Hadiah
8.1.11 by MORIBAYU
Tahun ini,hadiah hari jadi yang aku terima.Semuanya amat unik & meninggalkan kesan.Walau sudah hampir 2 minggu berlalu.Tetapi,aku masih lagi,menerima bungkusan hadiah dan kejutan.Yay !!,terima kasih pada teman-teman aku semua.Aku amat menghargai,setiap usaha mereka itu.Terima kasih,kerana masih lagi setia di sisi aku~pada waktu ini.Kalian..memang sudah berjaya,di dalam membuat aku rasa gembira.Hadiah yang terbaru aku terima.Aku kira,adalah diantara yang paling bermakna sekali.Maaf,aku tak beritahu siapa yang menberinya.Kerana tuan empunya badan.Awal-awal lagi sudah berpesan."Jangan beritahu sesiapa pun,I yang bagi...ok ".Kata-kata beliau itu,telah berjaya membuat aku duduk termenung.Apa yang nak rahsia-rahsia sangat nieh ???.Yups,termenung kaku mengadap kotak hadiah ini~selama hampir 2 jam.Aku cuma peliklah.Apa yang sampai penting sangat,sampai tak boleh nak beritahu pada orang ??.Lagipun,setiap tahun~beliau tak pernah pun gagal nak memberi sesuatu.Malah sebelum ini.Tak pernah pun,nak kisah.Jika orang dapat tahu.Cuma kali ini,beliau lebih mahu berahsia.
Jam 4 pagi,aku mula mengoncang-goncang kotak hadiah itu.Hati nakal aku,mula berbisik-bisik jahat.Ini pasti sebuah Buku History atau Arts dari MPH.Tapi kenapa amat ringan ??.Jika benar ini sebuah buku,pasti beratnya sudah hampir mencecah 3 kilo.Aku goncang lagi 3 kali.Yay....senyap dan sunyi sahaja,yang kedengaran.Tiada langsung bunyi kaca pecah berderai.Hurmmm...sah ini bukan bingkai gambar,atau cawan mug dari IKEA.Saiz kotak hadiah itu,lebih kurang sebesar kotak handphone.Yaya..mungkin handphone ??.Atau BB ??.Hahahhaha,baru menjual 4 ekar tanah kah dia.Sampai nak menghadiahkan BB ??.Owh tidak,membuka hadiah jam 4 pagi.Memang akan menghasilkan 1002 jenis delusi dan imaginasi.Setelah jemu membuang banyak masa,.Terus aku pantaskan jari,dalam menghurai ikatan tali riben.
1 minit berlalu [Aku masih gagal menghuraikan simpulan.Memang yang tukang balut hadiah ini,betul-betul mengikat style Ikatan Pengakap].Akhirnya,5 minit sebelum azan subuh dilaungkan.Aku telah berjaya juga,didalam usaha membuka kotak hadiah itu.
Jeng-jeng-jeng !!!
ps:Hey,aku sudah bagus dalam mengarang ayat bukan ???.