24.2.12 by MORIBAYU
Sebuah buku mampu mencatat~seluruh alam ciptaan Tuhan.
Sebuah otak mampu membaca~sebuah buku tulisan Manusia.
Seperti lubang hitam,yang menelan semua fakta dan jawapan.
Memori tak punya penghujung.Kerna Penamat tak pernah tercipta.

| Sila Tinggalkan Komen Anda Di sini »
22.2.12 by MORIBAYU
Untuk memahami dan Faham.Apakah itu Bidang Seni.
Yang pertama kamu harus suka membaca Sejarah.
Seni Dan Sejarah~memang seperti ombak dan air.
Saling bergulung-Berpusar dalam mencuci pantai.

| Sila Tinggalkan Komen Anda Di sini »
21.2.12 by MORIBAYU
Para pengunjung bebas keluar dan masuk~menawan setiap pelusuk istana.
Telapak kaki Para Abdi~timbul dan padam di atas pepasir hitam yang suam.
Di bawah panas terik lelangit Jogya~Alunan Gamelan Sultan merdu meredup.
Pintu istana terkuak tak terlarang.Menerima aku untuk merentas ke setiap ruang.

| Sila Tinggalkan Komen Anda Di sini »
19.2.12 by MORIBAYU
Di bawah panas terik hari..
kau membeli gula-gula kapas.
Di bawah bayang-bayang..
aku lihat kau terbakar hitam.
Di bawah panas terik hari..
aku mengeluh dunia panas.
kau beli secawan kopi hangat..
meniup-meniup...hingga aku kesejukan.
Di bawah panas terik hari..
kau buat aku menangis tak tertahan.
kau beli semangkuk besar eis kacang..
dan berkata~"Musim salju sudah datang".

| 2 comments »