<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Inspirasi

15.12.12 by MORIBAYU

Aku selalu percaya~Inspirasi datang dari semua arah.
Kamu hanya cuma perlu melihat teliti dengan hati.
Merentas garis batas budaya-agama-sejarah dan masa.
Jika tidak~Kamu akan terjelupuk mati...tepu dengan delusi.

Kembali

14.12.12 by MORIBAYU

Kamu tahu bagaimana rasanya ?.Kembali ke tempat yang sama.
Melihat perkara yang serupa.Tapi tanpa kamu terwujud kukuh disisi.
Kerna fitrah cinta~Walau sama acuan,tapi bentuk berbeda tetap terhasil.
Kerna Cinta pandang pertama~Akan berakhir pada kilasan kali ke-dua.

Luqiesan

13.12.12 by MORIBAYU

2000

Semalam aku telah menjumpai sekeping nota ini~elok terselit diantara muka surat sebuah novel lama milik aku.Aku tidaklah terlalu teruja dengan penemuan ini.Kerna ini memang lah tabiat aku sejak dari zaman kecil lagi.Yang sangat semulajadi suka menyimpan kepingan kertas yang telah ditulis/conteng ke dalam buku.Seingat aku,tradisi ini bermula apabila ibu sangat tak suka melihat kertas-kertas hasil contengan aku.Bagi ibu,minat melukis aku hanya menghasilkan sampah dan membazirkan kertas.Sejak dari itu~setiap kepingan kecil kertas yang telah aku conteng.Akan 'selamat' tersorok di antara muka surat buku-buku kepunyaan aku.Seiring dengan peredaran zaman.Ada diantara kertas-kertas ini,telah aku bakar.Ataupun lunyai ditelan pijat.Tapi untuk sekeping yang ini~aku pun tak sangka.Selepas hampir 10 tahun berlalu.Ianya telah kembali semula untuk aku ingati.

Aku membelek-belek di muka hadapan,diatasnya elok tertulis kasar sebuah lirik lagu.Bila aku membelek di muka belakang pula.Aku menjumpai contengan figura ini.Terus terang cakap,aku tergelak mengilai bila melihat hasil lukisan aku ketika ini.

Terserlah kejahilan aku tentang prinsip bentuk muka-badan seorang manusia.Aku rasa,ketika ini.Aku memang amat terpengaruh dengan style majalah gila-gila.Dengan figura bermata bulat.Mempunyai hidung yg bundar dan mulut yang macam katak.Ahhh sekali imbas seperti meniru watak dari karekter komik '3 Dara Pingitan'.Contengan ini berakhir tergantung tak habis.Kerna waktu ini,aku sangat tak pandai untuk melukis tangan dan kaki.Ahhhh...melihat contengan ini.Buatkan aku terfikir,yang satu ketika dulu.Aku memang sangat-sangat tak pandai melukis !.

Apabila aku meletakan kepingan nota ini.Betul-betul di sebelah illustrasi aku yang terbaru.Membuatkan aku rasa sayu.Betapa jauh perjalanan yang telah aku tempuh dan lalui.Aku taklah nak kata hasil kerja aku sekarang sudah bagus.Yups~Aku masih tak berapa nak berpuas hati.Banyak lagi kekurangan dan benda yang perlu aku belajar.Walaupun orang kata karya aku sudah bagus.Tapi seperti nota yang tersorok itu.Aku sangat yakin,untuk 10 atau 20 tahun yang mendatang.Ilustrasi yang aku baru buat ini,pasti akan kelihatan sangat jauh berbeza kualitinya.Inilah sebabnya,aku sentiasa ingatkan diri untuk sentiasa belajar memperbaiki  diri.Dan jangan terlalu riak dan takbur dengan hasil kerja sendiri.Jadi seorang pelukis~kita tak akan pernah punya stesen terakhir.Tiada pun ruang dan platform,untuk kita cepat merasa puas dan menjulang trofi.Kerna diakhirnya nanti..ianya bukan tentang apa yang telah kita usahakan.Tapi bagi aku~ianya lebih kepada apa yang telah kita lalui.Kerna pengalaman itulah yang membentuk kejayaan seseorang itu.

Aku sangat bersyukur kepada Tuhan.Kerna masih memberi aku banyak waktu dan peluang.Selepas 10 tahun berlalu pergi,aku semakin punya keyakinan untuk terus duduk melukis.Walau ada kalanya aku masih tercari-cari rentak di dalam menghasilkan karya.Namun jika 10 tahun mampu memberikan banyak perbezaan.Maka aku tak ralat untuk menunggu lagi 10 tahun~untuk terus memperhalusi cara kerja aku.Dan hari ini,kepingan nota itu.Tak lagi tersorok suram di dalam buku.Aku sudah lekatkan pada papan notis.Untuk menjadi sebuah ingatan di masa hadapan.Tentang bagaimana aku bermula.
 2013

Warna Bayang

12.12.12 by MORIBAYU

Aku tak pernah sekalipun menonton persembahan wayang kulit.Takdir dan peluang masih tak memberi aku kesempatan untuk pergi duduk menonton.

Selama 3 tahun kebelakangan ini.Seni ini seolah semakin dekat dengan jiwa aku.Duduk berjam-jam,sambil melihat setiap lekuk lubang pada patung wayang~Membuatkan aku hanyut dan mudah leka.Seni ini memberikan aku banyak inspirasi.Semakin aku hayati~semakin aku kagum kepada kehalusan seni pembuatan sebuah patung wayang.Sebuah patung wayang bukan hanya sekadar sekeping nipis kulit binatang.Ianya adalah adunan sempurna dari beratus lorekan corak-bentuk dan warna.Bagi aku,setiap pembuat patung wayang adalah genius.Mereka memahami hukum dan prinsip cahaya.Mereka ada citarasa yang bagus di dalam menghasilkan sebuah patung yg bermutu.Melalui era-era dan ceruk daerah yang berbeza~menjadikan evolusi seni wayang pada hari ini.Mencapai tahap yang paling sempurna.

Aku telah pergi ke muzium untuk menghayati susur jalur sejarahnya yang berabad.Aku  telah pergi ke bengkel pembuatan~Untuk melihat bagaimana patung wayang dihasilkan.Buku hikayat & Lagenda tentang wayang kulit,juga telah aku beli.Untuk memudahkan aku mengenali setiap beratus-ratus watak terang dan gelap yg dipentaskan.

Melihat seni wayang,sentiasa membuatkan aku terfikir.Betapa seni tak pernah jauh dari ketamadunan manusia.Indah bukan ?.Sebuah patung wayang yang penuh warna dan warni,menjadi tatapan mata tok dalang.Manakala sebuah bayang yang hitam legam,berdendangkan sebuah hikayat hebat untuk para penonton di hadapan pentas.

Filosofi seorang patung wayang~tak pernah punya banyak beza dengan kisah sepatung manusia.

Big Bad Wolf

11.12.12 by MORIBAYU

Pada hari sabtu yang lepas,aku telah ke jualan buku 'Big bad Wolf'.Tahun lepas,aku pergi 2 hari sebelum ianya berakhir.Jadi kerna kali ini aku punya banyak masa.Maka peluang ini tidaklah mahu dilepaskan begitu saja.Selepas sahaja selesai menjamah supper sama teman-teman di Damansara.Aku terus bergerak menuju ke Mines.Walaupun hujan masih turun renyai-renyai,tapi keadaan jalan yang tersangat lenggang.Membuatkan semangat aku sangat berkobar-kobar untuk pergi mencari buku-buku,untuk dibuat jadi bahan bacaan di rumah.Setibanya aku disana,( hampir jam 1:45 pagi )keadaan di dalam  ruang jualan agak terkawal dan tidaklah terlalu  ramai dengan para pengunjung.Aku tidak mengalami apa-apa masalah semasa membeli.Cuma ada berapa perkara menarik yang telah aku saksikan.Yangan sangat aku ingin kongsikan sama kalian.Perkara-perkara ini,telah membuatkan aku jauh terfikir tentang sikap suka/benci diantara manusia dan buku.

i-Kau mahu pergi membeli buku~tapi kau bawa teman yang buta huruf.
Aku rasa kasihan pada seorang budak perempuan ini.Yang kelihatan sangat teruja mahu pergi membeli belah.Tapi kawan yang dibawak jadi peneman dia,jaja emosi muka yg dah macam orang nak kehilangan nyawa.Dengan muka kelat menahan mengantuk.Acuh tak acuh saja,dia mengikut.Yay ! berpuralah buat-buat muka happy sikit.Tiada siapa pun yang pernah mati dihempap buku di sini ya.Yups ! Saya faham,awak tak berapa nak minat sama buku.Tapi janganlah nak buat muka.Kasihan saya pada kawan awak yang baru nak gembira memborong buku.Kalau awak tak nak memborong,tapi janganlah buat sikap boring sebegitu.Lain kali,kalau awak tak mahu masuk.Duduk saja di luar,ada kerusi urut ogawa lagi kat lobi.Masuk 50 ringgit,cukuplah untuk buang masa sambil kawan awak habis membeli.Aku rasa pergi membeli buku ini.Memang tak Sama macam pergi shopping baju.Tak semua orang boleh rasi.Walaupun orang itu kawan terbaik sekalipun.Macam kes aku.Dari 5 orang kawan rapat yang aku ajak untuk pergi.Hanya seorang saja yang teruja mahu mengikut.Tapi kalau ajak pergi makan,atau pergi berkarok atau konsert.Elok saja,belum buat panggilan pun.Sms dah masuk berdentang-dentang minta diajak pergi.

ii-Kau pikul berkilo-kilo buah buku,Dan sarat buat tawaf 7 kali.
Siapa yang pernah pergi ke jualan Big Bad Wolf,pasti faham.Tapi aku memang tak faham.Kenapa perlu usung berkilo-kilo buah buku,semasa berpusing mencari buku ?.Dalam imaginasi liar aku~aku telah cuba membayangkan buku itu adalah berupa makanan.Dan sekarang aku cuma nampak 'seorang perempuan gemuk sarat dengan makanan..sibuk mengambil makanan lagi'.Nampak sangat TAMAK !! tahu tak ?.Yay,masa sekolah dulu.Kan cikgu BM pernah berpesan "orang tamak selalu rugi".Dan aku pegang pada kata-kata itu.Sehinggalah perempuan gemuk itu,berjaya membuatkan aku percaya yang "orang tamak selalu dapat banyak".Aku bukan apa,bila kau dah sarat dengan lemak dan buku.Kau bergerak lambat.Bila kau bergerak lambat,kau block jalan orang.Bila kau block jalan orang.Errr ketepi lah sikit ! aku nak jalan lah grrrrr. :P Masa aku tiba disitu,aku baru pegang 2 buah buku.Tapi dah rasa berat sangat,dan macam payah nak berjalan.Jadi apa yang aku buat ?.Jika ada menjumpai buku yang aku minat.Aku akan ingat buku itu meja mana,atau sembunyikan buku itu dibawah susunan buku-buku yang lain.Kemudian aku akan pergi berpusing-pusing bebas mencari buku lain yang berkenan di hati.Setiap buku  yang aku mahu,aku tak akan ambil.Aku cuma perlu ingat di meja mana dan warna buku itu.( untuk memudahkan proses aku mengingat ).Jadi aku taklah perlu mengheret buku berkotak-kotak kesana-kemari.Selepas habis pusing ke semua area.Bila aku sudah benar-benar berpuas hati.Baru aku pergi kutip semua buku-buku  tadi .Lantas masukan ke dalam kotak dan terus pergi ke kaunter membayar.Aku rasa cara ini lagi menjimatkan masa.Lagipun ketika itu,aku cuma ada 1 jam untuk membeli.

iii-Buku bersepah sebab tangan kau gatal memunggah !.
Pelik bukan ?.Kau tak fikir kah pada staff yang penat semalaman untuk menyusun ?.Kalau buku dah letak ikut set yang sama.Atas dan bawah sudah tentulah buku yang sama.Kalau buku yg kat atas nampak kusam sikit.Ya aku faham,kau nak yang elok sikit.Tapi perlu kah sampai satu meja kau punggah ?.Cik akak,ini jualan buku ya.Bukan jualan borong tudung cap bonggol unta !.Bila seorang dah buat.Semua mengikut.Gila tak ?,aku pergi pada hari ke-2 jualan pada umum.Tapi buku-buku dah berbaur diantara satu sama-lain.Lol,mana sikap sopan berbudi rakyat malaysia ?.Bila semua dah ikut,hasilnya ?.Macam burung garuda baru berlepas terbang.Buku tunggang langgang.Itu belum campur yang sudah bercampur aduk dengan buku di meja sebelah.Yehaiii ! kata yang datang,semua adalah pencinta buku ?.Jadi jika buku adalah cinta pertama kamu.Kenapa layanan yang diterima seolah buku-buku itu adalah nyonya mansur di dalam filem 'Ibu Mertuaku' ?.

iv-Kau memang pencinta buku.
Bagi aku,walau celaka pun perangai seseorang itu.Tapi jika dia seorang pencinta buku.Maka dia memang istimewa.Dengan dunia dah masuk ke era teknologi digital.Aku lihat buku dalam bentuk kertas,seolah macam dah nak masuk ke zaman gelap.Aku akui,aku sendiri pun..dah makin malas membeli buku.Jika dulu aku akan pergi membeli sebulan-atau 2 bulan sekali.Tapi sekarang hampir 7 bulan berlalu, barulah aku nak pergi memborong buku sekaligus.Malah aku makin selesa membeli buku terpakai ataupun ketika jualan borong bermula.Sekarang juga semuanya sudah mudah.Aku cuma perlu download dan baca di ipad.Tiada lagi bau harum kertas baru.Tiada lagi nak guna penanda buku.Tiada juga lagi pepijat buku yang suka main menyorok dalam helaian.Yay aku cuma mahu menjimatkan pengunaan kertas.Dan errr selamatkan hutan !.

Tingkap

10.12.12 by MORIBAYU

Doric

9.12.12 by MORIBAYU


Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.