<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Faith

28.6.11 by MORIBAYU

A strong faith is in the goodness of his heart.

Masak

by MORIBAYU

Sedang leka memasak...
sup ayam+lobak merah+sayur+tomato+rempah giling
= Nyum nyum 

Sampah

by MORIBAYU

 Tadi aku pergi berjumpa klien,di sebuah restaurant makanan segera.Mulanya aku tak kisah pun.Untuk pergi berbincang tentang projek sahaja.Aku pun taklah lapar sangat.Aku sudah pun bersarapan di rumah.Jadi aku tak memesan apa-apa pun.Tetapi,selepas 5 minit berada di situ.Fikiran aku jadi berserabut sedikit.Serabut,kerana melihat punyalah ramai orang yang makan tengahari di situ.Sampaikan aku bersuara "Hari ini hari apa ??,ramainya orang ".Situasi restaurant itu,sudah serupa macam kenduri kahwin.Orang masuk berbondong-bondang tanpa henti.Kawan bawak kawan.Bapak mak bawak pula,satu family.Berderet-deret,manusia pelbagai bentuk dan rupa di kaunter pesanan.Manakala level 2 sudah dipenuhi dengan kanak-kanak sekolah.Mungkin mereka ada kelas luar sekolah,untuk Subjek History [ Sejarah kedatangan fast food ke Tanah Melayu].

Di depan aku,ada 3 orang perempuan.Yang sedang leka mengunyah-ngunyah.Yang sorang itu,memandang aku dengan pandangan kosong.Sambil menyumbat-nyumbat burger,ke mulut yang penuh.

Entah kenapa,tiba-tiba aku rasa mual-loya dan macam nak muntah.Bila melihat orang makan daging.Keliling aku,dipenuhi dengan adengan-adengan yang sangatlah horror.Orang makan daging dan ayam tanpa henti.Mulut mengunyah dan terus mengunyah.Tiba-tiba,aku rasa..manusia di sekeliling aku.Serupa macam tong sampah bergerak.Mereka terus mengunyah-bercakap-mengunyah-bercakap-isi ayam remuk digigit-Sos cili meleleh di bibir.Mayonese terpercik sana-sini-Lada dan garam bertaburan.Dan aku kekal,memerhati.Kekal iman utk tak memesan apa-apa.

Sejak dari Januari,aku memang dah cuba bataskan diri.Dari memakan sebarang jenis daging,yang diproses ataupun tidak.Dagin lembu,memang dah lama aku tak sentuh.Ikan ??..yay,2 bulan berlalu pun.Belum tentu aku akan masak atau makan.Ayam pula,sebulan sekali adalah.Itupun sebab berada di rumah orang.Jika di rumah sendiri,aku memang tak beli-masak ataupun makan ayam.

Junk food??-sudah hampir 3 bulan aku tak sentuh.

Sewaktu di restaurant itu,aku bertanya kepada klien aku."Kenapa orang suka makan Junk food".[aku selalu percaya fast food,adalah nama baru utk junk food].Sambil memandang,terus kepada perempuan yang leka memakan burger tu.

Aku rasa,kuat sangat mungkin suara yang bertanya.Dan budak perempuan itu,terus terkuman-kuman nak menelan burger di tangan.Mungkin juga dia terasa.

Klien aku menjawap mudah~'Orang akan suka,dengan apa sahaja~yang mereka letakan di lidah".

Aku setuju dengan jawapan itu.Kerana orang sekarang,makan ikut suka hati saja.Tiada langsung istilah makan dengan seimbang dan sempurna.Macam di meja sebelah.Penuh satu keluarga,dengan anak 3-4 orang.Makan tengahari,hanya di restaurant makanan segera !!.Aku tak lah nak kata,semua keluarga buat benda sebegini selalu.Tetapi,inilah yang selalu aku nampak.Macam tahun lepas,aku pernah saksikan.Dalam kegelapan malam,seorang budak lelaki gemok macam dari kepulauan Samoa barat.Berjalan dengan susah payahnya,dari parking lot ke pintu KFC.Maknya berjalan belakang,dengan 2 kali ganda saiz dia.Bapak dia pula??~Janganlah tanya..jika tak,kerana lampu jalan.Pasti aku ingat,aku dah jumpa Bigfoot di Shah Alam.

Aku memang memilih dengan apa yg aku makan.Aku tak kisah memasak,janji aku tahu.Apa benda yang aku dimasak.Lagipun,apa salahnya makan makanan yang disediakan secara natural.
Sejak KFC,keluarkan 'Chicken Chop Meal' yang sangat bodoh rasanya itu.Aku memang anti sangat-sangat,dengan makanan segera bagai ini.Yups,aku memang benci KFC.Mereka keluarkan iklan promosi.Tunjuk staff susun kotak pembungkus tinggi-tinggi.Konon kukuh lah tu.Tapi realnya ??,aku pergi KFC dulu.Balik rumah tak sampai pun 5km.Tapi bila angkat kotak,ayam dah entah kemana.Kotak pembungkusan dah bonyok-kemek-berlipat menjadi origami.Lagipun,itulah Chicken Chop paling horror yang aku pernah jumpa.Ayam tak segar,rasa masin.Manakala mushroom souce pula,cuma ada 2 hiris mushroom !!!.Yay,makanan di dalam penjara pun mewah lagi.

Semua pengalaman ini.Buat aku jadi sangat memilih.Jika di restaurant,aku boleh habiskan masa sampai 15 minit.Untuk meneliti semua makanan yang tertera.Dan akhirnya aku tak memilih apa-apa.Tak pun,aku akan memilih makanan yang sama setiap kali aku datang.Walaupun restaurant itu,menawarkan 500 jenis pilihan makanan.

Sekarang,aku memang berjaga dengan setiap apa benda yang aku makan.Untuk kesihatan satu.Yang ke 2,adalah sebab aku rasa~'Kita ada banyak peluang utk memilih'.

*Aku suka subway sekarang.

Angry Birds~Sangat membosankan !!!

26.6.11 by MORIBAYU

  Ini adalah bukti,paling nyata sekali.
Yang aku,memang bencikan 'Babi'.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.