Cenkang Kamu
[Jam 5:45 petang ]
Di Meja Belajar...Sambil Memegang Sebutir Cenkang.
Tiada Siapa Yang Mampu Menduga ...
Apa yang disembunyikan, di dalam Cenkang kecil ini.
Ianya mungkin menyimpan secebis Memori - Harapan -
Sejarah Silam dan Kenyataan.
Siapa yang tahu ?? - Siapa antara kalian , yang pernah ambil tahu ??.
Ianya juga ... mungkin hanya,menampung kelodak :
Memenuhi kekecewaan yang menghitam.
Siapa yang mahu Tahu ?? Kerna :
Memecahkanya bukan satu pilihan.
Meneropong ke dalam , bukan satu tindakan.
Melubang kulit keras nya .. bukan satu kebaikan.
Aku tak mahu ambil pilihan -
Aku tak mahu memecah - Aku tak mahu melubangi
Maka aku letakan kamu , jauh dari pandangan mata ini.
Aku sapu ombak di atas kamu : Agar lena lenyap....diselimuti pasir menghalus.
~
Diam kamu - Diam Aku.
Maka jalan cerita kita pun : berbeza semula.
August 9, 2010 at 10:47 PM
sukar difahami. tapi bagus.
August 30, 2010 at 11:17 PM
adi - ini sudah dijinakan. mungkin sudah mudah untuk difahami.