<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Bakat

12.10.13 by MORIBAYU

Sudah lama aku tidak duduk melukis-lukis di atas kertas.
Sibuk dengan hal kerja dan urusan dunia.Buatkan aku terlupa.
Yang aku punya bakat paling tak tajam,yg bisa tumpul jika tak di asah.
Besok,aku cuma mahu duduk di rumah dan melukis sepanjang hari.
Kerna ini saja perkara yang aku pintar dan paling tahu untuk usahakan.
Untuk yang di luar sana.Yang rajin melukis tapi tak masih tak sempurna.
Nasihat aku cuma satu ~'Bakat dan usaha adalah 2 benda yang berbeda'.
Aku tak pernah ada bakat.Tapi aku memang ada usaha dan tak ngaku kalah.
Dan syukur,selepas bertahun-tahun.Aku sudah ada skill dan kemahiran tersendiri.
Lukisan aku masih tak sehebat mana.Tapi aku masih bangga diri,Kerna aku telah usaha !.
Dan bila orang mengkritik hasil kerja aku.Aku boleh gagah diri untuk menjawab.

"Saya sudah berikan usaha~Walaupun saya tak punya bakat...".

N-A-D

11.10.13 by MORIBAYU

Selamat hari ulang Tahun untuk Nad.Teman travel paling sempurna untuk aku.Hey,sedar tak sedar.Sudah hampir lebih 5 tahun kita berkawan.Terima kasih kerna sentiasa wujud di waktu aku memerlukan kamu.Sudah banyak yang kita lalui bersama.Memang sudah jauh jalan yang telah kita jalani.Aku tak akan sesekali lupa,selama 3 tahun ini kita banyak habiskan masa cuti bersama.Yay~kamu memang teman percutian yang paling terhebat yang aku pernah miliki.Setiap hari bersama kamu.Mengajar aku banyak perkara baru.Tahniah ! kerna kamu sentiasa punya banyak sabar untuk melayan kebodohan dan segala sikap negatif yg aku punya.Maaf,jika aku selalu tak selalu sempurna untuk kamu.Apa-apa pun,untuk hari ini.Sempena ulang tahun kelahiran kamu.Aku cuma mahu kamu tahu.Yang sentiasa ada doa dari aku untuk kamu.Moga untuk tahun-tahun yang mendatang kamu akan sentiasa di limpahi dengan kegembiraan dari~Nya.Insya Allah.

Buku untuk Bulan ini.

10.10.13 by MORIBAYU

Ini adalah buku untuk bulan ini.Dalam 3 bulan kebelakangan ini,aku semakin rajin membeli buku dan duduk membaca.Selama ini aku cuma melimitkan rm100 ringgit setiap bulan untuk membeli buku.Tapi sekarang macam semakin terlebih-lebih pula angka itu dari bajet asal.Ya,mungkin orang akan cakap~'Ala spend seratus pun kecoh'.Dan aku boleh cakap '100,00' bagi aku tetap sebuah nilai yang besar.Dan 100,00 ringgit yang telah aku leburkan.Memang biarlah hanya untuk buku-buku yang betul-betul berkualiti dan bagus.

Aku membesar di dalam keluarga yang punya adik beradik yang ramai.Walaupun keluarga aku hidup taklah semiskin mana.Ekonomi kelurga masih di dalam kelas menengah.Tapi,satu benda yang aku cukup berterima kasih dengan mak dengan abah.Ialah bagaimana mereka ajar aku berjimat cermat dan bersederhana dalam segala hal.Serius ! berkat didikan mereka.Syukur~selama aku hidup hingga ke hari ini.Tak pernah lagilah aku hidup melebihi lampauan batas yang aku mampu.

'Banyak itu membazir~Sedikit itu pun lebih dari mencukupi'~Itu pesan yang sentiasa aku mekakan pada diri sendiri.Ini prinsip yang aku pegang selama ini.Jika ada rejeki lebih,biarlah habis pada buku.kerna aku selalu rasa~Buku itu adalah harta yang sebenar.

Masa aku kecil dulu.Rumah keluarga aku bukan ada benda-benda mewah pun.Sampai sekarang siaran setelit astro pun tiada.Bukan tak mampu~cuma tak perlu.Sudah diajar begitu.Maka memang sampai tualah memang beginilah rupanya.

Dulu bila rumah kawan-kawan dan Masuk Astro,aku pun teringin jugak nak ada kat rumah.Tapi memang tak berani nak minta.Sebab dah tahu,jawapanya memang mutlak adalah tidak.Masa aku sekolah menengah,barulah nak ada vcd player.Mak abah cukup tak manjakan anak-anak dengan benda-benda hiburan kat tv.pukul 10 malam tv dah harus tutup.Waktu solat masuk,memang tak boleh terlangak depan tv.Memang tindakan nak serah diri untuk dileter lah jawapnya.

Tapi ada satu benda yang jika aku beli.Atau buat~yang mak dengan abah tak pernah marah.Iaitu membeli buku  atau duduk membaca.Tak kisahlah buku ilmiah,atau buku kartun.Jika aku tengah tergolek membaca.Memang mereka tak akan berkata apa-apa.Cuba aku elok bersila depan talibesen ( TV ) ?.Memang seminggu lebih mak aku berleter pung pang macam jeneral jepun kalah perang.

Aku ingat lagi.Di rumah ada satu almari kabinet yang penuh dengan buku-buku.Balik dari sekolah aku akan ambik satu dan baca.Hujung bulan jika ada waktu,aku akan kemaskan.buang segala debu dan susun semula seperti biasa.Mak aku memang suka membaca.Tapi aku jarang aku lihat abah aku duduk membelek buku.Baca surat khabar itu memang ada.Itupun hanya pada hujung minggu saja dia membeli *surat khabar.
~
*surat khabar yang beli hari ahad.pagi isnin,dah jadi pembungkus nasi lemak untuk bekal ke sekolah.Nanti Sambil makan sambil baca berita yang aku skip baca masa hari ahad.Hahaha...paling benci bila ink paper lutsinar sebab kena minyak sambal ikan bilis.Memang terasa bosanlah waktu rehat aku,sebab tak boleh nak membaca.
~
Sejak dari melihat koleksi buku-buku yang ada di rumah keluarga aku.Aku selalu janji diri.Bila aku dah bekerja nanti.Aku pun mahu koleksi aku sendiri.Aku mahu rak-rak kayu itu,penuh dengan buku-buku baru atau lama.Yang merangkum segala minat aku di dalam pelbagai topik.

Syukur~hari ini..aku sudah ada koleksi buku-buku aku sendiri.Aku tak pernah nak audit mengira berapa buah yang ada.Tapi adalah lebih kurang 400-500 buah buku yang merangkumi pelbagai subjek.( Sudah tentu buku Art & Sejarah yang paling banyak ).Moga takdir memberi lebih banyak belas.Dan masa memberi banyak lagi peluang.Untuk aku terus mengumpul buku-buku ini.Kerna ini sajalah harta yang aku punya.

:-)

9.10.13 by MORIBAYU

~
“I am smiling at myself today

There's no wish left in this heart

Or perhaps there is no heart left 


Free from all desire

I sit quietly like Earth

My silent cry echoes like thunder 

Throughout the universe 

I am not worried about it

I know it will be heard by no one

Except me.” 

― Rumi

Snap !

8.10.13 by MORIBAYU

Ada yang bertanya aku pakai kamera jenis apa ?.Yups aku cuma pakai Nikon D40.Dan lens cap tamron 18-200mm.Sudah hampir 5 tahun kamera ini berjasa.Tak pernah sekalipun rosak,tak pernah nak buat hal.Dah jauh merata mengikut aku sesat dan mengembara.Aku pun bukan pandai sangat gunakan kamera.Tak pernah tahu pun,apa segala fungsi semua button tu.Malas nak belajar.Malas nak membaca buku.Yang aku betul-betul pandai..hanyalah tekan punat~edit dan cuci.Yada !

Lukis

7.10.13 by MORIBAYU

'Sang Pembawa Awan '
Black pen on White paper.
Saiz A4


Aku tak suka orang melihat aku sebagai sang blogger.
Satu~Sebab blogger bukanlah bakat atau pekerjaan.
kedua~Dunia blogger malaysia hari ini hanya dipenuhi sampah.
ketiga~Tanyalah diri sendiri,apa tinggi sangatkah darjat jadi blogger ?.

Blog hanyalah medan~untuk kita berkongsi inspirasi-idea dan akal.

Jika kamu rasa 'blogger' adalah pangkat mukjizat yg mendewakan diri sendiri.
Maka..maaf cakaplah.Berhentilah menulis atau mengcopy.
Kerna dunia ini sudah terlalu senak untuk dipenuhi dengan jeruk-jeruk basi.

Aku bukan blogger-Aku bukan penulis-Aku bukan Sesiapa.
Aku cuma 'Aku Pelukis'.

Ada waktu aku duduk melukis~Melakar dan sedikit menulis.
Apa yang tertatap disini~Hanyalah sekecil debu perasaaan.
Yang berlegar-legar di dalam tempurung kecil kepala ini.

Orient

6.10.13 by MORIBAYU

Setiap kali pulang dari mengembara.
Ianya bukan lagi tentang apa yang kamu mampu beli dan bawa pulang.
Tapi ianya lebih tentang apa yang kamu tak mampu bida dan miliki~
Dan harus tinggalkan.~Tapi perlu sentiasa kekalkan...



Di dalam ingatan.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.