<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Buku untuk Bulan ini.

Ini adalah buku untuk bulan ini.Dalam 3 bulan kebelakangan ini,aku semakin rajin membeli buku dan duduk membaca.Selama ini aku cuma melimitkan rm100 ringgit setiap bulan untuk membeli buku.Tapi sekarang macam semakin terlebih-lebih pula angka itu dari bajet asal.Ya,mungkin orang akan cakap~'Ala spend seratus pun kecoh'.Dan aku boleh cakap '100,00' bagi aku tetap sebuah nilai yang besar.Dan 100,00 ringgit yang telah aku leburkan.Memang biarlah hanya untuk buku-buku yang betul-betul berkualiti dan bagus.

Aku membesar di dalam keluarga yang punya adik beradik yang ramai.Walaupun keluarga aku hidup taklah semiskin mana.Ekonomi kelurga masih di dalam kelas menengah.Tapi,satu benda yang aku cukup berterima kasih dengan mak dengan abah.Ialah bagaimana mereka ajar aku berjimat cermat dan bersederhana dalam segala hal.Serius ! berkat didikan mereka.Syukur~selama aku hidup hingga ke hari ini.Tak pernah lagilah aku hidup melebihi lampauan batas yang aku mampu.

'Banyak itu membazir~Sedikit itu pun lebih dari mencukupi'~Itu pesan yang sentiasa aku mekakan pada diri sendiri.Ini prinsip yang aku pegang selama ini.Jika ada rejeki lebih,biarlah habis pada buku.kerna aku selalu rasa~Buku itu adalah harta yang sebenar.

Masa aku kecil dulu.Rumah keluarga aku bukan ada benda-benda mewah pun.Sampai sekarang siaran setelit astro pun tiada.Bukan tak mampu~cuma tak perlu.Sudah diajar begitu.Maka memang sampai tualah memang beginilah rupanya.

Dulu bila rumah kawan-kawan dan Masuk Astro,aku pun teringin jugak nak ada kat rumah.Tapi memang tak berani nak minta.Sebab dah tahu,jawapanya memang mutlak adalah tidak.Masa aku sekolah menengah,barulah nak ada vcd player.Mak abah cukup tak manjakan anak-anak dengan benda-benda hiburan kat tv.pukul 10 malam tv dah harus tutup.Waktu solat masuk,memang tak boleh terlangak depan tv.Memang tindakan nak serah diri untuk dileter lah jawapnya.

Tapi ada satu benda yang jika aku beli.Atau buat~yang mak dengan abah tak pernah marah.Iaitu membeli buku  atau duduk membaca.Tak kisahlah buku ilmiah,atau buku kartun.Jika aku tengah tergolek membaca.Memang mereka tak akan berkata apa-apa.Cuba aku elok bersila depan talibesen ( TV ) ?.Memang seminggu lebih mak aku berleter pung pang macam jeneral jepun kalah perang.

Aku ingat lagi.Di rumah ada satu almari kabinet yang penuh dengan buku-buku.Balik dari sekolah aku akan ambik satu dan baca.Hujung bulan jika ada waktu,aku akan kemaskan.buang segala debu dan susun semula seperti biasa.Mak aku memang suka membaca.Tapi aku jarang aku lihat abah aku duduk membelek buku.Baca surat khabar itu memang ada.Itupun hanya pada hujung minggu saja dia membeli *surat khabar.
~
*surat khabar yang beli hari ahad.pagi isnin,dah jadi pembungkus nasi lemak untuk bekal ke sekolah.Nanti Sambil makan sambil baca berita yang aku skip baca masa hari ahad.Hahaha...paling benci bila ink paper lutsinar sebab kena minyak sambal ikan bilis.Memang terasa bosanlah waktu rehat aku,sebab tak boleh nak membaca.
~
Sejak dari melihat koleksi buku-buku yang ada di rumah keluarga aku.Aku selalu janji diri.Bila aku dah bekerja nanti.Aku pun mahu koleksi aku sendiri.Aku mahu rak-rak kayu itu,penuh dengan buku-buku baru atau lama.Yang merangkum segala minat aku di dalam pelbagai topik.

Syukur~hari ini..aku sudah ada koleksi buku-buku aku sendiri.Aku tak pernah nak audit mengira berapa buah yang ada.Tapi adalah lebih kurang 400-500 buah buku yang merangkumi pelbagai subjek.( Sudah tentu buku Art & Sejarah yang paling banyak ).Moga takdir memberi lebih banyak belas.Dan masa memberi banyak lagi peluang.Untuk aku terus mengumpul buku-buku ini.Kerna ini sajalah harta yang aku punya.

“Buku untuk Bulan ini.”

  1. Blogger iKhRam Says:

    rm100 tu memang besar nilainya, tapi berbaloi..

    untung orang yg suka membaca.

  2. Blogger MORIBAYU Says:

    ikram~Yups,seposen pun besar nilainya.Untuk mereka yang pandai untuk berfikir.

    Untung sebab ini saja ilmu yg boleh ditinggalkan dan dikongsi.Ada waktu,jika sama teman-teman.saya akan beri pinjam buku yg ada.

    dengan harapan.

    biarlah ilmu yg baik itu dikongsi semua

  3. Blogger Mieza S Says:

    Wah. Kadang kadang bila menggunakan wang dengan perkara yang membazir tapi membawa kebaikan dan berbaloi. Duit yang membazir tu tak jadi sia sia pun sebenarnya

  4. Blogger MORIBAYU Says:

    mieza~ salam

    Duit memang tak akan ke arah pembaziran~jika niat memang untuk kebaikan.