<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Harta Karun

4.8.12 by MORIBAYU

Seharian duduk mengemas meja belajar~dan almari laci.
Hurm,banyak sungguh harta karun yang tak mempunyai tuan.
Aku baru saja membeli sebuah buku tentang "Memory Boxes".
Yups~dari terbuang dan terusang tanpa diusik tangan dan mata.
Mungkin ini adalah bahan-bahan terbaik untuk aku mencipta~
'Sekotak Memori Mimpi'

Kosong

3.8.12 by MORIBAYU

Fikiran aku terbazir kosong~seperti hati aku yang melohong.
Aku mula mengisi penat~dengan segala yang mampu dikutip.
Namun tak pernah cukup segala rasa terisi~Lalu aku meneriak tangis.
Di kepit siang di hentam subuh~Aku terperosok seorang tanpa kawan.

Aku letih menjadi sang badut di mata manusia.
Aku penat menjadi boneka di tangan iblis meraja.
Apakah ini hukuman nyata ? Atau aku yang masih tak jaga ?.
Ujian melahirkan ujian~Karma berputar haus~Takdir mereput.

Lalu membawa aku ke daerah kecelaruan.Kiri jadi kanan~Kanan jadi kanan.
Ini bukan rumah yang mahu aku bina~Ini bukan dunia yang mahu aku diam.
Seorang tanpa diri sendiri~Aku kelana mencari erti~Mencari apa~Mencari kenapa.
Dan setiap jawapan melarikan diri~dihambat pemburu-pemburu kelaparan jawapan.

Semalam dewa cinta bersara~Hari ini aku keputusan erti dan maksud dicinta.
Hati aku mula berjelaga~Kelam membakar-bakar sumbu legam.
Bebola bintang mana pernah cukup terang~Merangkak aku tercampak.
Aduhai..dimanalah sang peneman yang mahu didambakan ?.

Aku larikan diri serata alam~cari cinta yang Tuhan pernah cipta.
Namun tak pernah aku terkesan.
Memang tak akan aku terjumpa.

Di bawah selimut malam~aku sekat air mata.
Aku tarik kelopak mata erat.Aku cengkam bibir ketat.
Jangan ada siapa mendengar~jangan ada makhluk yang tahu.
Tangis aku bermula~aku campak diri ke dalam mimpi paling suram.

Aku palu hati mengalun seribu doa.Aku carik serat kulit~adun jadi surat.
Darah ku bancuh~Air mata pekat jadi tinta.Tulang pecah aku kikis jadi pena.
Biar tertulis satu rasa~Untuk dikarang jadi kitab mudah.Menyisip segala raung.

Tubuh hancur~terkorban demi cinta yang kabur.
Roh yang kekal~menghantar nashkah ke pintu awan.
Moga bayu punya belas~Moga takdir kekal punya kasihan.
Tuhan oh tuhan~Aku cuba bersuara dalam semua cara.

Dengarlah
Dengarlah
Dengarlah

kerna yang lain sudah terpekak.~Kerna yang lain sudah terbuta.
Pada kamu yang mencipta~Yang kenal setiap sisi yang tak terisi.
Aku curahkan segala luah~Aku tumpahkan segala cerita.

Kerna aku tahu kau mendengar.
Kerna kau tahu aku akan mendendang.
Maka dengarlah sebentar~Biar saja cerita ini didengar.

Hati Pejuang

2.8.12 by MORIBAYU

Di bawah terik surya yang membunuh.Waktu angin tak sudi diri mahu berlari.
Kala awan tiada mahu terapung sama.Para Pejuang rejeki~bertarung menyolek bumi.

Jika

1.8.12 by MORIBAYU

Jika mimpi aku bermula~Tidur aku terhenti.
Jika mimpi aku berakhir~Jumpa aku di waktu pagi.
 Setiap kali aku tutup pintu~setiap kali aku berlalu.
Jangan fikir aku akan menunggu~kerna aku sudah lakukan itu.
Saat aku pergi..jangan pernah mahu berani diri menanti.
Kerna jalan menuju mati~tak pernah punya lorong kembali.

Sempurnama

30.7.12 by MORIBAYU

Endless

29.7.12 by MORIBAYU

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.