<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Mahathir

8.9.12 by MORIBAYU

Laman Padi

7.9.12 by MORIBAYU

Surat

6.9.12 by MORIBAYU

 Aku tulis secebis surat~isi sumbat ke dalam botol.
Aku campak ke dalam laut~biar pada kamu terhanyut.
Namun tak pernah jumpa alamat~Kerna cemburu Ombak.

Momen

5.9.12 by MORIBAYU


Menangis seperti ombak~untuk membasuh kesan telapak kamu...di pantai hati ini.
Namun memori tak pernah akan terbit senipis rupa kabus
~Apa yang kamu berniat biar terhapus~biar termampus
Akan berkepul muncul tertera di awan.Bersarang mengait-gait terelok.
Menghantui masa depan..selama nyawa bersarang di badan.
Sumpahan apa ini ?~Memori mengikat dirinya umpama bayang.
Terdetik cahaya menitik-Terlahir ia muncul mengusap diri ini.
Apa kamu mampu ajari aku selafaz mentera pelupa ?
Apa kamu punya kuasa sehebat dewa-dewa purba ?.
Aku anak manusia~apa yang lekat di mata.akan tinggalkan grafiti tatu di hati.
Maka terpasung aku di pantai ini.Menyental setiap ingatan.
Biar pasti hapus selamanya~Atau biar terhanyut buat sementara.

Langkawi

4.9.12 by MORIBAYU

Ini adalah kali pertama aku menjejakan kaki ke tanah pulau langkawi.
Untuk menghabiskan cuti selama 3 hari ini.Memang tak akan pernah cukup.
Untuk menjinakan segala rasa liar-kasar-dan kecelaruan pada rupa dan jiwa pulau ini.
Entah kenapa~Aku berasa sangat terasing di sini.
Puji dan indah di pulau ini tergagal untuk aku puja.
Aku cuma rasakan rupa kosong dan rasa yang lohong.
Langkawi hanya lebih khabar angin di iklan tv dari realiti.
Maaflah~Langkawi punya sisi diri angkuh yang aku tak mampu untuk tanamkan sedikit suka.

Hanyut

3.9.12 by MORIBAYU


Laksa

2.9.12 by MORIBAYU

Aku membesar di Selatan Semenanjung.Jadi aku hanya biasa memakan laksa style Johor ataupun Laksa Nyonya.Ini adalah kali pertama aku duduk makan dan merasa hidangan semangkuk laksa dari belah Utara.Mulanya~Aku tak tahu kenapa ada sebotol kicap di situ.Untuk dicecah makan bersama telur rebuskah ?.Sehinggalah seorang teman memberi ingatan di 'Instagram'.'Orang utara biasanya akan makan laksa bersama kicap'.~Errr betulkah ?.Ada sesiapa yang mahu menyokong fakta ini ?.Pelik sungguh bagi aku.Untuk makan laksa yang berkuahkan isi ikan bersama kicap.Bagaimanakah rasanya nanti ?.Persoalan itu aku tak jumpa pun jawapan.Setiap kali aku memesan laksa.Aku cuma makan seperti biasa.Kerna terasa sayang pula,mahu mengeruhkan kuah laksa yg sedia keruh dengan hitam pekat kicap.Biarlah~Sama ada berkuahkan kicap atau tidak.Bagi aku itu tidak pernah menjadi terlalu penting.Aku cuma mahu duduk menghirup kuah yang suam itu..dengan aman.Cukuplah biar bebutir pasir di Pantai Pasir Hitam ini saja yang berwarna kelabu kelam.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.