<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Hujan

Hari ini~selama hampir 5 jam hujan turun mengerimis tanpa terniat mahu pulang.
Bila butir hujan yang terakhir terjatuh membunuh diri.Aku menjumpai ini di atas tetikar rumput.
Sangat bersinar-Sangat terang dan menyilaukan.Menyala untuk memanaskan hati yang kelam.
Terima kasih Tuhan.Untuk semua keindahan ini.Buat hari aku jadi bermakna~kembali sempurna.

“Hujan”

  1. Blogger nufab Says:

    indah selepas hujan. :)

  2. Blogger ibnbakr Says:

    salam muhammad
    -saya antara pengikut blog anda. terima kasih menyediakan sesuatu untuk dilihat dan dibaca..
    -nak minta pendapat sikit dan pertanyaan..
    1) saya minat dan boleh melukis, tapi lama dan tak lukis..nak try melukis dan lukisan itu dijual..bagaimana ia boleh dilakukan..?
    2)material sesuai yang diperlukan dan dimana hendak cari..juga anggaran kos?

    -terima kasih sudi menjawab..=)

  3. Blogger MORIBAYU Says:

    cik nufab~memang terlalu indah.lupa pula,yg hujan kelam sudah berlalu.

  4. Blogger MORIBAYU Says:

    salam ibnbakar.

    terima kasih kerna sudi membaca kata-kata kosong ini semua.Me tiada ada apa-apa untuk dikongsi,namun jika ini sesuatu yang bermakna untuk kalian.Syukur..kerna ianya tak terbazir dan menjadi berguna.

    untuk soalan saudara itu~ini adalah diantara cadangan saya.

    -pelukis amatur biasanya bermula dengan 'masuk bertanding ke pertandingan melukis'.tak pun,mereka akan mulakan promosi diri dengan menjual lukisan-atau menerima tempahan kepada pembeli-pembeli yang mereka kenali.(biasanya mereka adalah kawan-jiran-ataupun saudara mara ).

    langkah ini memang sangat berkesan.
    kerna sekali hasil karya anda tergantung di ruang tamu seorang pembeli.Effect domino akan bermula.Amat penting untuk menjenamakan nama.Agar mudah dingat dan dikenali.

    Ataupun jika anda mempunyai set koleksi lukisan ( dan keewangan )yang mencukupi.Boleh juga terus sahaja buat 'pameran' tersendiri di galeri-galeri awam ataupun peribadi.Ini adalah salah lagi satu cara untuk memperkenalkan diri,dan ciri-ciri genre lukisan anda kepada public.

    ada juga galeri yang memberi ruang untuk pelukis menghantar lukisan untuk dinilai.( ataupun menjadi Residence Artist )jika tema lukisan bertepatan dengan apa yang mereka kehendaki.Jadi peluang untuk lukisan anda diterima oleh galeri adalah tinggi.

    Satu lagi cara yang paling mudah,ialah dengan membina laman web peribadi.Ini adalah cara paling murah dan mudah untuk mempromosi diri.

    Biasanya pelukis membina nama.dari hasil kerja mereka.Jika lukisan punya kualiti-identiti tersediri,akan terwujud mudah daya potensi untuk menarik minat awam.

    Dari hasil kerja yang bagus dan unik juga~jenama nama pelukis akan mula diperkatakan.Selepas itu memang mudah lah untuk mendapat perhatian pembeli dan peminat.

    untuk material.bergantung kepada apa yang anda selesa untuk bekarya.
    kertas ? canvas ? cat minyak ? acryllic ? warna kapur ?.

    jika anda baru bermula.

    apa kata cuba pelajari semua jenis media.dari situ baru kita boleh nampak...apa jenis media yg kita senang menguna.bila dah kenal pasti...senang.Sebab kita tak mahu silap dan terikat kepada media yang tak sesuai dengan cara dan gaya lukisan kita.

    angaran kos berbeza.bergantung kepada jenis media-besar-kuantiti dan kualiti.

    cat minyak dan acryllic~memang memakan kos yang tinggi.
    kapur-dakwat-warna air...punya kos media yang serderhana.

    saranan saya~mula cari material di kedai-kedai lukisan yang menjual bahan-bahan lukisan dari stok yang lama.sebab harga ianya sangat murah.

    Harap ini sedikit sebanyak dapat membantu.

  5. Blogger ibnbakr Says:

    terima kasih muhammad atas perkongsian, ia membuatkan saya mula membaca mengenai lukisan, acrylic,.. dsb. banyak yang perlu dipelajari.
    - Mungkin saya ingin bermula dengan menggunakan acrylic dan kanvas..minta tunjuk ajar..soalan saya..
    - adakah set melukis untuk kanvas ada dijual?adakah set bermaksud =lengkap dengan stand/frame yg memegang kanvas ketika melukis dengan saiz2 tertentu(amat jahil dgn dunia lukisan..~huu),
    -dimana boleh didapati..maybe lokasi yg spesifik?
    -anggaran kos (utk kanvas & acrylic)?
    -selepas lukisan siap, biasanya hantar ke kedai frame untuk diframekan sendiri.?
    - berapa harga biasa yg boleh dijual untuk lukisan acrylic di kanvas dengan saiz 1mx0.7m maybe..or 0.5mx0.3m..or ada saiz standard dalam dunia lukisan..?

    maaf mencuri masa kamu untuk mengajar saya..

  6. Blogger MORIBAYU Says:

    Untuk media canvas.

    -(Stretched canvas) adalah canvas yang mmg sudah siap di frame.Ini mmg senang didapati.Terdapat di dalam berbagai jenis saiz dan bentuk.Begitu juga dengan jenis kualiti.Harga pun sangatlah murah dan berpatutan murah.

    -(Un-stretched canvas)
    Canvas gulung juga ada dijual.Biasanya pelukis akan membeli,jika mereka mahukan menghasilkan lukisan di dalam bentuk scala yang tersendiri.
    tetapi...jika guna canvas gulung.Anda kena bina frame sendiri.

    Lokasi
    -ada 2 lokasi kedai lukisan yang saya selalu pergi.Iaitu :di sec 2 shah alam.(berdapan medan selera sec 2).
    ataupun dulu,saya selalu pergi ke Taman Melawati.Ada 2 buah kedai menjual alat lukisan.Di barisan kedai yang betul-betul berhadapan dengan Malaysian Institute Of Art(MIA).

    canvas-boleh dibeli dari harga sekitar rm10 ringgit..sehingga ke 200.00.(Bergantung kepada saiz).

    acrylic-sekotak set warna(rm30-40ringgit .bergantung pada jenama.Harga agak mahal sedikit,jika mahu membeli satu warna bersaiz tiub besar.

    anggaran kos=paling rendah boleh mencecah sekitar rm 70.00.

    (itu bergantung juga pada saiz canvas dan pengunaan warna.

    frame-biasanya jika mahu menjual terus ke atas tangan pembeli.Lukisan biasanya tidak diframekan.(kerna pembeli mungkin mahukan jenis kayu/warna frame yang berbeza).
    boleh juga diframekan sebenarnya.Untuk buat lukisan kelihatan lebih kemas dan elok.
    bergantunglah..kepada kos.

    Lainlah jika kamu mahu menawarkan kepada pembeli,untuk membuat frame sekali.Maka kos membuat frame itu,akan dijumlahkan sekali dengan harga lukisan.

    harga lukisan itu,bergantung kepada kamu.tiada limit sebenarnya.lukisan bernilai bukan pada saiz.(saiz dan media adalah kos pembuatan).

    seni kamu..jika ada jiwa kreatif.
    nilai seni yang tinggi..maka tak mustahil untuk dianya dijual sehingga beribu-ribu ringgit.

    Jika kamu rasa lukisan kamu punya potensi-seni-dan nilai yang mampu dijual.Maka harga bukanlah satu soal.

    mungkin kamu boleh jual karya itu~untuk tanda pengenalan.
    sekitar dari 300-400 ringgit.

    jika karya kamu telah mempunyai peminat.
    insya allah...pasti ada rejeki yang lebih lagi,untuk kamu terus duduk bekarya.

    harap jawapan ini dapat membantu.
    selamat bekarya dan berusaha.

    :-)

  7. Blogger ibnbakr Says:

    Terima kasih muhammad atas perkongsian yg amat bermakna..
    -moga kamu diberkati.

  8. Blogger MORIBAYU Says:

    sama-sama kembali,untuk kamu

    :-)