14.1.12 by MORIBAYU
Hujung minggu adalah waktu paling terbaik untuk mengemas rumah.
Dari satu bilik ke bilik yang lain.Semuanya perlu dikemaskan segera.
Aku perlu membuang debu,menyapu sampah dan membasuh lantai.
Baju ? Ahh langit sangat mendung di luar.Itu perlu ditanguhkan dahulu.
Dari minit ke 2 jam~Aku masih leka bekerja seperti 'Dobby si House elf'.
Semuanya perlu siap hari ini.Aku sudah bosan melihat rumah yang terbiar.
Dan secawan earl grey suam~Adalah ganjaran selepas semuanya siap.
| »
9.1.12 by MORIBAYU
Bagi aku,cara paling terbaik di dalam menikmati satu makanan.
Adalah dengan membeli apa yang patut.Dan tidak membazir-bazir.
Ingat~Ketika kita sedang enak,duduk menguyah-gunyah seketul cekodok.
Di satu tempat,jauh dari sini~Ada seorang budak sedang mengali sampah.
Demi mengusahakan sesuap makanan.[ Itupun jika dia terjumpa,jika tidak ?].
| »
8.1.12 by MORIBAYU
Sudah lama aku tidak duduk melukis-mewarna dan berkarya.
Mungkinkah aku sudah kehilangan punca dan isi semangat ?.
Dan soalan itu,benar-benar membuatkan aku terfikirkan sesuatu.
Selama ini~Aku melukis untuk diri sendiri,orang lain atau kerna kamu ?.
| »