Paper 53
28.4.12 by MORIBAYU
Kenapa aku berasa tersangatlah gembira di dalam 2 minggu ini ?.
Sampaikan terlupa mahu mengemas kinikan blog dengan post terbaru.
Dan inilah jawapanya.Benda yang telah berjaya buat aku teruja dan leka.
Paper 53 : Sebuah Media terbaru di dalam berkongsi idea.
Menawarkan Pilihan buku journal dalam pelbagai tema pilihan.
( Seperti Cartoon-Ideas-Journal dan Skecthes ).Hebat bukan ?.
Disertakan sistem cover buku yang boleh dipilih dan diubah tukar.
9 jenis pilihan sapuan warna asas.
Bersama 5 jenis alatan asas melukis.
( Pen Dakwat-Pensil-Marker-Pen Mata Bola-Berus ).
Di tambah dengan tambahan muka surat yang tak terbatas.
Bersama sistem simpanan data yang amat mudah diguna.
Tiada masalah untuk simpan,buang atau kongsikan lakaran.
Kerna hasil idea~boleh dimuat turun ke laman jaringan sosial.
Ahhhh~ini memang sebuah ciptaan yang paling terbaik.
Untuk para peluqies menzahirkan segala jenis bentuk idea.
Terus terang cakap,sekarang aku sudah rajin melukis dari dulu.
Setiap masa terluang,akan aku habiskan dengan melakar kasar.
Dulu~aku ada rasa takut untuk membuat kesilapan sewaktu melakar.
Tapi sekarang,tidak lagi.Aku sudah makin yakin untuk berkongsi idea.
Dan perkara yang paling penting sekali.Di dalam masa 2 minggu ini.
Tapi sekarang,tidak lagi.Aku sudah makin yakin untuk berkongsi idea.
Dan perkara yang paling penting sekali.Di dalam masa 2 minggu ini.
Aku sudah pun berjaya,menyelamatkan pokok dari pembaziran sumber.
Tiada lagi buku-buku dan timbunan kertas.Yang masih kekal cumalah 'Idea'.
Tiada lagi buku-buku dan timbunan kertas.Yang masih kekal cumalah 'Idea'.