5.11.10 by MORIBAYU
Kamu perkara yang terakhir,aku fikirkan.
Sebelum cahaya pertama tumpah ke tanah.
Aku perkara yang pertama,Kamu fikirkan.
Selepas gelap terakhir hanyut ke langit.
Namun ~ di akhir senja ini
Kita akan dilupakan
| »
3.11.10 by MORIBAYU
Semalam,sehari suntuk aku bekerja.
Seawal jam 7 pagi,aku sudah terbangun dari lena.Waktu jam sudah menunjukan jam 10:00 pagi, terus aku bersiap dengan pantas.Aku kena berada di studio tepat jam 10:30 pagi.Yayaya..tak sempat pula mahu menyiapkan sarapan.[Aduhai,perut amat terasa kosong.Tapi syukur otak aku masih mampu untuk aktif dan berkerja].Aku terus berkejar ke studio.Dalam perjalanan, tiba-tiba klien sudah call : " Di mana anda ya ". Hohohohoho...tak tahu nak jawap apa. "Owh,me nak sampai dah.Maaf kerna lambat sedikit.".Yups memang salah aku pun.Itu memang aku akui.Walaupun tadi dah elok dah bangun awal.Tetapi disebabkan aku terleka dengan kerja-kerja lain.Akhirnya, buat ku lewat sudah.Arghhh,aku benci perasaan terkejar-kejar ini.
Nasib baik traffic sepanjang perjalanan tidak terlalu teruk.Jalan amat lenggang dan lancar sungguh.Semua orang sudah bercuti raya kah ??.[ Dan aku tetap terlewat hampir 10 minit ].Masuk ke studio,terus aku setelkan apa yang patut.Team aku cuma ada 2 jam sahaja,untuk menyiapkan sesi photoshoot kali ini.Walaupun penat dan dihambat rasa lapar.Tetapi,aku tak lah terasa sangat.Sebab ini bukanlah sesi kali pertama.Sudah hampir 4 tahun,aku terlibat dengan project ini.Sekarang semuanya aku sudah rasa mudah.
Yeah..memang seronok berkerjasama dengan klien, yang kita sudah biasa.Tak lah jadi stress otak ini,untuk mencari jawapan.Masing-masing dah faham dan tahu,apa yang dimahukan.Apa yang boleh aku katakan.Hasil kerja hari ini,memang antara yang terbaik team aku telah lakukan.Tak sia-sia pecah kepala dan sakit tekak berbincang dalam menghasilkan idea.Masa terhad,item pun lagilah teramat terhad.Tapi aku rasa bangga,sebab dalam situasi kritikal pun.Team aku masih lagi,boleh duduk berbincang mencari jawapan dan keputusan yang terbaik.Walaupun,hasil kerja kami bukanlah di tahap piawaian gred A sangat.Tapi,sekurang-kurangnya kami masih tahulah juga, macam mana nak puaskan hati klien.
Read more »
| »
2.11.10 by MORIBAYU
Sekarang sudah masuk bulan November.
Aku sudah ada banyak masa,untuk bersenang lenang di meja.
Seorang-Sunyi-Dan Tidur di bawah panas matahari ??
Owh,aku ada banyak masa terluang sekarang.Zzzzzzz
ps:Mungkin sudah tiba masanya,untuk aku menulis sebuah buku !!!
| »
by MORIBAYU
Music is what feelings sound like
Read more »
| »
31.10.10 by MORIBAYU
Pulang Ke Dunia Indonesia
Mulanya Aku mahu ke Yogyakarta
Teringin Juga mahu ke Tanah Bato Bara
Tapi,diakhirnya...Cinta aku bersemadi Di Kota Jakarta.
| »
by MORIBAYU
Bagaimana mahu menikmati dan menghargai cahaya ??
Read more »
| »