<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-3355259866565760309', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Susah

24.7.13 by MORIBAYU

Susah sangat kah untuk menghormati Hak dan Hasil kerja orang lain ?.
Payah benar kah untuk memberi kredit atas penat lelah yang dah tumpah ?.
Apa jatuh ego dan tersungkur maruah kah jika terpaksa tunduk meminta izin ?.

Dah sudahnya ? Apa benda yang kamu pintar dan hebat~boleh buat ?.

Ya..Benar
Semua yang di atas ini memang tersangat payah dan susah~untuk dilakukan.
Benda kalau bersifat baik memang sudah termaktub susah sungguh nak buat.
Cuba kalau buat benda jahat ?.Tak payah suruh hari ini..semalam lagi~laju saja siap.

Kalau suruh rompak hasil kerja orang,ambil ikut suka..memang senang.
Mana pernah terfikir tentang perit-jerih orang yang nazak mencari inspirasi.
Biar bodoh sombong diri menebal,dalam mengais popular nama yang tak seberapa.
Biar tembolok tekak penuh berisi~dengan hasil curi.
Janji nama semerbak harum ternampak hebat di mata.
Walau kekal di hati~mengaum berulat bersarungkan celaka.

Itu memang kamu hebat !.Ini memang kamu agung.
Teruskanlah hidup serupa katak kembung bawah tempurung.
Orang yang berusaha sendiri,sehari dari hari..dia maju kedepan.
Kamu yang menyalak demi sesuap nama..kekal setapak di belakang garis mula.

Kais lah apa saja yang kamu jumpa di sini.Ambik-muat turun dan bawa pergi.
Demi Tuhan katanya~Walau yang nyata..demi pemenuh perut dan tekak sendiri.
Teruskanlah hidup~Mengais ehsan dan melekat pada usaha dan titik pelih orang lain.
Moga sampai takdir~Kau tercekik dengan segala hasil curi,yang kau fikir..mampu ditelan.

Hidup ini cuma sekali.Kalau inilah rentak yang kau nak permainkan dan merentak tari.
Maka aku doakan~Moga kau selamat diri untuk sampai ke hujung waktu.
Aku dah terlalu tua dan penat~Melayan segala kebodohan kau yang abadi.
Teruskanlah..teruskanlah~sampai satu detik,semua ini akan memakan diri.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.