Mekar
Mari kita bercinta...sayang.
Melangkau setiap batas alam.
Jangan takut..jangan sentiasa berhati gentar.
Kerana,cahaya pagi~akan sentiasa tumpah.
Sinar-sinar itu,adalah rumah api yang kekal memandu.
Supaya,jangan kau sesat...dalam menongkah air kusam.
Mari kita bertemu...cinta.
Melepasi setiap tabir mimpi.
Kembangkanlah zahir suci itu.Pada lewat subuh biru.
Lihat~mekarmu tak berbau hanyir;Apatah berlendir.
Cerahkan setiap warna kelopak;Biar celik pendita buta.
Mekar kamu mekar.Mengundang cemburu mahkluk semesta.
Mari kita bersama...Kekasihku.
Melalui setiap hari yang berputar.
Buka setiap bilah kelopak.Seperti pintu menyambut tetamu.
Inilah ganjaran~...bila menyahut seruan dayuan cinta-Nya.
Seluruh penduduk isi langit,mendongak rupa wajah ke bumi.
Melihat kamu yang terbit bersinar.Dari jauh dasar ke air tenang.
Cinta terhikayat...cinta alami.
Anak manusia terlarang menaklukinya.
Maka tertanya-tanyalah,Ridhuan yang terakhir ;
Warna-warna terlahir,mengoncang hati.
Jika aku petik...terbunuh si bunga bugar.
Pasti nanti..Kamu layu indah di tangan ??.
December 19, 2010 at 2:53 AM
hati memberontak..
mahu menjadi pengkritik yang pertama..
yang utama dan perdana...
klasiknya luahan cinta itu..
sampai hati yang ranum takut dipetik insan..
hahaha..
cinta yg universal..
bak medan magnet yg punya dua polar..
namun cinta yang terulung..
ada didalam hati..
disudut yg paling dalam..
benar kata orang..
dari mata turun ke hati..
mata yang terpukau dek indahnya alam
dek birunya langit..
dek hijau pepohon
dek jingga kemilauan suria
dek kuning kerlipan bintang..
turun ke hati memuji kebijaksanaan Pencipta yang Maha Menciptakan segala2..
itulah cinta yang luhur dan jelas..
me..
selamat berkenalan..
lahirkan byk sumber seni asli..k?
yang benar,
yang sebenarnya bukan estetik,
tp jujur..
hahaha..
ikhram
http://bilaorangnogoriceloteh.blogspot.com
December 19, 2010 at 7:06 AM
Puitis sgt bahasa ..sedap
December 19, 2010 at 10:08 AM
bunga telah terbunuh di dalam jiwa saya
tiada cinta
bau cinta sungguh busuk.
December 19, 2010 at 9:19 PM
Itamrazali-Salam kenal ya.Terima kasih untuk setiap kata-kata sokongan.
Anisa-Tak mengapa.Besok cinta akan tersemai lagi mungkin ??.
Masa pasti akan memberitahu kamu...
bila dan di mana.