Kembara Ke Bumi Indonesia Raya II
10.12.10 by MORIBAYUAkhirnya,aku selamat menjejakan kaki ke Tanah Jawa.Macam masih bermimpi pula.Plan bercuti yang dirancang selama setahun,akhirnya menjadi kenyataan.Suasana yang sedia mendung di Lapangan Terbang Husein Sastranegara,telah mendinginkan kan lagi suasana.Kota Bandung terletak di kawasan tanah tinggi dan berlembah.Dengan lokasi,hampir 768 meter dari aras laut.Jadi tidak hairanlah,jika suhu hariannya amat dingin.Malah menurut seorang teman,taburan hujan di kawasan ini juga adalah tinggi.Jika dalam seminggu itu,pasti akan ada harinya yang hujan akan turun.
Bagi aku,bila mendengar tentang hujan itu.Aku dah mula risau.Harap sepanjang aku berada di sini.Janganlah hujan turun sangat.Sebab,jika hari sangat mendung...tak cantiklah hasil picca yang di tangkap.Apa-apapun,Kota Bandung bagi aku..memang terbina unik.Kerana kota ini,mempunyai iklim sederhana sepanjang tahun.Udara sekeliling pun,terasa amat nyaman dan segar.Di tambah dengan bangunan-banguna zaman kolonial,yang memenuhi isi ruang bandar.Memberi sedikit imbasan..tentang masa silamnya.Kerana semua ini,adalah faktor yang membuatkan kota ini diberi nama ~
' Paris Van Java '