<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Sempurna

7.1.12 by MORIBAYU

Malam aku tidak pernah cukup Gelap.
Siang aku tidak pernah cukup Terang.
Kerna Tuhan sentiasa melontar Bintang.
Dan masih setia diri merimbunkan Awan.

Setahun

6.1.12 by MORIBAYU

Selepas hampir setahun aku duduk menunggu,akhirnya pokok ini meriah berbunga semula. Di bawah panas terik matahari pagi.Bunga-bunga kuning kembali kembang merimbun.Selama ini,aku ingatkan pokok ini~sudah berhenti hidup dari mahu terus berkarya.Bulan demi bulan aku menunggu kedunguan.Menanti-nanti bilalah pokok ini akan berbunga semula.Aku ingatkan pokok ini sudah mati dari terus berbunga.Nampaknya jangkaan aku terpeluk satu kesilapan fakta~Kebodohan aku akhirnya sudah mendapatkan jawapan.Pokok ini,cuma berbunga sekali di dalam setahun.Gembira ?Sudah tentulah ya.Kerna aku sudah puas membelai dan menjaga.Dari satu pokok,kini aku sudah ada 4 buah pasu,pokok yang sama.Tak sia-sialah aku menunggu,menyiram,membaja dan membisikan doa.Akhirnya,aku berjaya !!.Aku renung kosong saja,pasu -pasu bunga itu.Aku sudah siram semalam.Hari ini memang tak perlulah.Lagipun aku malas !!~Aku cuma mahu terbaring merenung kosong ke luar.Melayan lagu 'Cintailah Cinta' dari Dewa.Sudah hampir 2 minggu berlalu~aku terbaring kemalasan tanpa mahu membuat apa-apa.Cuaca panas lagi membahang di luar sana~Berjaya membuatkan aku bersifat pasif dan terlalu naif.

Hobi

5.1.12 by MORIBAYU

Aku mencapai sebungkus roti lama,dari dalam peti sejuk.Tarikh luput yang tertera,menunjukan baki hari untuk selamat dimakan sudah lama luput.Aku ambil sekeping,lalu koyakan menjadi 2-3 bahagian dan terus campakan ke luar tingkap.Tidak sampai seminit,berkobar-kobar bunyi sayap merpati datang menjejak.Bukan seekor dua,tapi lebih dari sedozen.Semuanya kusyuk berebut ,laju mengisi salur tembolok dengan roti tamat tempoh.Makin banyak roti yang aku campakan.Makin banyak spesis-spesis burung,yang turun dan datang mengutip rezeki.Musim kemarau ini,benar-benar membuatkan banyak binatang kebuluran.

Sekarang,aku sudah ada tempat.Untuk mengitar semula roti-roti yang sudah luput.Aku tidak akan membuang ke dalam tong sampah lagi.Aku cuma perlu campak ke luar tingkap,untuk memberi burung-burung ini makan.Entah kenapa,aku rasa terhibur pula.Bila memberi burung-burung ini makan.Di bawah panas terik,aku leka memerhatikan saja setiap merpati yang turun datang.Pelik sungguh,sebab sebelum ini.Memang tidak pernah ada spesis merpati di kawasan kediaman ini.Hurmm,mungkin ini adalah koloni yang baru terbentuk.Besok,aku mahu mencampak roti lagi.Aku cuma mahu lihat~Sebanyak mana burung merpati yang ada.Lagipun,aku masih ada banyak stok roti tamat tempoh.
Ahhh,hidup ini memang terasa indah~Jika kita hidup saling berkongsi.

Temu

4.1.12 by MORIBAYU

Untuk kali yang ke 10~Aku bertemu lagi dengan seekor lagi kucing.
Mungkinkah ini satu petanda ?.Untuk aku harus membela seekor ?.
Ahhh..soalnya bukan tentang aku tidakk mahu,ataupun tak mampu.
Tetapi,hidung aku sangat beralahan dengan bau dan bulu-bulu kucing.
Kali terakhir aku memeluk mesra kucing~Aku bersin selama seharian.
Yay,sumpahan ?.Mungkin aku tak dicipta untuk menjadi seorang tuan kucing ?.

Beijing

3.1.12 by MORIBAYU

Apabila aku sudah tak mempunyai,apa-apa cerita untuk dikongsikan.
Itu adalah kerna,aku sedang sibuk membaca kisah tentang orang lain.
Ini adalah buku pilihan aku.Untuk dibaca dan dinikmati pada bulan ini.
Sudah tiba masanya mungkin.Untuk aku mengalihkan perhatian ke Timur.
Yups~Aku sudah bosan dengan kesombongan dan kebodohan dunia barat.

Sad Remembrance

2.1.12 by MORIBAYU

Mei Yaochen [1002-1060] 

1 Januari

1.1.12 by MORIBAYU

Aku tak pergi menyambut apa-apa~Atau merayau kemana-mana.
Aku sudah terlalu amat tua.Untuk melompat-lompat pergi tanpa alasan.
Seharian berada di dalam rumah.Aku cuma tenat memeluk sebuah buku.
Memulakan tahun baru,dengan ketenangan~berjaya melahirkan sebuah sunyi.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.