Hello Cik Nad~Good Luck utk Exam Kamu !!
20.5.11 by MORIBAYUAku selalu bising.Bila Cik Nad leka dengan Twitter.
Tapi....aku selalu skodeng,tgk apa yang dia twit-twitkan.
Aku selalu blur.Bila Cik Nad hadiahkan sesuatu,untuk harijadi aku.
Tapi...hakikatnya,aku memang sangatlah suka dan teruja.
Aku selalu,buat Lawak Setan.Dan Cik Nad,selalunya menjadi bahan.
Bila dia pakai tudung pink.Aku kata itu,macam kuih lapis 7 warna.
Bila dia suka Bieber.Aku boooooo kan saja.
Tapi...bila balik rumah.Aku pula,yang selalu rasa bersalah.
Namun..aku cepat lupakan semua itu.Kerana,bagi akulah.
Cik Nad,adalah kawan terbaik.Yang pernah aku ada.
Dia ada,bila yang lain jauhkan diri dan lari.
Dia ketawa,bila jenaka aku suam-suam hambar.
Dia di sisi,bila aku nonton filem wayang buat kali ke-2.
Dia orang pertama,yang hadiahkan aku pish-magnet.
Dia di telefon,bila aku kesunyian.Dan perlukan tempat mengadu.
Dia tak pernah kritik aku.Atau berpura dalam memberi puji.
Yay,hidup aku pasti berbeza.Jika aku tak kenal dia.
Setiap hari yang aku lalui bersama,dengan dia.
Tak pernah ada yang sama,mahupun serupa.
Terima Kasih kepada-Nya.Kerana memberikan aku,sekotak :
'Cik Nad'