<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Hikayat Dari Mendut

5.11.11 by MORIBAYU

Mencalar batu kebal,cerita di ukir lukis.
Pancatantra Jataka,dikikis tak terhakis.
Agar si anak manusia,membaca selalu.
Pada hikayat kekal,selama tahun berlalu.
Di sisi tangga Candi Mendut,lama aku berdiri dan merenung.Kepada setiap panel-panel Jataka,yang terukir halus dan kemas.Macam tidak percaya.Selepas ratusan tahun berlalu.Panel-panel batu ini,masih utuh dan kukuh melawan takdir.Walaupun,ada yang sudah mereput kusam dan pudar bentuk.Tak kurang juga,ada yang semakin meluntur terhakis.Tapi,panel-panel Jataka ini~masih indah,untuk bercerita di dalam diam.Sekilas melihat~Kita sudah pun dapat memahami dengan mudah,apa yang terlakar.Figura-figura berbentuk manusia dan binatang,masih utuh diri untuk di kenali.Setia untuk kekal kaku~di dalam memperceritakan setiap hikayat-hikayat jataka.
Apakah itu Jataka ?.
Wujud selari dengan kesusasteraan awal Buddhism.Jataka adalah bermaksud 'Cerita Kelahiran'.Asas kepada teras Hikayat ini.Sangat berhubung-kait tentang kisah-kisah kehidupan Buddha.Pada masa penjelmaan/Kelahiran beliau yang sebelumnya.(Penjelmaan di dalam tubuh manusia mahupun Binatang).Dikarang tulis dalam bahasa Pali.Jataka,amat berkisar~terhadap perilaku,pemikiran dan sikap mulia Buddha.Setiap kisah tentang Buddha itu,telah di catat dan dihimpun.Maka lahirlah Jataka,seperti yang kita kenal pada hari ini.Jika di lihat,hikayat ini~merupakan koleksi dari beratus-ratus cerita,prosa dan puisi.Dan setiap cerita,biasanya akan di akhiri dengan teks moral.Di sesetengah negara berfahaman buddhism.Hikayat Jataka~selalu dipersembahkan secara lisan,ataupun persembahan tarian.
Di katakan,pada zaman dahulu.Jataka adalah salah satu media utama.Dan paling berkesan,di dalam proses pengembangkan ajaran buddhism.Jadi tak hairanlah.Selain dari,disampaikan secara lisan.Kisah Jataka ini,dipahat dan dilukis pada dinding-dinding kuil.Ini adalah cara paling mudah.Supaya,mesej ajaran buddhism sampai kepada umum.Aku selalu merasakan,manusia pada zaman dahulu.Sangat berfikiran bijak,di dalam membuat satu dokumentasi.Apabila buku dan kertas,adalah sesuatu yang sangat terhad.Pilihan paling terbaik,adalah mengukir cerita-cerita ke dinding batu.Bukan setakat,orang buta huruf.Mereka yang buta mata juga,dapat membaca/merasa~setiap bentuk,motif dan ukiran yang timbul di dinding kuil.
Seperti Panel Jataka,yang terukir di sisi tangga Candi Mendut.Ini adalah dari Koleksi Jataka~tentang 'Hikayat Manusia & Binatang'.Semua cerita di panel,adalah dari kisah-kisah yang pendek~tapi masih sarat dengan mesej tauladan.Kita boleh melihat,dan kenal dengan mudah.Setiap watak-watak utama,dari ukiran yang dibuat.Hebat bukan ?.Satu panel ukiran,adalah mewakili satu cerita.Di sisi kiri dan kanan tangga candi Mendut.Terdapat lebih dari 10 buah cerita.Kita boleh lihat~adanya terukir.Hikayat 'Sang kura-kura dan Bangau' dan 'Sang Monyet dan Buaya'.Begitu juga cerita 'Sang Pendeta dan Kepiting (Ketam)' dan Hikayat 'Dharmabuddhi dan Dustabuddhi'.Semuanya,di ukir dengan indah dan ringkas.Bagi memudahkan para pengunjung candi.Memahami kisah dan moral,setiap cerita yang di paparkan.Aku rasa,fungsi panel batu ini sangat unik.Di ukir pada sisi kiri dan kanan tangga masuk ke ruang pemujaan.Seolah sebagai satu ingatan.Tangga adalah simbol,manusia memanjat ke sisi Tuhan.Dan cerita ini,elok sahaja terletak di sisi tangga.Seperti mahu memberitahu.Cerita-cerita Jataka ini,adalah jalan terbaik bagi manusia menuju Nirvana.Fungsi sebuah Candi itu,jelas tidak terbatas hanya sebagai tempat pemujaan.Tetapi,dalam masa yang sama.Menjadi pusat bagi perkembangan kesusasteraan,pendidikan dan filosofi.
Hari ini, Hikayat Jataka telah pun bersifat universal. Merentas setiap sempadan bangsa dan negara. Hinggakan...ada diantara kita, tidak pernah tahu pun.Ada di antara kisah tauladan,yang selalu kita baca dan dengar.Adalah memang berasal dari kitab-kitab Jataka.Mungkin kerana perubahan dek masa~telah melupuskan akar asal permulaan Hikayat.Apatah lagi,hikayat Jataka telah di tulis semula.Kedalam pelbagai jenis bahasa.Berbaur dengan karya-karya,Hikayat 1001 malam.Di tulis dan diadun semula,dengan budaya islam dan Hindu.Tak kurang juga~Di claim,sebagai sebuah karya tulisan milik Aesop.Jataka,di akhirnya...bukan lagi,sebuah karya eksklusif milik ajaran Buddhism.
Seiring dengan perubahan zaman,Kisah-kisah Tauladan Jataka telah lama berubah rupa media.Tidak lagi di ukir halus, di dinding kuil.Atau diceritakan secara lisan oleh sang pendeta tua.Tapi,sudah lama kekal di salin dan di bukukan,ke dalam pelbagai jenis bahasa.Kita boleh lihat di kedai-kedai buku.Di bahagian untuk kanak-kanak, pasti ada buku tauladan.Yang berinti patikan dari Hikayat Jataka.Walau sudah banyak berubah jiwa.Jataka~Kekal untuk mengajar kita tentang nilai-nilai kebaikan.Dan Ini membuatkan aku terfikir sejenak.Jika tidak kerana panel berukir di Candi Mendut.Pasti kita tidak akan tahu~Cerita tauladan kita...adalah dari satu bab Jataka,yang sama.

Aku tersangatlah kagum dengan Hikayat Jataka.Kemampuan nashkah ini untuk kekal dan relaven.Adalah sesuatu,yang amat menakjubkan.Lihatlah...Bagaimana,Jataka di ulang baca dan difahami,oleh generasi-generasi sebelum kita.Dan cerita-cerita ini,telah membentuk satu acuan indah..di dalam diri mereka.
Semasa merakam setiap panel-panel Jataka di Mendut.Aku berniat,supaya cerita ini kekal di perdengarkan.Jika cerita ini,mampu mengajar umat manusia.Supaya mempunyai nilai moral yang tinggi.Jadi apa salahnya ?.Bagi aku,kita boleh mempelajari tentang soal kehidupan.Dari apa sahaja jenis sumber.Ilmu tentang Kebaikan,tak pernah,punya rupa khusus.Terpulanglah kepada diri kita sendiri,untuk memilih dan berfikir.Apakah kita perlukan set panel-panel ukiran batu ?.Untuk mengajar anak-anak,kita apa itu moral dan tauladan ?.Aku tak punya jawapan.Bagi aku~Sekarang ini..kita patut  sudah lebih berasa bersyukur.Kita sudah ada buku, tulisan dan lembaran kertas.Jika cerita ukiran-ukiran Jataka di Mendut mampu untuk kekal merentas masa~dan setia untuk mendefinasikan...

 'Kebaikan'
 Jadi kenapa kita tidak ?

Malioboro Street

4.11.11 by MORIBAYU


 Jika Malioboro mempunyai satu Suara~Dan mahu bercerita.
Tidak akan ada,satu kamera pun.Mampu merakam kesemua.

Rangga

3.11.11 by MORIBAYU

Sang Pencuri tetap,tidak akan mahu meminta.
Maka Si Penjaga...Perlu kekal diri,untuk setia.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.