<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

:-)

22.9.13 by MORIBAYU

Besok pagi~Aku akan kembali duduk menulis semula.Selepas berbulan-bulan blog peribadi ini hidup tenggelam timbul dari pengisian cerita dan pandangan.Kenapa tidak ? Ini adalah blog milik peribadi aku.Di sinilah,sejak 5 tahun yang lepas aku luahkan segala-galanya.Segala rasa yang terbuku di dalam benak dan putaran kisaran minda.Aku rangkumkan semuanya dalam bait-bait metafora.Aku sorokan segalanya,di dalam kiasan puisi dan tenunan sajak.Kerna inilah bahasa kata aku.Aku tak pernah kisah jika blog ini sepi tanpa pengunjung.Aku tak peduli sekalipun,jika apa yang aku paparkan tak menarik minat minda kalian untuk dipersonakan.Kerna ini adalah 'Aku Pelukis'.Siapalah aku untuk terlalu didambakan ?.

Tapi~aku memang peduli.Jika segala hasil blog ini dijaja kesana kemari tanpa keizinan dari aku.Selama 5 tahun~aku sudah berdepan dengan pelbagai kerenah makhluk sial di luar sana.Yang tak pernah putus-putus mengaut untung mudah dari isi blog ini.Dan perkara ini benar-benar buat aku rasa sangat terasa hati.Susah dan payah sangatkah untuk meminta keizinan ?.Terus terang aku cakap.Selama ini sudah banyak pihak yang datang kepada aku.Dan minta keizinan untuk mengunakan bahan-bahan yang aku letakan di blog ini.Dan aku dengan rasa senang hatinya,mudah memberikan kebenaran.Tak pernah ada satu permintaan pun yang aku tolak.Asalkan niat mereka untuk mengunakan bahan-bahan dari blog ini,bukanlah untuk mencari keuntungan peribadi.Kerna hasil nukilan yang aku paparkan disini bukanlah untuk mencari untung.Aku sendiri pun,tak pernah mendapat apa-apa keuntungan dari blog ini.

Yang lebih memedihkan hati.Apabila ada segelintir pihak yang bulat-bulat mengambil bahan dari blog ini.Dan mengambil identiti aku,untuk menipu.Masya Allah,terus-terang kata.Benda inilah yang paling mengecewakan aku.Inilah tindakan paling zalim yang paling pedih pernah aku rasakan.Tanpa segan silu~Berani Mencuri identiti aku,dan terus mengkhabarkan pada umum.Yang segala hasil kerja aku adalah milik peribadi sendiri.Itu memang melampau !~Tak malukah ?.Berani menafikan kewujudan aku.Dan di dalam masa yang sama,mengunakan hasil kerja aku untuk mencari populariti ?.

Kerna manusia-manusia yang sebeginilah.Aku lama merendam rasa di dalam rajuk.Kalau sekali atau dua kali berlaku.Aku boleh tahankan diri lagi.Tapi bila,hampir setiap tahun perkara ini terjadi.Aku yang paling seutuh batu sekalipun.Lama-lama kekal retak pudar meruntuh juga.Dari kecewa~perasaan ini mula bertukar jadi amarah.Aku rasa macam diperbodohkan.Ralat sebab yang buat semua ini.Adalah bangsa aku sendiri.Yang bangga menyeret nama melayunya.Yang kekal bongkak dalam menjaja akhlak islam-Nya.

Dan ini buatkan aku terfikir.Kenapa bangsa aku sendiri suka membangsatkan bangsa sendiri ?.Aku tak pernah mendapat satu jawapan.Kerna aku sudah terlalu penat dan lelah untuk mengajar.

Dari dulu lagi,aku selalu nyatakan.Blog ini adalah untuk aku berkongsi inspirasi.Kerna aku tak punya banyak duit untuk ditabur pada kalian.Maka ini sajalah amal ibadat aku utk semua.Jika ada kata-kata yang aku lafazkan di sini.Kelihatan berguna untuk diguna pakai.maka gunalah..dan sematkan di jiwa.Jika ada foto-foto yang aku paparkan di dinding blog ini.Kelihatan mampu meruntun inspirasi kalian~makan lain kali di masa hadapan.Cubalah potreatkan foto-foto yang lebih baik dari hasil kerja aku.Untuk aku pula lihat..dan pesonakan.

Memuat turun photo-photo dari blog ini memang mudah.Kurang dari 5 saat,semuanya jadi milik anda.Tapi pernahkah terfikir ?.Aku yang rentung terbakar dek bahang panas di kaki gunung merapi ?.Atau waktu aku hampir beku dilanda angin ribut sejuk di tembok besar ?.Susah payah di dalam merakam photo,tak ada siapa pun yang mahu sudi mendengar.Maka salahkah jika aku terasa hati.Apabila kalian memuat turun gambar milik aku,dan mengaut untung tanpa silu ?.Salahkah aku meminta kredit ?.Waktu bila orang bertanya 'gambar ini milik siapa'.Dan kalian tanpa malu mengaku,ini adalah hasil kerja kalian.

Dan aku hanya mampu tersenyum tawar.Bila melihat skrin komputer melihat drama kalian.Yang hebat dan pintar berdrama menipu seluruh isi dunia dan diri sendiri.

Pelik rasanya,bila bahan yang kita kongsikan untuk sedikit amal.Akhirnya jadi modal untuk orang lain menambah dosa.

Jadi fikirlah~Setiap kali mahu mengambil hasil kerja orang lain.Fikirlah,jika kalian di tempat aku.Apa kalian suka ?.Setelah penat dan tenat bergelumang dengan masa.Apa yang diusahakan...dicuri tanpa belas.

Fikirlah....

Besok aku akan kembali menulis.

Kembali untuk cuba terus tersenyum,bergembira dan berkongsikan semua apa yang aku ada.Selama 5 tahun ini,telah banyak yang aku lalui.Dan ini mendewasakan aku sedikit banyak dari sebelumnya.Tahun ini,tahun terakhir sebelum aku masuk ke era umur 30an.Aku sudah terlalu tua..untuk terlalu keanakan dalam menghadapi dunia luar.Dunia yang akan kekal menzalimi tanpa kenal siapa.Dunia yang tetap dipenuhi manusia-manusia liar yang hanya punya biadab dari adab.

Untuk kalian di luar sana~yang sentiasa mengais untung dari jerit perih orang lain.Aku cuma mahu nyatakan.Teruskanlah usaha kalian itu.Sampai hujung waktu,kamu akan kekal tak kemana.Orang yang berjaya,adalah orang yg mengambil risiko..dan mengejar impian sendiri.Tapi jika hanya sentiasa mahu ambil jalan mudah.Maka dipersilakan.Moga kalian berjaya selamanya di dunia dan di akhirat.

Aku akan kekal mengukir senyum ini.
Aku mungkin retak dek kerna usaha kalian.
Tapi aku tetap punya semua dan segalanya.
'Aku pelukis' akan selamanya kekal selama aku bernafas.
Kamu boleh kais-rompak atau perandakan semuanya dengan segala domba.
kamu boleh jaja-drama dan jadikan ini trofi,sebagai milik sendiri.
Tapi hakikat paling nyata ?

'Hakikat'~yang akan terbit dari hati kecil kamu.
Hati kecil yang paling luhur dan naif.
fakta bukan fiksyen~Ini adalah kebenaran...








'Aku Pelukis' bukanlah 'Kamu Pelukis'.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.