<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Syurga Rahsia

24.12.10 by MORIBAYU

Ketika kamu duduk membaca ayat-ayat ini.
Aku masih lagi,melangkah berpusing-pusing.
 Dari satu bilik ke bilik yang lain...tanpa jemu.
Setia dalam merakamkan setiap sisi-sisi ruang.
Semuanya bagi aku,adalah amat mengagumkan.
Jika Syurga itu,adalah sebuah rumah.
 Nampaknya~Aku telah 'terjumpa' satu.

Hujan sudah turun...Syukurlah.

by MORIBAYU

Tik..tik..tok..tok..
Baraka sedang menjunam jatuh-turun
Rahmat Kasih-Nya~Tak terkira-mengira.
Hujan membasahkan hati yang kontang.
Air suci memenuhkan tempayan kosong.
Mari gembira~janganlah sunyi dan hampa.
Apa si buta masih angkuh untuk beriman ?.
Tik..tik..tok..tok..

Cuti

by MORIBAYU

Sudah jam 3 pagi.Namun aku masih tak mampu nak lena.[Apatah lagi nak pejamkan mata !!].Terkedip-kedip mata,aku memandang kosong ke arah siling.Tiada cicak dan kambing biri-biri sekandang,untuk aku kira.Aku mengalami gejala susah tidur malam kah ??.Aku sudah hidup hampir 26 tahun.Tapi,ini adalah kali pertama.~Aku tak mampu nak tidur.Yay,besok dah lah..ada aktiviti sehari suntuk.Aku harus tidur.Aku harus ngorok !!.Aku sudah susun atur semula,semua kerusi dan meja.Untuk buat aku merasa, macam duduk di rumah.Tapi usaha itu, masih tak berjaya.Mata aku,masih bugar dan segar.Terkebil-kebil,aku melihat hiasan kayu berbentuk jentayu~di atas kepala katil.[Tapi kenapa 2 kali dilihat,motif nya macam ukiran ayam saja ??].
Imaginasi dan realiti mula buat fikiran aku berbaur.Duduk di Hotel Mansion lama,memang menyeramkan.Mungkin ada hantu yang,masih menunggu-nungu di coridor ???.Bangang sungguh minda ini.Kenapa aku tiba-tiba terfikir tentang hantu ??.Owh tidak,aku harap tidak akan ada hantu gatal tangan mahu mengetuk pintu.Rumah ini,terlalu cantik bukan.Untuk diduki oleh sekumpulan hantu momok.Yay,besok aku cuma ada 24 jam sahaja lagi.Harap sempatlah,untuk aku pergi merakam gambar-gambar yang menarik.Aku sudah janjidiri, mahu berjalan ke semua lorong.Ya,kesemua lorong....Zzzz,ke semua lorong...ke lorong...ke Lorrr ~Zzzzzzzz 


ps:Aku memang tak pandai menulis dan mengarang cerita.Selepas hampir 4 tahun menulis.Baru aku perasan tentang fakta yang menyakitkan ini.

Ke Tanah Raja-raja.

23.12.10 by MORIBAYU


Sedang dalam perjalanan menuju,ke~Tanah Raja-raja lama.
Tanah yang menyimpan 1003 siri cerita,dan sejarah rahsia.
Disini...ada banyak memori dan ingatan yang terkambus.
Pasti akan aku selak semula,halaman terpudar terhakis itu.
Aku rindu untuk menghidu..haruman rampah-ratus mewangi.
Menikmati matahari emas di bias lautan senja.Itu sudah pasti.
Merakam jutaan~Mozek dan jubin yang beraneka rupa warna.
Berjalan melewati dari lorong ke lorong sunyi...di kala petang.

Selamat Hari Jadi

21.12.10 by MORIBAYU

I know I won't be justfied as long as I live,
since I myself stand in my own way.
Don't bear me ill will, speech, that I borrow weighty words,
then labor heavily so that they may seem light.

Under One Small Star by Wislawa Symborska.

Wajah Kehidupan Di Tanah Jawa.

by MORIBAYU

Peti Tv dan Buku ~ Jarang berlaku jujur.....sewaktu bercerita.
 Tetapi,lain pula halnya..dengan sekeping gambar yang bisu.
 Aku mahu berlaku jujur.Jadi aku tutuplah ~ Peti Tv dan Buku.
Lalu aku on kan camera.

Kosong

19.12.10 by MORIBAYU


Adakah rasa kekosongan itu,amat-amat....membunuh kamu ?
Jika ya ~ Mari aku bisikan kepada kamu..tentang satu perkara.
'Kekosongan itu hanya mencipta ~ kesempurnaan'.

Aku semakin malas.

by MORIBAYU

Aku semakin tidak rajin. [ Dalam ertikata yang paling mudah...semakin malas].
Owh tidak,aku bukan tidak rajin.Aku cuma kesibukan dengan urusan kerja.
Ada banyak benda berlaku di dalam 2-3 minggu kebelakangan ini.
Tetapi,sekarang kebanyakannya kerja-kerja itu,sudah pun selesai.
Aku harap,besok~aku akan ada banyak masa terluang.
Yups...Sambil bertemankan secawan kopi panas.
Aku cuma mahu duduk melukis sahaja.

Mekar

by MORIBAYU

Mari kita bercinta...sayang.
Melangkau setiap batas alam.

Jangan takut..jangan sentiasa berhati gentar.
Kerana,cahaya pagi~akan sentiasa tumpah.
Sinar-sinar itu,adalah rumah api yang kekal memandu.
Supaya,jangan kau sesat...dalam menongkah air kusam.

Mari kita bertemu...cinta.
Melepasi setiap tabir mimpi.

Kembangkanlah zahir suci itu.Pada lewat subuh biru.
Lihat~mekarmu tak berbau hanyir;Apatah berlendir.
Cerahkan setiap warna kelopak;Biar celik pendita buta.
Mekar kamu mekar.Mengundang cemburu mahkluk semesta.

Mari kita bersama...Kekasihku.
Melalui setiap hari yang berputar.

Buka setiap bilah kelopak.Seperti pintu menyambut tetamu.
Inilah ganjaran~...bila menyahut seruan dayuan cinta-Nya.
Seluruh penduduk isi langit,mendongak rupa wajah ke bumi.
Melihat kamu yang terbit bersinar.Dari jauh dasar ke air tenang.

Cinta terhikayat...cinta alami.
Anak manusia terlarang menaklukinya.
Maka tertanya-tanyalah,Ridhuan yang terakhir ;

Warna-warna terlahir,mengoncang hati.
Jika aku petik...terbunuh si bunga bugar.
Pasti nanti..Kamu layu indah di tangan ??.

Di Bawah Awan

by MORIBAYU

Ingat lagi pesanan aku ???.
Biar Putih Awan~namun tetap hitam bayang
 Melintasi Lebuhraya Guthrie [Sewaktu mahu pulang ke Rumah]

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.