<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Pindah

17.3.12 by MORIBAYU

Barang sudah pun dikemas.
Perabut sudah diatur semula.
Ayuh kita berpindah  sebentar.

Motto

16.3.12 by MORIBAYU

Aku hanyalah komet yang berlari.
Aku datang tapi tak akan tinggal.
Aku pergi namun akan kembali.

Kusam

15.3.12 by MORIBAYU

Sudah lebih daripada 5 tahun~Buku-buku ini berada di rak.
Dan aku masih tak punya masa,untuk duduk dan membaca.
Mungkin sebab aku lebih minat pada topik 'Sejarah & Budaya'.
Hurm~Kenapalah aku tak punya minat pada 'Sastera Barat' ?.

S

14.3.12 by MORIBAYU

 
Siang aku kehabisan~Malam aku telah mulai Susut.
Merentas Subuh dingin~Aku Sembunyikan Bintang.
Musim Sedih sudah bermula~Serang aku tanpa tanda.
Terlantar disini Seorang~Aku Sendirian tanpa Tuhan.

Suria bergolek Suram.Di sepak pergi oleh kaki langit.
Sinarnya mula menjadi silau.Sunyinya mula menjadi Siren. 
Embun Sudah ku rasa Bahang~Terik di lihat serimbun kabus.
Selaput mataku terkupas~Pandangan ini bukan lagi Selimut.

Peti Rahsia-Nya telah terkopak~Aku Serpih dan Selongkar.
Di dalamnya ada Surat berupa Doa~Sekeping aku utuskan.
Di atas bibir Sampul-Nya~Tercop seketul air mata Selautan
Doa ini telah lama Sampai~Dibaca dan Sunting tanpa Soal.

Hari aku semakin bertambah : percuma sarat lagi kosong.
Datanglah Sang Bangau~Jadikan dadaku Sebuah Sarang.
Tengkorak ini telah Sembab~Semerbak menakung hujan.
Telapak ini telah Retak~Senak dan Seliuh menatang badan.

Aku tak Selak pintu Nyawa~Biar maut mudah Selinap.
Nafasku sengaja biar Suntuk~Hembusan terbiar Senyap.
Saat aku merempuh ke Sana~Biarlah Sendirian tak terucap.
Sahabatku tinggal~Kerna ini Percutian yang Selama Musim.

Salam Semua akan kubawa pergi untuk Semalam.
Senja yang berlabuh besok~Akan Aku kekal Sambut.
Semakin aku pergi jauh~Sedekat kamu cubalah ingati.
Semua Ini hanyalah Ingatan~Untuk teman Sekalian.

Di Sebalik Pintu Syurga~Aku singgah diri buat Sebentar.
Mengesot Kaki Aku selimpuh~Sujud Di tangga Rumah-Nya.
Aku Sisipkan sebuah nota~Biar Subur di tepi Semak taman.
Di atasnya terconteng Satu Surat Sajak~Tentang Semua~jadi.

Filem

13.3.12 by MORIBAYU

The Help - Berjaya membuatkan aku menangis dan ketawa sewaktu menonton.Patutlah menang Oscar.
Farewell My Concubine - Filem Icon terbaik sepanjang zaman.Aku bertepuk tangan waktu habis tayangan.
A Crazy Little Thing Called Love - Ahhhh buat aku teringat semula,kisah cinta Kingkong di zaman sekolah menengah.
The Messenger  'France does not belong to you, Charles. She belongs to God'.Dialog yang aku ingat sampai bila-bila.
The Shawshank Redemption - Antara filem terbaik,aku pernah duduk nonton semasa remaja 
Sungkyunkwan Scandal - Yay,aku baru nonton sampai episod yang ke-3.Zzzzzz 

Mendung

12.3.12 by MORIBAYU

Aku lukis matahari pada siling langit.Biar rasa suam dan hangat.
Kerna sejuk dan kelam ini.Benar-benar membunuh perasaan.
4 hari sudah berlalu.Semuanya sempurna gelap dan mendung.
Ahhh~Sang Suria itu..masih enak terlena di Jepun agaknya ?.

Rumah

11.3.12 by MORIBAYU

Lewat malam tadi,aku ke Seven-E mencari susu soya dan sebuku roti. 
Di tepi tangga kedai.Aku melihat ada sebuah rumah dan pemiliknya.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.