<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Bas-ikal

26.2.11 by MORIBAYU

Aku sedang mengumpul duit.
Untuk membeli sebuah basikal.
Tetapi,aku merasa amat pelik..Kerana.
Di sekitar taman perumahan aku tinggal ~
Tiada terdapat satu pun,Bengkel Basikal !!!.

Faham

23.2.11 by MORIBAYU

Air mata aku bergenang.
Bila menonton Babak ini.

24 jam pada 24 hb

by MORIBAYU

Besok pagi,aku ada sesi kelas Art selama sejam setengah.Habis sahaja kelas,dari Seremban aku akan segera bergerak ke Bangi.Ada sesi fotografi untuk klien pula.Payment pun sudah dibayar.Cuma itulah,selepas 2 minggu tertunda,dari perancangan asal.Baru sekarang ini,aku ada masa terluang untuk pergi mengambil gambar.Semua persedian,telah pun aku siapkan awal-awal.Jika tak,memang aku akan jadi kelam-kabutlah besok.
Minta-mintalah,semua yang telah dirancang,akan berjalan dengan lancar dan bagus.Jika semuanya selesai dengan baik dan mengikuti masa.Sempatlah,aku pulang ke rumah untuk bersiap pula.Kerana tepat jam 8 malam,aku ada jemputan makan malam di Shah Alam.Harap-harap,aku mempunyai tenaga yang mencukupi.Untuk bergerak dan bekerja sepanjang hari.Dengan demam yang baru nak kebah dan Sakit tekak yang baru mahu~beransur pulih.Semoga,mood aku tak tunggang langgang.Jika tak,ada harapanlah~besok adalah hari,yang paling huru-hara di dalam hidup aku.Yay!.Hidup ini,memang satu jadual yang amat senak padatnya.

Untuk Ibu Saya

by MORIBAYU

Ajarkanlah aku,bahasa air mata
~Agar waktu kamu menangis...
Aku tak akan bertanya~Mengapa ??.

Tradisi Yang Terakhir

22.2.11 by MORIBAYU

 Di Bawah Bayangan Senja~Yang Memutih
Ada kepingan Jubin~yang masih setia terhampar
Ada Phoenix  mahu ke langit~Tapi tersumpah kaku di udara.
Ada Pohon mencari sinar Cahaya-Nya.Mencari Salju-Nya.
Ada 2 kekasih setia~Terlarang dalam bercinta.
Ada Nilai Kehidupan yang tertinggal~Di Peluk Ibu Masa.
Ada Mereka-mereka yang kekal kaku ~ dalam bergembira.
Ada sunyi yang menemankan sepi.
Ada Taman-taman yang kekal dirahsiakan.
Ada Syurga yang terbina~Menunggu Penghuni dari Neraka.
 Ada Rumah menjadi Penjara~Menyimpan semua rahsia dan Cerita.
Ada Aku~Yang masih mengembara mencari Cinta.
Mengikut sahaja kompas di Tanah.
Ke Utara-Barat-Timur dan Selatan.
Atau tak berpusing kemana-kemana.

Syurga Kecil~Hotel Puri Melaka.

by MORIBAYU

Entah mengapa,ketika mahu menghabiskan cuti di Melaka.Aku teringin sekali bermalam di sekitar kawasan Bandar Lama.Aku memang tahu,yang di sekitar Jonker Street memang ada banyak hotel-hotel murah yang boleh dipilih.Ada diantaranya,adalah bangunan kedai lama,yang telah di tukar menjadi hotel.Dengan harga kos penginapan yang amat murah.Aku terus buat keputusan,untuk bercuti selama 3 hari 2 malam di sini.Jadi,ketika mencari-cari senarai nama hotel di Melaka.Aku cuma menaip kata kunci "Hotel Di Melaka ".Kata carian yang pertama,terus memberi aku sebuah nama yang teramatlah unik sekali.Iaitu Hotel Puri.*Terus minda aku teringat-ingat,pada tomato puri.Yang orang selalu guna,untuk buat kuah spegetos.

Jadi,aku terus mencari lebih info tentang lokasi dan Servis yang ada.Kali pertama melihat gambar ruang hotel,dari laman web rasmi.Aku terus jatuh cinta.Bagi aku,hotel ini sangat-sangat unik.Sangat berbeza sekali rupanya,dari hotel-hotel lain~yang pernah aku menginap.Lagipun,aku pun sudah lama berhajat.Mahu menginap di hotel,yang lokasinya dekat dengan Bandar Hilir.Senanglah,jika aku mahu berpusing-pusing mengambil gambar.Di Melaka,terutamanya di Bandar Hilir.Lokasi sejarahnya amatlah dekat dan berhampiran diantara satu sama lain.Jadi,jika aku dapat menginap di Bandar lama.Senanglah aku mahu berjalan-jalan kesana-kemari.

Hotel ini adalah sebuah Butik Hotel.Terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock.Malah lokasinya betul-betul,berhadapan dengan Rumah Agam milik keluarga Tun Tan Cheng Lock.Yay,aku rasa amat pelik sekali.Kerana selama ini,aku sudah menyusuri beratus kali di jalan itu.Tapi aku tak pernah pun perasan tentang kewujudan hotel ini.Selepas menyerahkan kunci kereta pada valet.Aku lihat,hotel ini kecil sahaja dari luar.Sama sahaja rupanya,macam rumah kedai 3 tingkat yang lain.Tetapi,bila aku melangkah masuk.Aku sangat-sangat terperanjat.Bila melihat betapa luasnya ruang hotel ini.Malah aku macam tak percaya,yang Hotel ini mempunyai sebanyak 82 buah bilik !!!.Dengan Nilai sejarahnya,berusia lebih dari 100 seratus tahun.Hotel ini,asalnya adalah sebuah Rumah Baba Nyonya milik Keluarga Tan Kim Seng (1805-1864).Aku sangat terpegun,melihat seni bina rumah dan material milik keluarga yang masih dikekalkan.Bila berada di sini,terasa macam berada di dunia yang lain pula.Terlupa aku pada kesibukan di Jonker Street.Yang terletak hanya 1 blok dari hotel ini.[ tak sampai 5 minit pun, jika berjalan kaki].Malah jika mahu ke Bangunan Stadhuys,cuma mengambil masa 15 minit sahaja.Isu nak pergi mencari makanan pun tak timbul.kerana di sepanjang Jalan terdapat banyak restaurant Baba Nyonya.Yang amat asli,dalam menyediakan juadah tradisi kaum tersebut.

Sekarang,aku benar-benar sudah jatuh cinta pada rumah ini.Pengalaman selama 3 hari 2 malam menginap di sini.Memang sesuatu yang mengasyikan.Dengan keramahan staff hotel,yang sentiasa menguntum senyuman.Aku rasa sangat-sangatlah bangga,kerana Negeri Melaka~masih menyimpan banyak keunikannya.

Perjalanan

21.2.11 by MORIBAYU

Aku ingin pergi bercuti.Namun masih memilih-milih.
Di antara ke Beijing-Delhi-Yogyakarta-Bali-Bangkok
Atau ke Pulau Borneo?.Tak pun,ke pulau-pulau sahaja.
Aduh,pening sudah untuk memilih.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.