N-A-D
Selamat hari ulang Tahun untuk Nad.Teman travel paling sempurna untuk aku.Hey,sedar tak sedar.Sudah hampir lebih 5 tahun kita berkawan.Terima kasih kerna sentiasa wujud di waktu aku memerlukan kamu.Sudah banyak yang kita lalui bersama.Memang sudah jauh jalan yang telah kita jalani.Aku tak akan sesekali lupa,selama 3 tahun ini kita banyak habiskan masa cuti bersama.Yay~kamu memang teman percutian yang paling terhebat yang aku pernah miliki.Setiap hari bersama kamu.Mengajar aku banyak perkara baru.Tahniah ! kerna kamu sentiasa punya banyak sabar untuk melayan kebodohan dan segala sikap negatif yg aku punya.Maaf,jika aku selalu tak selalu sempurna untuk kamu.Apa-apa pun,untuk hari ini.Sempena ulang tahun kelahiran kamu.Aku cuma mahu kamu tahu.Yang sentiasa ada doa dari aku untuk kamu.Moga untuk tahun-tahun yang mendatang kamu akan sentiasa di limpahi dengan kegembiraan dari~Nya.Insya Allah.