Ori-Gami
15.5.10 by MORIBAYU![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOS9NTh6MH-13BLPzmej8fMOxB20JE2kXpzLXi157L7RO36kFBHp2zhKtv3w4T9iMd1OSXrLjsUDmbLWl8Y71heGn9c-z7wVEnieyC5lS4J2d5t7izRtCPljIu4pBfI21WrA3cuBkEPwSV/s400/DSC_0358.jpg)
Owh , aku sekarang ...amat mudah terleka dengan seni Origami. Minggu lepas , semasa merayau-rayau di MPH , Seremban 2. Aku terjumpa dengan buku seni origami ini. Isinya amat padat, dengan segala informasi dan teknik-teknik asas tentang seni origami. Amat sesuai sekali untuk sesiapa , yang baru berminat. Panduan untuk membuat hasil origami dari buku ini , amat mudah. Malah halaman ilustrasinya juga amat lengkap , penuh berwarna-warni dan senang untuk di fahami.
Aku dari dahulu lagi. Memang mahu mempelajari seni kertas , dari negara matahari terbit ini. Cuma dulu , Aku masih lagi tercari-cari buku yang sesuai. Dulu , pernah juga ada , buku tentang origami...yang aku suka. Tetapi , harganya amat terlalu mahal. Ada juga buku yang aku belek-belek dan amat berminat , namun terlalu kompleks teknik dan cara kerja menghasilkan seni origaminya. Tapi kali ini tidak lagi. Buku ini memang memenuhi segala kehendak, dan ciri-ciri yang aku cari selama ini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5_TKPg8WpWTA0XoVfcCaqKzpoZjOX9PeXit1n4fzDwt9V7kk-XAI6-h_1jk5PrwtZIrKRhOuewySnDD134mGWH7dmYuQDDPa7VnIyQWe0kR1nyTm2Tj0jS5Wv0mOTrw_Mu55osVP4WE6V/s400/DSC_0359.jpg)
Terima kasih tuhan...Kerana takdir-Nya , akhirnya aku jumpa juga dengan buku ini. Dengan mengandungi lebih 80 jenis Origami untuk di cuba buat. Bersamaan Kualiti bukunya , yang amat bagus. Percaya atau tidak. Aku cuma membayar RM 22.90 untuk harga senaskah. Hey..hey , mmg berbaloi-baloi. :P