Lukis
10.6.11 by MORIBAYU
Sudah seminggu,aku tak dapat tidur yang cukup.Kerana mahu menyiapkan kesemua ilustrasi-ilustrasi ini.Sudah 4 keping,yang berjaya disiapkan.Manakala baki 6 keping,masih lagi di dalam proses pemilihan gambar.Memang susah,nak cari gambar yang benar-benar cantik dari data web.Ikutkan hati,mahu saja aku ke Melaka besok pagi.Snap sendiri kesemua gambar untuk bahan rujukan.Tapi,besok aku ada jemputan makan malam..sama teman-teman.Jadi,kebanyakan masa aku.Dihabiskan dengan pencarian,gambar rujukan saja.
Kalau boleh,aku nak siapkan kesemuanya,sebelum hari sabtu.Kerana semua salinan,patut dihantar pada hari ahad.Tetapi,lihatlah...jika aku mampu untuk siapkan kesemuanya.Mengikut masa yang telah ditetapkan..Insya Allah bolehlah.Tangan ini pun,sudah berkematu dan amat lenguh rasanya.Ini kerana tabiat hakiki aku,yang dari dulu lagi.Memang amat suka memegang pen,dengan kuat dan menekan-nekan.Yay,walaupun..sudah lama aku melukis.Tabiat buruk ini,masih tak dapat nak dielakan.Puas sudah,aku memujuk diri~'Jangan tekan,jangan lah tekan'.Ok lah,aku boleh melukis elok saja.Tapi,selepas 5 minit.Aku kembali semula,ke tabiat asal.Aku menekan mata pen itu,seolah-olah.Macamlah dakwat pen itu,tak mahu keluar !.Tak mengapalah,tak kisah macammana sekalipun.Aku punya style memegang pen.Sekarang,aku mahu laju dan pantas dalam berkerja.Yay~Kenapalah tangan ini,tak laju melukis macam mesin printer ??.Jika tidak,mudahlah kerja aku selesai dengan cepat.ZzzZZzzZ-Aku memang sudah mengantuk.Nasib baik,ada secawan nescafe panas..sebagai teman.Nampaknya malam ini,aku pasti berjaga sampai ke subuh..ZzzZZzzZ.