Kembara Ke Bumi Indonesia Raya
17.11.10 by MORIBAYUSelepas hampir setahun merancang perjalanan.Akhirnya,aku menyahut juga seruan kembara ke Bumi Indonesia.Pada mulanya,aku hanya berkira-kira mahu bercuti ke Borneo sahaja.Sebab dari dulu lagi,aku teringin hati...mahu memanjat ke puncak Gunung Kinabalu.Tetapi,bila memikirkan semula plan perancangan itu.Hurm,tak larilah gunung itu jika dikejar.Lagipun,aku mempunyai abang yang tinggal di Labuan.Lebih baik,jika trip pendakian itu.Aku rancangkan kemudian hari bersama dia.
Jadi aku berkira-kira pula,memilih untuk ke Angkor Watt.Terlalu lama sudah aku mendengar namanya.Seni binanya yang indah itu.Buat aku termimpi-mimpi untuk ke sana.Namun diatas nasihat berapa orang teman.Aku tahan dahulu, sahaja niat itu.Akhirnya,aku memilih untuk ke Tanah jawa.Owh,bagaimana aku boleh terlupa??.Bumi raya ini juga,pernah termasuk di dalam destinasi pilihan.Bacaan dan pendedahan waktu zaman kecil.Mengingatkan aku,betapa indahnya Bumi Indonesia itu.Dengan beratus keunikan budaya,adat resam dan tradisi di dadanya.Lantas, aku setuju sahaja untuk ke sini.