<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Teman

2.6.12 by MORIBAYU

Setiap hari~Apabila aku sedang tekun melukis.Kucing ini pasti menunggu di sisi jadi teman.
Walaupun kelihatan sangat manja.Tapi bila aku datang dekat,pasti melintang pukang dia lari.
Wah memang kerek sungguh.Dengan muka-bulu-ekor kembang sebegitu.Patutlah bongkak !.
Aku berikana nama 'Mafia'.Sebab selalu terbalikan tong sampah~kerna mahu mencari makan.
Aduhai...memang letih setiap hari.Bila melihat sampah bertaburan dikerjakan oleh sang 'Mafia' kerek.

Selepas 6 bulan

1.6.12 by MORIBAYU

Hari ini~Aku baru berjaya mensiapkan satu sisi ruang mural.
Masih ada 2 lagi ruang kosong yang menanti untuk diwarnakan.
Harap akan siaplah semuanya nanti,sebelum bulan puasa bermula.
Musim panas sudah bermula.Ahh pasti melegam aku dibakar terik.

Hujan

30.5.12 by MORIBAYU

Hari ini~selama hampir 5 jam hujan turun mengerimis tanpa terniat mahu pulang.
Bila butir hujan yang terakhir terjatuh membunuh diri.Aku menjumpai ini di atas tetikar rumput.
Sangat bersinar-Sangat terang dan menyilaukan.Menyala untuk memanaskan hati yang kelam.
Terima kasih Tuhan.Untuk semua keindahan ini.Buat hari aku jadi bermakna~kembali sempurna.

Maha-Marah-Raja

29.5.12 by MORIBAYU

I
Aku bukan putra pilihan untuk menjadi Maha-Marah-Raja.
Setiap kali aku dimahkotakan di atas takhta mewah kebencian.
Oleh sang Iblis yang mahu melihat~Aku agung disinari pelita kebencian.
Aku akan rela mengesot turun.Melata mengemis pada gelap sunyi dan sepi.
Kerna aku hidup segar di atas ehsan belas dan kasih-sayang Allah Yang Tuhan.
Jadi kenapa aku perlu lokek dan berkedut kedekut kepada sekeping emas kemaafan ?.
II
Jika disepak dengan kemarahan~biasanya aku suka untuk diam.Kenapa ?.
Kerna membuka mulut.Hanya menambah oksigen..untuk aku terbakar hangus.

Demam

28.5.12 by MORIBAYU

Sudah hampir seminggu berlalu,sejak aku dicium dengan 'Demam Panas'.Azabnya hanya tuhan yang tahu.3 malam tak tidur,kerna dijilat sakit kepala.Ditambah kenaikan suhu badan yang mencanak-canak hangat.Masuk hari ke-5,aku gagahkan diri ke kedai gunting rambut.Terlalu rimas sudah dengan rambut panjang,kala otak berdenyut-denyut minta diberi ruang.Sudah lama aku tidak demam seteruk ini.Syukur aku tak mengalami masalah untuk duduk makan.Walau tekak dan lidah,telah payau seperti jadam.Namun selera untuk makan itu tak lah hilang tanpa dikesan.
Walaupun dihambat demam,aku masih kekal mejongket sehingga ke Ipoh.Dari manalah aku mendapat semua kekuatan itu ?.Memang betul cakap orang.Bila dah jumpa kawan,sakit semua hilang.Tapi bila sakit kembali datang ? (semua kawan hilang hahahaha ).Aku boleh layan berbual di dalam kereta,sewaktu perjalanan pulang.Dan masih kekal berjaga sehingga sampai ke rumah sekitar jam 3 pagi. (Sewaktu suhu badan aku,dah cukup panas untuk merebus ketupat ).Aku tak rasa aku demam.Aku rasa aku dah nyanyuk sebenarnya.Aku dah lupa yang aku sebenarnya demam takat nak mati dah.Tapi masih ligat meronggeng ke sana-kemari.
Di dalam 2-3 bulan ini~kualiti kesihatan aku memang sangat merudum jatuh dan merosot teruk.Demam+Selsema+Migraine silih berganti,ditambah bersama bacaan BP yg turun naik macam ekonomi greece.Itu tak kira lagi berat badan,yang turun naik macam emosi Anuar Ibrahim bila disergah wartawan.Arghhhhhh...Tuhan,berikanlah aku sedikit ketenangan.Apabila Nad berkata "Kamu asyik sakit".Buatkan aku terfikir sendiri~"Orang gila saja yang tak sakit..cik nad oiiii".Aduhai,siapalah yang mahu rela hati untuk demam+sakit setiap bulan ?.Aku pun dah naik muak nak pergi ke klinik.Apatah lagi nak derma duit,untuk membayar kos ubat sahaja ?.Doktor kata~"Kamu ini kurang makan sayur lah".Aku menjawap "Errr saya cuma vegi yang murtad".(berani dia kata pemakan sayur seperti aku..kurang makan sayur ?). Ahhh mungkin doktor pun sudah bosan melayan aku.Tuduhan dia itu,cuma tekaan  saja untuk menyedapkan hati aku.
Entahlah,mungkin terlalu banyak benda yang aku fikirkan sekarang ini.Hal kerja lagi.Hal tak cukup tidur.(yups,aku ada masalah tidur sekarang).Aku boleh tidur selama sejam,dan kekal berjaga untuk 2 hari yang berikutnya.Itu tak termasuk hal emosi lagi.Ahhhhhhh aku memang terlalu kompleks untuk dikendalikan.Aku selalu terfikir.Kenapalah hidup aku tak semudah A-B-C ?.

Sebalang Bakat

27.5.12 by MORIBAYU

Aku fikir bakat aku banyak.
Aku lupa kudrat aku cetek.
Aku fikir karya aku agung.
Aku lupa darjat aku nipis.
Aku fikir aku akan berakhir.
Aku tak lupa...aku sentiasa bermula.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.