Aku tengah berdiri di sisi kereta.Masih menunggu-nunggu kedatangan pemandu kami~Pak Waditya.Sudah berjanji tadi,jam 1 petang berjumpa semula di lot parking.Tapi 10 minit sudah lewat berlalu,tetapi kelibat Pak waditya masih tak kelihatan.Mungin dia pergi makan tengahari,ataupun masih menunaikan solat.Pantas aku mahu memujuk diri.
Tiba-tiba,datang seorang nenek tua berjalan melintas di depan aku.Langkah dia terhenti sunyi,di depan sebuah bekas sampah.Terbongkok-bongkok,dia menyelongkar timbunan barang-barang.Dengan tekun,dia mengerah-gerah kudrat tua.Selepas berapa minit.Nenek berhenti mencari.Mungkin tak menjumpai,apa yang di cari.Nenek langtas bangun.Melaju dia mengatur jalan~sambil mengusung satu guni plastik di tangan.Aku tidak tahu,apakah isi di dalamnya.
Aku cuma merenung kosong.
Di depan aku,dia berhenti.Nenek berhenti,bagi mencuri nafas.Tubuh tua ini,kelihatan kerdil di bawah terik panas.Aku melihat,dia tak memakai selipar mahupun kasut.Hanya berkaki ayam,meredah bahang di atas jalan.Baju kebaya Hijau yang di pakai,tak mempunyai walau satu pun butang.Hanya pin baju,menjadi penganti kerongsang.Manakala sehelai kain selendang lusuh,elok memeluk tubuh.
Nenek memandang aku.Aku merenung semula.Tiada bahasa yang terucap.
Cuma laungan sunyi,dan bunyi kamera berdetak-detik sewaktu merakam.
Apabila Nad,memberikan satu tin minuman kosong.Nenek terus tersenyum riang.Langsung tergelak dan mengekek ketawa.Menampakan barisan gigi,yang sudah hilang dek masa.Nenek nampak sangat gembira.Dalam sendirian,beliau mengomel-gomel di dalam bahasa jawa pekat.Kami memang tak faham,apa yang nenek cuba perkatakan.Tapi kami cuba juga untuk mengerti~'Mungkin nenek mahu,mengucapkan terima kasih'.Aku tak pernah sangka,sebuah tin kosong.Mampu memberi 1001 makna,kepada orang lain.Terasa sebak dada aku di buatnya.Walaupun,aku tidak mengenali siapakah nenek itu.Ataupun,apa cerita tentang kehidupan beliau.Tapi,pertemuan ini telah mengajar aku banyak perkara.Aku sangat terharu,apabila melihat semangat perjuangan beliau.Walau usia sudah lama memeluk senja.Tapi nenek tua,masih cekal diri dalam mencari rejeki.Sebelum berlalu pergi~Nenek memberikan satu senyuman kepada kami semua.Senyuman paling cerah,ketika langit sudah lama mendung.
Akhirnya Pak Waditya tiba ke kereta.Aku melihat,dia ada memberikan berapa not rupiah kepada nenek.Syukur,aku berharap kegembiraan untuk nenek.Kekal untuk selamanya.
Ketika kereta,semakin jauh meninggalkan lot parking,di Borobudur.Pak Waditya bertanya~
"Besok mau gak ke Merapi ?.Boleh lihat-lihat kesan Letusan."
Aku cuma membalas...
"Tak apa,pak...Saya uda lihat kesannya".