<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\0756911493868534090098\46blogName\75Aku+Pelukis\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLACK\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://megateusofe.blogspot.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://megateusofe.blogspot.com/\46vt\75-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Masa

21.7.12 by MORIBAYU

Kesibukan dengan hal kerja.Membuatkan aku mempunyai masa yang terhad untuk menaip-naip di blog.Balik saja dari kerja,aku sudah kepenatan.Jika ada Cuti di hujung minggu pun,adakalanya habis atas urusan kerja juga.Bila lihat blog ini terbiar tanpa dijamah.Aku selalu rasa bersalah.Apatah lagi bila,ada yang bertanya kenapa aku semakin malas menaip ?.Yay sejak bilalah aku pernah rajin untuk menaip-naip ?.Aku lagi selesa untuk menaip dengan style rubaiyat.( Menulis di dalam bentuk puisi dengan 4 baris ayat ).Tapi,jika ada kesempatan memang aku akan menulis panjang lebar.( erk,tapi agak lama sudah perkara itu tak berlaku bukan ?).Apapapun~Aku memang selalu berharap,agar aku punya banyak masa dan kerajinan untuk duduk menulis macam orang lain.Terus terang cakap,aku memang cemburu dengan penulis blog-blog yang lain.Mereka yang punya kesempatan untuk membuat satu post yang panjang berjela dengan bermacam cerita dan info.Mereka boleh duduk bercerita tentang apa saja.Dan mengenai beratus-ratus perkara yang meliputi semua aspek.Yay,kenapalah aku tak sepintar dan sebertuah mereka ?.

Aku selalu rasa iri-hati pada penulis blog http://mynameisnazir.blogspot.com.Tolaklah pada isu keluangan masa.Tapi pada aku,dia sentiasa boleh hasilkan beratus post terbaik di dalam masa yang singkat.Sampaikan aku terkejar-kejar,untuk membaca setiap post yang dimuat naik di blog beliau.Hurmmm...kan bagus jika aku ada semangat sebegitu.Menaip-naip tanpa jemu.Cuma ikhlas meluahkan tulus apa yang berlaku di hati,tanpa merisaukan apa-apa.

Walaupun ada kala,aku berbeza pendapat dengan apa yg beliau tulis.Tapi,itu tetap membuka mata aku.Tentang wujudnya sudut berbeda,di dalam setiap isu.Jadi itu sangat mengajar aku,untuk tidak terlalu mementingkan diri~dan perlu sentiasa membuka minda terhadap pandangan orang lain.

Terima Kasih En Nazir.Untuk setiap sisi berbeza,yang kamu tulis untuk dibaca.

Bayang

20.7.12 by MORIBAYU

 Dalam terang~dia melutut-meluah setiap setia.
Dalam gelap~dia letak kamu..di dalam dirinya.
Sudah tentu aku percaya..Bila bayang berkata.

'Aku Cinta Kamu'

Akhirnya

19.7.12 by MORIBAYU

Semasa aku masih kecil.Aku hidup di dalam bayang-bayang orang lain.
Semasa membesar~aku selalu rasa tersisih-dilupakan dan tak diendahkan.
Kewujudan aku di muka bumi ini~Seolah bukan satu rahmat ataupun kerna doa.
Bertahun-tahun~aku berperang dengan emosi untuk rasa wujud di mata mereka.
Akhirnya aku kalah dan menyerah.Aku penat dalam meneruskan perjuangan ini.
Selepas aku akui~adalah tak mengapa utk hilang..Untuk buat perasaan 'Tak Wujud' itu hilang.

Rumpai

18.7.12 by MORIBAYU

Entah mengapalah~Di dalam dua-tiga bulan kebelakangan ini.
Aku akan meletak seaweed di dalam semua benda yg aku makan.
Rasa tawar dan masin dari seaweed tiu.Membuatkan aku teringat.
Yang sudah hampir 2 tahun~Aku tidak menjejakan kaki ke laut.
Ahhhh~habis puasa ini.Aku patut bercuti ke mana-mana pantai.

Embun

17.7.12 by MORIBAYU

Kau Datang Seperti~Embun.

Hadir Bukan Kerna Mendung.
Setia bukan kerna Ribut.

Setitik kamu jatuh.
Subuh ku Sempurna.

Sebutir kamu bersinar.
Pagi ku terbina.

Sekilas kamu menghilang.
Dimata aku yang kontang
Terbina sekolam embun suam.

Hati kamu

16.7.12 by MORIBAYU

Hati kamu bukan Bulan.
Bersinar kerna Surya.
Hati kamu bukan Kejora.
Bersinar kerna Malam.
Hati kamu bukan Bintang.
Berkelip Kerna Jauh.

Namun hati kecil kamu.
Bangga ...sebesar Bara.

Kerna di tangan si Buta ini.
Hati kamu kekal terasa Suam.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.