<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Merx

8.12.12 by MORIBAYU

Imaginasi Manusia~bertebaran melintasi sempadan Realism dan Logic.
Lama sebelum manusia pertama tersungkur ke Bulan.

Dakwat

7.12.12 by MORIBAYU

Pedas

6.12.12 by MORIBAYU

Sudah hampir 7 tahun aku tidak memasak assam pedas.
Dan kali ini~Aku cuba memasak mengikut resepi yang sudah lama dilupa.
Dan inilah saja hasilnya.Tidak pernah cukup sedap untuk terlalu dibanggakan.
Namun~untuk aku.Inilah saja sebuah tanda ingatan.Dari mana aku bermula....

Gelap

5.12.12 by MORIBAYU

Sekarang aku semakin rajin melukis.Boleh dikatakan hampir setiap hari.
Sama ada selepas sarapan~Ataupun ketika minum petang,mahupun lewat malam
Aku akan leka duduk~melakar-lakar idea.Dan menguris semula dengan pen hitam.
Imaginasi aku liar berkembang dan subur~Untuk memenuhi setiap ruang kosong.
Terima Kasih kepada-Nya.Kerna tak pernah putus memberikan aku bakat dan peluang.

J-a-V-a

4.12.12 by MORIBAYU

Di dalam komputer peribadi aku~Terdapat lebih dari 5000 keping gambar.
Yang meliputi tentang budaya-cara hidup-sejarah dan cerita dari Pulau jawa.
Selama 3 tahun berturut-turut,pergi berlibur ke sana.Membuatkan aku leka.
Ahhh terlalu banyak kenangan untuk dicetak.Terlalu banyak cerita untuk dikongsi.
Mungkin aku patut menulis sebuah buku bergambar.Supaya semua hikayat ini tak luput ?.

Life Of Pi

3.12.12 by MORIBAYU

Bagi aku filem ini adalah sebuah Hikayat paling tepat.Di dalam mengambarkan tentang konflik pertembungan diantara Maha Pencipta,Manusia dan Mamalia.Secara jujur,aku memang tidak pernah membaca buku karya asal tulisan Yann Martel ini.Walau pernah membaca sinopsis.Aku masih amat malas untuk memiliki buku ini.Walaupun sudah berapa kali disarankan untuk membeli~kerna dikatakan buku ini amat berkualiti isinya dan sangat laris di pasaran.Apatah lagi,karya ini sangat berjaya mendapat tempat di hati pengkritik dan pembaca.Malah Presiden Obama sendiri menulis surat kepada penulis buku ini~memuji-muji bagaimana 'Life Of Pi' telah memberi gaya elegen terhadap bukti kewujudan tuhan dan hebatnya kekuatan penceritaan sebuah hikayat.

Namun entah kenapa,aku tidak pernah terfikir pun untuk duduk membaca buku ini.Yay~aku memang terlahir untuk semulajadi lembab di dalam mengikut arus semasa.Namun apabila aku mendapat tahu,yang karya ini akan diadaptasi ke dalam medium film oleh Ang Lee.Aku kira ini adalah waktu paling tepat untuk aku duduk menonton dan memahami perjalanan cerita hikayat ini.

Setelah habis menonton.Ada berapa perkara yang aku suka.Dan ada berapa perkara juga yang buat aku rasa sedikit kecewa.Menyebut ttg kekecawaan~Aku cuma merasakan filem ini kelihatan sangat lemah pengolahan ceritnya di tangan Ang Lee.Aku kira Ang Lee memang cukup berani untuk mengarah filem ini.Apatah lagi jika dilihat pada hasil kerja beliau sebelum ini,beliau bukanlah seorang pengarah yang selesa setia dengan hanya satu genre filem.Dari sebuah kisah cinta berbudayakan Imperial Inggeris di dalam 'Sense and Sensibility',sehinggalah kepada konflik diri gaya Amerika di dalam 'Brokeback Mountain'.Memang tak boleh nak dinafikan sifat neutral dan gaya bebas pengarahan beliau~telah melahirkan filem-filem yang hebat.Tapi aku masih merasakan karya 'Life Of Pi' pula~Amat terlalu besar,kompleks dan bersifat agung untuk dibentuk mudah oleh Ang Lee.Aku mendapat info,mengatakan filem ini pernah ditawarkan kepada pengarah perancis Jean-Pierre-Jeunet.Kepada sesiapa yang pernah menonton filem arahan beliau seperti 'Amelie','Micmacs' dan 'A Very Long Engagement'.Pasti bersetuju dengan pendapat aku.Yang 'Life of Pi'pasti akan kelihatan berbeza di bawah arahan Jeunet.Pasti hikayat ini akan menjadi lebih padat dengan magis-konflik-dan warna-warni imaginasi.Ahh sayang sungguh,kerna keinginan ini tak akan terjadi.Bagi aku Jeunet memang pakar dalam menukar setiap bait skrip menjadi babak.Setiap set babak di dalam filem karya beliau,sentiasa penuh dengan detail kehidupan-emosi dan realism paling jitu.

Ang Lee telah melakar 'Life Of Pi',sebagai sebuah kisah mudah untuk ditelan.Untuk mengubat rasa kecewa.Aku akan membeli buku asal dan duduk membaca.Aku kira sekarang~hanya imaginasi aku sendiri sahaja~Yang mampu merawat setiap luka dan kelat pada ketidak puasan hati pada hasil kerja Ang Lee.

Menyentuh tentang jalan cerita filem ini.Aku suka pada tema dan subjek yang ingin diketengahkan.Iaitu tentang isu 'Kepercayaan terhadap Tuhan'.Cerita ini bermula~Tentang seorang budak lelaki bernama Pi.Hanyut di tengah lautan Pasifik selama 227 hari bersama seekor harimau bengal bernama Richard Parker.Aku tak mahu menyentuh panjang lebar sampai detail tentang perjalanan cerita.Kerna aku bukanlah sebuah panggung wayang bergerak untuk bercerita lengkap dari A sampai ke Z.Cuma di bawah ini,aku akan senaraikan berapa perkara menarik tentang bahasa kiasan dan rentak isi filem ini~Yang membuatkan aku sehari suntuk duduk berfikir.

Pi adalah seorang budak berbangsa india~Yang menganut 3 buah agama utama Dunia.Semasa kecil beliau mendengar cerita dari ibunya tentang keajaiban dunia mitologi hindu.Beliau diajar tentang kepadatan filosofi hinduism dengan berjuta-juta jenis tuhan untuk dipilih dan dipuja.Tapi ayahnya pula mengajar tentang agama 'kemodenan'.Agama di mata bapanya~seolah racun yang menahan manusia dari maju dan berjaya.Manakala Sains dan Humanism adalah dewa baru yang wajib disembah.Pi mula diasak dengan ajaran baru dari ayahnya~bahawa 'Hukum Sebab' adalah lebih penting~dari agama yang membuta tuli mengikut tradisi,ritual dan dogma.Untuk menjadi sebuah negara India yang baru~Di mata bapanya,adalah amat penting untuk 'berfikir' rasional.Hukum soal adalah penyelamat dari terus mundur dan terjajah.

Pi membesar sebagai seorang hindu.Sehinggalah beliau dicabar untuk abangya untuk pergi meminum air suci di sebuah gereja.Dan di situ beliau mengenal pula tentang konsep Kristianity.Perjalanan di dalam mencari Tuhan oleh Pi,akhirnya menemukan beliau dengan agama islam pula.Di dalam masa yang sama,Pi menganut 3 buah agama secara serentak.Ini mungkin kelihatan sangat kufur,tapi sesiapa yang mengenali cara budaya agama masyarakat di benua india ini bukanlah sesuatu yang pelik.Pi seolah satu kiasan terhadap benua india itu sendiri.Selama beratus-ratus tahun,asimilasi agama di india bukanlah satu benda yang pelik.Dimana semua rumah-rumah tuhan,tak kira sama ada masjid-kuil-gereja mahupun gurdrawa.Ianya adalah terbuka kepada sesiapa tanpa terlalu mengenal pengikut.Asalkan mereka datang untuk mencari keredhaan dan kebaikan.Seperti yang dipesan oleh ibunya.Walau apa pun sebab dan munasabab yang di luar~yang penting  adalah tentang 'Hati'@Niat.

Apabila Pi hanyut di lautan pasifik.Keseorangan dan hanya bertemankan Richard Parker,setelah semua ahli keluarganya tenggelam bersama kapal yang dipukul ribut.Kepercayaan Pi terhadap tuhan mula teruji.Aku melihat ini sebagai sebuah medan untuk kita berfikir.Di atas sebuah lautan mega yang amat meluas terdampar.Hanya dipenuhi kosong dan tak berpenghuni.Tanpa bertemankan jemaah,tanpa kekasih,mahupun keluarga dan tiada juga bangunan seperti masjid,kuil mahupun gereja untuk dikunjungi.Ini seolah membangkitkan satu persoalan~'Dimanakah Tuhan yang mampu selamatkan kamu ?'.

Fitrah Pi sebagai seorang manusia,amat mengamit fikiran aku.Tentang sifat manusia itu yang sentiasa memerlukan tuhan.Menganut 3 buah agama,jika difikir secara dengkal..seolah-olah mencari satu kelebihan.Seperti kita mempunyai banyak saluran untuk meminta bantuan.Mudah cakap,jika telah memohon pada tuhan Vishnu,tetapi tidak mempunyai jawapan~kita masih mempunyai pilihan hampir satu juta tuhan yg berbeza di dalam agama hindu.Jika hinduism tak dapat membantu,masih ada Allah dan Yesus sebagai pilihan.Ada orang berpendapat filem ini seperti mahu menghalalkan pluralisma.Kesamaan pada semua agama.Tapi pada pendapat aku~Filem ini mahu menunjukan betapa 'Zero' hati seorang budak.Pi tidak bersifat menghukum dan mengadili.Bagi dia semua agama adalah tentang cinta dan kasih sayang.Dia menganut agama hindu kerna itu agama yang dianuti oleh ibunya.Dia peluk agama kristian,setelah dicabar oleh abangnya.Dan dia memeluk agama islam selepas diberitahu bahawa islam itu adalah mengenai cinta kepada Tuhan.Di mata pi~Tuhan adalah seperti sebuah rumah,dan di dalamnya mempunyai banyak bilik.Dan ini mengingatkan aku tentang satu petikan ayat yang sentiasa aku bisikan pada diri sendiri~'Semua orang mencari Tuhan-Apa yang mereka jumpa itulah agama'.

Kehidupan Pi berubah apabila~Kenyataan hidup meragut keluarga Pi ke dasar laut.Kapal kargo yang mereka naiki karam dihentam ribut.Trauma dan Tamparan realiti mula menjarah kecelaruan beliau tentang dugaan ini.Di dalam kesusahan dalam meneruskan hidup di tengah laut.Pi terpaksa berhadapan dengan seekor harimau bengal.Seperti buah catur yang diterperangkap di tengah.Konflik untuk hidup ini~mengasak imaginasi aku jauh.Bagaimana mahu hidup ?.Laut sejauh mata memandang,dan satu-satunya perahu yang ada~dihuni oleh seekor harimau yang kelaparan.Dari sini tumbuh babak-babak indah diantara Pi dan Richard Parker.Hubungan istimewa diantara 2 makhluk tuhan.Yang cuba berharmoni dengan gaya ying dan yang.Tanpa perlu membunuh diantara satu sama lain.Pi dan Richard Parker bagaikan satu sindiran.Tentang bagaimana manusia dan Binatang boleh hidup bersama di dalam sebuah bot yg kecil.Tapi ini berlawanan dengan realiti,dimana dunia manusia semakin hari,mempopulasi setiap ruang tanah..hingga mengasak binatang ke ambang kepupusan ataupun hingga terjeruk di dalam zoo dan hutan simpan.

Richard Parker bukanlah watak gelap di dalam cerita ini.Jika diamati dengan halus.Harimau bengal inilah sebab utama kenapa Pi masih hidup.Beliau jadikan harimau itu sebagai satu cabaran untuk teruskan perjuangan hidup.Ini buatkan aku terfikir~sebagai manusia kita selalu berhadapi masalah dan situasi sebegini.Di dalam hidup kita pasti akan ada makhluk tuhan@manusia yang sentiasa memberikan masalah.Tapi Pi memberikan jawapan.Ianya bukan tentang melenyapkan masalah itu pergi ( seperti membiarkan Richard Parker hanyut dan mati lemas ).Tetapi belajar untuk cuba memahami dan hidup seiring bersama.Seperti Pi yang tak berputus harapan~dan cuba menjinakan harimau bengal itu.Kerna di akhirnya,kita dapat melihat masalah@Richard Parker itulah...yang menjadi teras utama hidupnya Pi selama terhanyut di lautan.

Babak pada kali kedua bot mereka di landa ribut.Sehingga bekalan makanan mereka dihanyutkan pergi.Amat meruntun hati aku.Yeah aku mengaku,memang babak itu buat aku hampir mahu menangis.Buruk bukan,jika lelaki berusia 28 tahun ini menangis teresak di dalam panggung ?.Jadi aku ketapkan kelopak mata~Dan batu kan hati sebentar.Bagi aku~Babak itu sangat dekat di hati.Kerna doa yang dialunkan oleh Pi kepada Tuhan ketika itu.Amat mirip dengan doa yang aku baca ketika dihadapi masalah.Bila kita benar-benar tak punya apa-apa,apabila kita benar-benar telah berserah dan mengaku kalah.Aku kira,pada sesiapa yang percaya pada tuhan.Akan akui setuju~ketika kita mengaku kalah pada ujian tuhan.Itulah waktu paling terbaik,kita rasakan masalah telah selesai.

Jadi babak itu~benar-benar buat aku yakin pada tuhan :-) 

Satu yang menarik perhatian aku.Ialah ada satu babak bagaimana Pi sebagai penganut agama hindu,terpaksa membunuh seekor ikan.Sebagai seorang vege,memakan daging adalah perilaku alien di dalam hidup beliau.Apatah lagi terpaksa membunuh seekor ikan,binatang yang dianggap suci di dalam agama hindu.Babak beliau melutut meminta maaf kepada seekor ikan ,yg dianggap sebagai jelmaan tuhan Vishnu telah membuatkan satu keluarga india di belakang seat aku,mengekek ketawa.Ironi sungguh ironi.Melihat seorang vege membunuh ikan.Dan seekor harimau yang setia sebagai haiwan maging~tak pula mahu menukar dirinya menjadi seekor pemakan sayur.Ini yang membuatkan 'Life Of Pi' sarat dengan sindiran,satira dan susunan filosofi tentang fitrah-dan fitnah diantara manusia dan agama.

Ditambah pula dengan ketakutan terhadap 'ketidakpastian' dan 'Kematian'.Babak hanyutnya Pi di lautan selama 227 hari.Seolah sebuah satu proses untuk seorang anak lelaki melangkah ke sebuah alam dewasa.Bagaikan sebuah jawapan,mengubah sifat keanakan beliau sebelum ini yang tidak mahu berhijrah meninggalkan benua india.Dan dari situ Yann Martel dengan jayanya mengisi karya ini dengan kecekalan,rasa juang dan bukti kewujudan tuhan itu sendiri.Dan di akhirnya ianya bergantung kepada kita.Untuk menelan bukti-bukti itu dengan kelat ataupun mudah.Plot cerita ini akhirnya terpecah kepada 3.Adakah richrad parker benar-benar menjadi teman sewaktu Pi hanyut di lautan.Ataupun ianya adalah satu rekaan fiksyen kepada realiti sebenar tentang kebuasan sifat manusia bila diuji.Malah mungkin kedua cerita yang diceritkan oleh Pi~adalah kebohongan juga ?.Untuk menutup persoalan beliau tentang 'mana bukti wujudnya tuhan ?'.

Filem ini terlalu pendek untuk merangkumi kehebatan nafkah buku.Ang Lee hanya mampu berusaha menyumbat babak demi babak dengan kesan khas yang terbaik.Namun bagi aku,ini cuma gula-gula tawar dalam memancing undi bagi penonton untuk membeli tiket.Bagi aku 'Life Of Pi',lebih dari sebuah filem.Karya ini terlalu real untuk di animasikan.Semua rempah dan ratus yang membentuk hikayat Pi dan Richard Parker~sangat asli sempurna dan tebal untuk dihiris mudah.

Life of Pi~Sangat sarat dengan pelbagai konflik.Konflik yang mengajar kita untuk membuka otak dan berfikir.Secara mudah,memang amat tak adil untuk mengulas karya ini hanya dengan berpandukan sebuah filem.Bagi aku,'Life Of Pi' terlalu naif di dalam bentuk filem.Aku akan cuba duduk dan membaca karya buku yang asal.Kerna itu adalah cara paling terbaik untuk memahami hikayat  hidup seekor 'Pi'.

I Think I am In Friend-Love With You

2.12.12 by MORIBAYU

Kredit : Yumi Sakugawa

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.