Selipar Saya Buruk - Selipar Dia Putus
2.1.10 by MORIBAYU
Hari itu...
Saya duduk dalam bas.Merenung lama .. pada selipar di kaki saya.Selipar tu jenama mahal . Tapi harga nya,tak lah semahal mana.Lebih kurang 40 ringgit sahaja.Lama saya perhati dan belek-belek.Selipar ini sudah terkopak sedikit tapak nya. Dulu,sudah saya gamkan..tapi selepas sebulan.Ianya masih lagi mau ternganga.Comel pula rupa-Macam si kerang yang sedang nazak .Selipar ini sudah mula berbau.Sebab ianya dibuat , daripada kain dan canvas. Terlupa saya nak basuh semalam.Lihat , hari ini ianya masih nampak comot sekali.Debu & daki bergumal di permukaannya.Berjalan-jalan di kota dengan selipar mmg mencari kuman. Kaki saya,akan cepat menjadi kotor di cium tanah dan lumpur.Lagi pula sekarang musim hujan .Lagilah cepat kulit kaki ini,bertukar warna.Aduh,pelik juga susuk tubuh ini kelihatan di mata orang .Si anak comel macam saya..amat comot pula kakinya.
Biarlah selipar di kaki,mmg harus kotor.Jika tidak,pakailah selipar di tangan.Tak kan sekali pun dia akan rosak,kotor dan berbau.Mudah bukan untuk diturut.Tapi jika disabitkan sebagai gila dan mereng.Janganlah merasa mau marah.Orang kita tak biasa sangat memakai selipar di tangan.Tapi...kalau mengunakan selipar untuk membaling kepada: anak orang [ atau anak sendiri ],segala keturunan hanjing atau buah masak...memang kita handal dan juara.

Sambil duduk termenung-kerana Bas berhenti Lama..menunggu lampu isyarat bertukar warna. Saya lihat ke luar.Jauh di seberang,ada seorang tua leka.Puas saya mengintai.Apalah yang sibuk pakcik tua itu..sampai bas lalu,dia tak tahan
Owh-dia sedang membetulkan selipar dia yang rosak.Tercabut sudah tangkai nya dari tapak. Selipar jamban mmg begitu sifatnya.Selalu tercabut,tercabut dan di rembat.Kesian pakcik tu , saya amat bersimpati kepada beliau.Sebab...seliparnya sudah putus.Macam manalah dia mahu naik bas ??. Atau berjalan pulang ke rumah ??.Selipar dia dah putuslah.Tapi kan..saat saya tengok pakcik tua itu .Dia hanya tenang dan tekun,dalam cubaan membetulkan selipar tersebut.Kasihan...walau beliau telah bersusah payah membetulkan selipar itu .Tapi masih tak betul-betul jugak. [ Tak betul ker apa..pakcik nieh ?? ] .
Mungkin perkara seperti selipar putus itu, bukan perkara besar bagi dia.Mungkin,ini bukan kali pertama selipar dia putus.Mungkin sudah beratus kali dia tertinggal bas,kerana selipar putus di perhentian Bas.Yeah , dia dah hidup lama.Pasti dia dah lalui banyak perkara.Yang lagi susah dan senang.Mungkin juga..sesuatu yg tak mampu untuk dibayangkan.Selipar putus mmg bukan satu isu besar.
Lainlah....jika nyawa yang putus.