20.8.11 by MORIBAYU
Caroline = 5 kali.
Sprinted Away=1 kali saja.
Pride & Prejudice = 6 kali.
The Borrower Arrietty =3 kali.
Shameless=Belum pegang pun DVD.
The Sheltering Sky=Baru nonton suku cerita.
Skins [Volume 2]=Yehaaa,vol 1 pun tak ditonton lagi.
Studio Ghibli [The Great Collection]=Hanya 5,dari 18 buah film animasi.
Aku memang suka pada seni filem dan karya animasi.Bagi aku,ini adalah satu hiburan yang terbaik~Selain dari duduk membaca,memasak dan snappy snap picca.Seingat aku,memang sejak dari zaman kecil lagi.Aku memang ada minat, yang amat mendalam terhadap industri filem.Antara filem yang menjadi kesukaan aku semasa berusia 5-6 tahun.Adalah 'The Last Emperor' dari Bernardo Bertolucci.Dan juga 'Empire of the Sun',hasil karya agung dari Steven Spielberg.Mungkin,kedengaran amat sedikit pelik.Kenapa sewaktu,pada usia yang semuda itu.Aku sudah mula,mahu berjinak.Dengan 2 buah filem barat,yang mempunyai tema sangat berat.Kenapa aku tak minatkan saja diri.Dengan duduk nonton animasi Disney,ataupun kartun-kartun hikayat terbitan filem negara ?.
Aku pun tak tahu mengapa.

| 8 comments »
18.8.11 by MORIBAYU
Jangan tanya,kenapa aku suka dengan Tanjung Karang.
Sebab,semua orang ada jawapan yang sama.Kenapa mereka suka.
Bagi aku~Tanjung Karang,adalah antara laman kepada syurga dunia.
Melihat matahari terbenam,di balik deruan sawah pagi menghijau.
Berebut makan nasi ambeng,yang dihidang dalam satu dulang.
Berlari-lari berkejaran,di atas batas.Atau hanya duduk senyap mencari ilham.
Semua ini,antara pengalaman yang terbaik~pernah aku rasakan.
Hanya sehari di sini,memang tak cukup.Ada banyak lagi,jalan yg boleh diterokai.
Terus terang cakap,aku memang jatuh cinta dengan kehidupan di kampung.
Owh~siapalah yang tak gila.Bila ada kehidupan,yang indah sebegini ??.
Yups~raya nanti,aku memang mahu kesana lagi.

| 16 comments »
17.8.11 by MORIBAYU
Mimpi~cuma ditonton,oleh seorang penonton setia.
Walau sebanyak mana pun,mimpi kamu punya tema.
Penamatnya tetap berakhir-dengan penutup yang sama.
~'Dan Kita pun..membuka mata,terjaga dan cuba mengingati'.
Sangat sia-sia bukan.Kerna:Mimpi memang sangat membosankan.

| 6 comments »
14.8.11 by MORIBAYU
Cinta hanya terjadi di syurga.Apa yang berlaku di bumi~hanyalah 'lakonan semula'.

| Sila Tinggalkan Komen Anda Di sini »