Gembira
25.3.11 by MORIBAYU
Sekarang aku sedang berada di dalam~Hari-hari yang paling mengembirakan.Ada banyak sebab,kenapa aku kini.Sedang hidup dengan hati yang senang.Kerna Aku ada sedikit teman yang paling hebat.Aku ada kerja,yang aku suka nak buat.Aku pergi,kemana aku ingin berada.Aku makan apa yg..aku kempunan semalam.Aku tidur bila matahari mula mahu terbit.Aku lena,bila orang lain sedang pitam bekerja.Aku nonton talibesen 30 saluran,dalam masa 10 minit.Aku membaca 7 buah buku sebulan.Ada masanya,aku leka mengunyah mamee sambil melukis.Berteman secawan tea panas suam.Aku pergi nonton wayang lebar,dalampanggung yang sunyi.Melalui jalan paling sepi tanpa sesak.Aduhai semua ini,adalah mimpi yang paling nyata.Owh Tuhan~Terima Kasih diatas semua Anugerah ini.Aku bersyukur,kerana telah diberi peluang.