Yang Terakhir
18.8.12 by MORIBAYU
Pernah kamu teringat~bahang surya pada detik terakhir ?.
Suam dan Hangat mencium kulit yang telanjang tanpa salut.
Dalam ramasan yang lembut~seulas bayu terasakan meribut.
Enak mengahwini tenang~membawa aku terlentang berkubur.
Itu rasa detik sebutir~setelah aku merasa semua detik selaut.
Sebulan berlalu~meranapkan ingatkan aku pada cinta dunia.
Aku ajari diri~untuk tunduk pada kehambaan pada yang Esa.
Lantas Kikis-kukus-kerenyuk angkuh hati~lebur saja jadi baja subur.
Hari melahirkan Hari~detik membunuh detik-Saat bercambah saat.
Apa yang bermula akan mereput menjadi akhir.Dan hari ini menjelma.
Satu khabar sayu untuk aku telan dan terima suka~Aduhai-aduhai !.
Hari terakhir pantas menelan setiap baki yang tertinggal.Habis-habis-habis.
Jika surya mampu bicara~akan ku ajak berbual~buat dia terleka.
Jika bumi kenal apa itu pening~akan ku ajak rehat dari berputar.
Jika aku benar ridhuan di syurga~akan ku buka semua jendela ada.
Jika masa boleh diputar guna semula~akan ku guna semula saat berlumur detik.
Namun aku tidak ada kuasa~tiada kudrat raksasa.
Untuk menghambat keajaiban sujud pada hasrat gila.
Maka saat detik terakhir~terseret dibenam tubuh surya.
Aku sisipkan selafaz bisik~Ke bawah pintu hati semua.
"Aku cuma mahu lemas di dalam ramadan ini semula".