<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Trofi

3.3.12 by MORIBAYU

Selama ini aku sudah pergi mengambil beratus-ribu keping gambar.
Dan ini adalah di antara 'Trofi' yang terbaik,yang pernah ada di dalam koleksi.
Ahhh,alangkah bagusnya.Jika aku boleh mengambil gambar sebegini setiap hari.

Graviti

2.3.12 by MORIBAYU

Aku tak pernah jejak ke Bulan.
Namun apabila Bersama kamu.
~Aku terapung lepas ke udara.

Sang Sepi

1.3.12 by MORIBAYU

Di

29.2.12 by MORIBAYU

Di bawah terik ianya tersejat.
Di dalam pekat malam ianya tersebunyi.
Di antara gerimis hujan..tidak terlihat.
Hanya Tuhan saja yang merasa tahu.
Bagaimana aku lemas dalam tangisan.

Rahmat

28.2.12 by MORIBAYU

Setiap kali hujan~aku fikir itu rahmat.Selepas hujan berhenti~Akulah Rahmat.

Kegemilangan Kraton

27.2.12 by MORIBAYU

 Aku berjalan menumpang teduh di bawah bebayang silam.
Melirik ke setiap warna-warna purba,yang tak akan memudar.
Semuanya kekal jadi pegun~Seolah dicipta selepas semalam.
Diam di dalam perut istana.Aku senyapkan diri..setia merakam.

Rahsia Kerajaan

26.2.12 by MORIBAYU

Semasa aku masih kecil.Selain dari punya minat mendalam untuk belajar melukis dan mewarna.Aku punya hobi rahsia yang lain.Errr,aku suka untuk menari !.Walaupun,minat itu tak pernah terserlah secara umum.Tapi,jujur kata~aku memang punya minat yang tinggi untuk menari.Sekarang,bila lihat betapa kekoknya kaki aku untuk menari.Aku terasa ralat sangat.Kenapalah,selama ini~aku tak pernah mendapat peluang untuk belajar menari ?.Yay,aku bukan maksudkan pergi belajar menari tarian lilin,tarian singa atau jadi penari istana (walaupun aku minat dengan aksi 'Mak Yong' ).Aku cuma minat sangat-sangat dengan 'Tap Dance'.Yups,aku suka dengan idea~untuk hentak-hentakan kaki macam penari 'Tap Dance' di barat sana.Aku rasa tarian ini memang unik.Sebab dari dentuman kasut ke lantai,bunyi yang terhasil seolah jadi irama mengiringi rentak tarian.Seingat aku,sebab dan kenapa aku jatuh minat.Ialah kerna sekitar aku berumur 5 tahun.Aku pernah melihat persembahan tarian itu di tv.Sejak dari hari itu,aku seolah ada habit untuk menghentak-hentakan kaki ke lantai.(tapi dengan tempo yang sangat-sangat merapu lah ).Semasa aku belajar di tadika.Abah ada belikan aku kasut plastik hitam dengan tapak yang sangat tebal.Itulah modal,untuk aku belajar menari tap secara amatur.Aku akan letak paku payung,di telapak kasut itu ( Untuk kasi tambah effect bunyi sedikit ).Dan selepas itu,aku akan syok sendiri.Menari-nari hentak kaki,sampai berasap lantai~kadang-kadang sampai terpercik bara api.(ok aku tipu..itu hanyalah imaginasi saja).Sekarang apabila sudah dewasa.Ada masanya,aku akan terhentak-hentak kaki tanpa sedar.Habit itu akan kelihatan jelas,apabila aku baru membeli kasut. (aku akan ikat tali dengan ketat,dan mula hentak-hentak kaki tanpa sedar).Atau waktu sedang duduk seorang dan sendirian.Aku pernah juga melawak~dengan buat persembahan tap dance ini,di depan housemate.Dan di akhirnya kami berguling-guling pecah perut ketawa.Memang azab betul rentak tarian aku.Jika dirakam dan di muat turunkan ke 'You Tube'.Dalam masa kurang sejam,pasti akan jadi bahan berita utama di saluran BBC !!.Dulu semasa berumur 5 tahun memanglah nampak comel.Sekarang~Nampak sangat macam terlalu bodoh-buruk bukan ?.( Yay !!,aku memang layak buat permohonan kerja di sarkas ataupun fun-fair ).




ps:Ahhhh,aku patut pergi belajar menari ballet,dari menari tap secara seberono.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.