TUDM terbang rendah.Boleh dikatakan hampir setiap jam..pasti ada kapal terbang melintas pergi.Wah,pasti lena tidur aku,selepas ini.

Dari Jogya,kita juga boleh ke Kota Solo-Jakarta-Surabaya-Bali-Makassar-Balikpapan dan Banjarmasin.Jika melalui jalan udara,Lapangan terbang Antarabangsa Adisucipto.Terletak hanya di sebelah Timur Bandar.Jadi,tersangatlah mudah untuk ke bandar-bandar lain di Indonesia.Untuk sistem keretapi pula.Jogya adalah penghubung di antara Jakarta dan Surabaya.Kota ini,mempunyai 2 buah stesen keretapi.Stesen Keretapi Tugu,adalah untuk perjalanan kelas Bisnes dan Exsekutif.Manakala Stesen Keretapi Lempuyangan,adalah bagi perjalanan kelas ekonomi.Kedua-dua stesen ini,terletak betul-betul di tengah kota.Jadi tak perlu berasa risau~terhadap isu pengangkutan/Hotel jika berlibur ke sini.
 
Ketika aku bertanya kepada Ray,dimana letaknya kamar kecil.Dia memberi arahan,pergi saja ke lobi hotel,toilet adalah pintu di sebelah kanan.Aku pun pergilah mencari.Aku nampak ada 2 pintu.Satu pintu biasa,di belah kiri.Dan satu lagi pintu berukir dibelah kanan.Huik,aku rasa ray memang tersalah bagi info.Aku pergi ke pintu kiri,tapi berkunci.Aku kembali ke pintu di belah kanan.Selak sahaja daun pintu~yay ini memang sebuah toilet !!.Huaaaaaaaaaaaaaaaaaa ( ok,aku mengaku~aku sangat-sangattttlah manusia jakun asli kali ini ).Ini adalah pintu toilet paling tercantik di dunia hahahaha.Dasyat bukan ?.Pintu rumah jawa,dengan gaya bali ini.Punyalah cantik dengan ukiran tangan.Tapi jadi pintu toilet sahaja.Di hiasi mahkluk mitologi hindu,dikemaskan pula dengan warna cat emas.Pintu ini,sudah jelas ternampak usang.Bagi aku,yang melihat dari sudut seni.Yay~memang sungguh rajin dan berseni,siapa yang buat pintu ini.Yay~Nasib baik kak Amy,tak mengikut aku ke jogya.Jika tidak...mesti dia sibuk,nak bergambar bagai di pintu ini~Hahahaha.
Jika menyebut tentang seni ukir kayu di Indonesia.Seni Jepara,adalah satu cabang paling dikenali dunia.Seni ini telah bermula dari,sebuah pekan kecil bernama Jepara (Terletak di Timur Laut,Semarang).Sehingga kini,seni ukir kayu adalah nadi utama di daerah Jepara.Terdapat lebih kurang 80,000 penduduk tetap.Menjadikan perkerjaan mengukir kayu jati,sebagai sumber mencari pendapatan tetap.Aku terjumpa panel kayu Rumah Gebyok ini di lobi hotel.Sungguh indah bukan ?.Orang cakap 'satu panel kayu gebyok',menyimpan banyak cerita.Setiap motif bunga dan lorek ukiran,membawa maksud yang tertentu.Gebyok,umpama membawa mesej~tentang bagaimana manusia harus hidup harmoni-bahagia dan aman.Sebagai contoh~Ukiran 'Pokok Buluh',membawa maksud simbol kehidupan yang sentiasa subur-mapan dan berkelangsungan.'Kala Makara' pula,membawa maksud cinta agung di antara ibu dan anak.Dari situ,kita boleh melihat~Gebyok itu,bukan sekadar satu ukiran.Ianya adalah kiasan metafora.Maka tidak hairanlah~Seni ukir Jepara/Gebyok,memang satu ikon agung,bagi seni budaya indonesia.
Jika ke Pulau Jawa,memang tak sah jika tidak bersoal tentang Gamelan.Dulu,aku ingatkan semua set alatan gamelan adalah sama.Rupanya tidak,kerana muzik gemalan di indonesia berbeza-beza alat/irama mengikut daerah.Tidak seperti muzik gamelan di Malaysia.(Yay,ada lagikah irama gamelan di Malaysia ?).Gamelan di Indonesia,mempunyai banyak pecahan-pecahan kategori~Seperti gamelan Beleganjur,Gambang,Salendro,Selunding, dan Semar Pegulingan.Tetapi irama gamelan,yang paling aku suka sekali,adalah~'Degung'.Irama gamelan degung,telah berasal dari Sunda.Tidak seperti jenis gamelan lain.Dengung istimewa,kerana mempunyai bunyi tiupan suling/Seruling.Aduh,memang mengasyikan sekali bunyinya.Kerana bunyi tiupan suling~seolah-olah sama bernyanyi sewaktu Bonang dipalu.Ramai yang tidak tahu,perkataan gamelan.Adalah berasal dari bahasa jawa~'Gamel'.Yang membawa maksud memukul/menabuh.Gamelan dikatakan bermula,seiring dengan perkembangan budaya Hindu-Buddha.Di dalam mitologi Jawa~Gamelan dikatakan telah dicipta oleh Sang Hyang Guru pada era Saka.Dewa yang tinggal di Gunung Lawu ini,telah mencipta gamelan.Sebagai alat untuk menyeru para-para dewa.Dari situlah,dikatakan alat muzik gamelan bermula.Hinggalah berkembang subur,ke wilayah Jawa-Madura-Bali dan Lombok.( Termasuk Malaysia~hahahaha,itu memang tak dapat nak di nafikan).

Yay~Sehari di Pulau Jawa,memang tidak cukup memahami kesemuanya.Semua aspek kesenian mereka,tertulis dengan lengkap.Dari gaya rupa budaya,muzik,tulisan,bahasa..dan adab susila.Semuanya..masih teguh di perturunkan,dari satu ke generasi yang lain.Ini membuatkan aku terfikir jauh.Walaupun,Indonesia tak punya kekayaan harta.Tapi nilai-nilai budaya kesenian mereka,sangat termelimpah ruah.Jika nak dibandingkan dengan Malaysia.Memang akan membuatkan,kita macam tak punya apa-apa.Yay~kita memang punya budaya tersendiri.Tapi di manakah ?.Masih tersorok,di celah buku tak dipedulikan ?.Budaya kita,hanya terlakar sohor di kaca tv ( ataupun berhabuk di dalam muzium).Tapi,apakah benar-benar di amalkan.Hurm..Apa kemodenan di sini,sudah benar-benar membutakan mata ?.Mungkin kita patut duduk sebentar.Dan berfikir sejenak,dimanakah budaya kita  telah tertinggal.

Wisdom

24.10.11 by MORIBAYU

pāramitā  
 prajñā 

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.