Kata Kosong utk Hari Ini
9.7.11 by MORIBAYU
Terima kasih Ambiga~U kata,ini adalah demo keamanan.U tahu,polis akan bertindak.U tahu,situasi akan meruncing.U tahu,rakyat akan emosi....tapi u still nak bersih.Hari ini,malaysia mmg bersih.Apa yang bersih pun...u sajalah yg tahu.Tahniah !!!.
Kenapa orang berkumpul di stesen KTM dan terjerit-jerit kalimah Tuhan ??.Mereka keliru kah,dengan design bagunan KTM yg berkhubah dan macam masjid itu ??.Pelik,penganut agama lain..tak pun,terjerit terpekik terlolong~didalam menyebut nama tuhan masing-masing.Kenapa agama di isu remehkan lagi ??.Jika berdoa perlahan,dalam hati pun.Tuhan itu Maha Mendengar kan ??.
Dengan isu minyak dan dunia sekarang ini~Tak mustahil,kita akan berjuang utk satu lagi kemerdekaan.
Sekarang kita mmg Indonesian.Bukti terbesar,kita mmg serumpun...sudah ternyata hari ini.
DYM Agong kata " Tiada demo di jalananan ".Tapi,apa yang mereka semua,buat di jalanan sekarang ini ???.Mahu kutip sampah ???Atau sedang bersiar-siar,menikmati keindahan kota kolumpo ??.
Seorang perempuan india,dan 2 anaknya..menolong seorang lelaki cina~ angkat kain baju di jemuran.Hujan memang turun,utk membawa rahmat.
Bagus~Lihatlah,betapa negara ini...sudah mula terbahagi.Semua orang nak bersuara,Semua nak emosi,semua nak keadilan,semua nak perfect,semua nak tunding jari,semua nak tuduh menuduh,semua nak menghukum,semua nak jadi tuhan,semua nak sesuatu.Kamu kan manusia,yang berhati manusia....dan setiap langkah kamu.Pasti ada bayang hitam yang setia mengikut.Jadi fikirlah.
Saya menuntut 3 tuntutan kepada KFC Malaysia~1-jaminan ayam kfc yg saya pesan,tidak melalui tapak kasut staff-staff anda.2-tiada x-tra resepi tambahan di dalam 13 rempah resepi rahsia yang sedia ada.3-Suruhanjaya Diraja,di dalam memantau proses pemasakan ayam di restaurant KFC.
Najib:Ros,hang jangan cakap apa-apa kat press.Hang kalau bagi komen...kalut sampai ke laut.
Sayang AF dah habis.Baru nak buat 10 tuntutan~supaya ASTRO telus,di dalam mengira undi SMS.
Bagus betul Masjid depan rumah ini.Buat ceramah dan majlis agama...utk orang ramai di hujung minggu.Akhirnya,kita perlu tahu.Ada "Nya ",yg lebih mendengar suara hati kita.
8 tuntutan ??? Wah kalah Puteri Gunung Ledang.
Jika depa buat poco-poco,sure polis bagi permit.Masuk rekod malaysia lagi.
Berjalan+Bersesak-sesak+Berpan as+Berpeluh masam+Hangit="Bersih".
Setakat berhimpun,pakai baju baru,snap gambar utk show off kat FB.Baik tak yah..pergi.Negara lain,orang berhimpun~sampai mogok lapar,stay 2-3 hari kat jalan raya,dan berjalan beratus batu..merentas negara.Untuk membuktikan "Aksi mereka,lagi kuat dari suara".Jadi rakyat malaysia ku,yang manja lagi bobok.Sedarlahhhhh..Kamu faham apa itu demokrasi.Tapi kamu tak tahu,bagaimana mahu merayakannya.
KL jadi Wilayah DIGI,100 peratus hari nieh. 'I will follow youuuuu..i follow,i follow".