<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Kembara Ke Bumi Indonesia Raya


Selepas hampir setahun merancang perjalanan.Akhirnya,aku menyahut juga seruan kembara ke Bumi Indonesia.Pada mulanya,aku hanya berkira-kira mahu bercuti ke Borneo sahaja.Sebab dari dulu lagi,aku teringin hati...mahu memanjat ke puncak Gunung Kinabalu.Tetapi,bila memikirkan semula plan perancangan itu.Hurm,tak larilah gunung itu jika dikejar.Lagipun,aku mempunyai abang yang tinggal di Labuan.Lebih baik,jika trip pendakian itu.Aku rancangkan kemudian hari bersama dia.

Jadi aku berkira-kira pula,memilih untuk ke Angkor Watt.Terlalu lama sudah aku mendengar namanya.Seni binanya yang indah itu.Buat aku termimpi-mimpi untuk ke sana.Namun diatas nasihat berapa orang teman.Aku tahan dahulu, sahaja niat itu.Akhirnya,aku memilih untuk ke Tanah jawa.Owh,bagaimana aku boleh terlupa??.Bumi raya ini juga,pernah termasuk di dalam destinasi pilihan.Bacaan dan pendedahan waktu zaman kecil.Mengingatkan aku,betapa indahnya Bumi Indonesia itu.Dengan beratus keunikan budaya,adat resam dan tradisi di dadanya.Lantas, aku setuju sahaja untuk ke sini.


Dari Bandar Seremban aku bertolak menuju ke lapangan terbang.Dalam hening pagi,aku meredah kegelapan pagi.Syukur,semua urusan perjalanan berjalan dengan lancar.Di dalam kepala aku,sudah sendat dengan bermacam perkara.Apa yang mahu aku buat ??.Apa yang bakal aku terima ??.Adakah tanah raya,akan menjanjikan segala bermacam keindahan.Seperti yang pernah aku baca ??.Owh..aku ingin sekali merakam semua keunikan itu.Segera aku masukan bateri cam.Aku tahu,lensa cam ini..akan menjadi sangat-sangat tamak.Selama 4 hari aku berada di sana.


Cuaca cerah di luar.Seperti memberikan Baraka kepada perjalanan ini.Dan~Aku hanya melakar-lakar kosong,di dalam buku journal.Menghilangkan bosan itu memang kepakaran aku.Aku tak tahu, apa yang mahu aku coretkan.Semuanya kerana aku terlalu leka,memandang 'gula-gula kapas' di luar.Laju,tangan aku merakam..dan merakam.Semua ini,mampu jadi bahan untuk hasil kerja aku.Yay,kenapalah aku masih mahu fikirkan tentang hal-hal kerja???.

Hohohoho,hidup bergelumang dengan foto itu,memang satu sumpahan.Arghhhhhhhhh..,nasib baik aku sudah habiskan kredit phone.Jadi tiada alasa,untuk aku membalas pangilan atau menerima teks sms mengenai hal kerja.4 hari ini,adalah untuk aku diam dan sunyikan diri.Aku cuma mahu berehat.Aku telah berkerja keras selama ini.Malah untuk setahun ini,aku jarang dapat tidur yang cukup.Dengan trip kerja yang amat memenatkan.Terpaksa membahagikan masa,diantara 3 buah negeri.Owh..hidup aku memang macam mesin padi.Sekarang,aku mahu enjoy dan lupakan semua perkara.Aku nak ketenangan..yups.


Di dalam kepala,entah mengapa.Aku tergianga-giang bait rangkap sajak.Dari penyair Agung Chairel Anwar.Sejak dari kecil lagi ,aku selalu membaca bait sajak-sajaknya.Termasuk mahakarya beliau iaitu,sajak AKU.Mungkin,dulu aku hanya mengenal tentang Indonesia dari pembacaan dan buku sahaja.Setakat itulah,kefahaman aku.Tetapi,bila aku dapat peluang untuk mengenali rupabangsanya..aku menjadi teruja.Sampai nanti,aku mahu cuba rasa semua jenis makanan.Aku ingin rakam,sisi kehidupan populasi yang penuh warna.Arghh..banyak pula,benda aku nak buat kan ??.

Bila aku melihat jauh ke bawah.Aku cuba mengira-gira,sudah ke mana perjalanan ini membawa aku.Sudah melewati kepulauan Riau??,atau di pesisir tanah Sumatra ??.Aku tak betah untuk tahu.Semuanya nampak sama sahaja.ZzzZZZZzzzzz


Awan-awan yang berarak jauh itu.Memang pemandangan yang mendamaikan.Rasa kecil sahaja diri ini.Luasnya bumi Nya,buat aku terfikir jauh.Tentang,hidup ini adalah mengenai perjalanan.Aku selalu menjadikan pengalaman itu sebagai,kayu ukuran.Bila kita rasa,kita ini sudah hebat..dan telah menguasai sesuatu.Tetapi yang nyata ??.Masih ada banyak perkara,yang belum kita lalui.Masih ada banyak ruang yang perlu di terokai.Itu mengingatkan aku,untuk tidak mudah rasa selesa.

Hidup adalah perjalanan yang sangat panjang.Aku akan cuba,untuk mengambil setiap peluang dan rintangan yang mendatang.Aku akan cuba gagahkan kaki.Untuk berjalan di setiap jalan.Bak kata kawan aku : ~'Hidup cuma sekali,jadi nak tak nak...kene redah jerk'.Pesanan itu,memang membuka pintu hati.Mulai hari ini,aku sudah malas nak fikir benda-benda yang remeh temeh.Tetapkan matlamat,fikir sahaja tentang kejayaan..insya allah.Semua benda dan perkara,pasti akan jadi mudah.

Yaii,lamanya perjalanan ini !!.Penah sudah aku muhasabah diri.Bila mahu sampainya ??.Menyesal pula,tidak membawa 2-3 buah buku yang baru dibeli.Jika tidak,pasti aku tidak termanggu macam ini.Sedang aku berkira-kira,mahu terlena.Pengumuman telah di buat,yang pesawat telah pun selamat berada di dalam ruang udara Laut jawa.


Dihadapan,awan tebal jauh meninggi.Seolah menjadi tembok setia yang menjaga.Masya Allah,indahnya pemandangan.Melewati kepulan-kepulan awan,yang putih dan membiru itu.Aku merasa,diri ini seperti sehalus debu yang menumpang lalu.Pesawat semakin rendah.Aku semakin berdebar-debar.Kerana pesawat sudah mula merempuh kepulan awan di hadapan.Semuanya,terus bertukar menjadi putih.Tiada apa yang dapat aku lihat di luar jendela.Semuanya hanya pandangan yang tertutup.Sehinggalah,pesawat laju terbang melepasi ~


Bila pandangan mulai cerah............Aku terdiam.

Melihat,sawah padi yang sayup mata memandang.Petak-petak segar menghijau dan berselut air lumpur.Kelihatan sungguh harmoni semuanya,dalam melingkari pekan dan desa.Di bukit-bukau yang meminggir,kebun-kebun tea..rimbun suburnya.Semakin pesawat menghampiri ke tengah kota.Susasana,bertukar..amat kontrast sekali.Sana-sini kelihatan jalan berserabut-selirat.Dipadat sempitkan,dengan rumah-rumah beratap merah bata.Di kejauhan Gunung Tangkuban Perahu,gagah melindungi kota ini.

Aku terleka,dibuai perasaan ini.Indah sangat-sangat indah.Tanah ini terhampar dengan jutaan warna.Jika syurga itu,ada halaman...aku berani untuk mengatakan.Di sinilah tempatnya bermula.

Kerana inilah

Parijs Van Java

“Kembara Ke Bumi Indonesia Raya”

  1. Blogger Azah Says:

    happy EidulAdha Muhammad ;)

  2. Blogger Princess Ayang Says:

    gambar awan tu sangat cantik.. mesti lg indah kalau tengok dengan mata sendiri..

  3. Blogger Mohd 'Azim Kamaruzzaman Says:

    salam..
    lama xdtg menyinggah..
    Slamat Hari Raya Qurban!

    sakan berjalan yer?

  4. Blogger princess Says:

    hebat!!! mesti seronok dapat pergi ke tempat yang menarik...

  5. Blogger jejaka anggun Says:

    rambut gulung tuh... Marylin Monroe sangat....

  6. Blogger MORIBAYU Says:

    Azah-Salam Hari Raya AidilAdha..ya.
    :-)

    Princess Ayang-Hurm,yups...mmg mendamaikan lah.Sejuk mata melihat.

    Azim-Hey,lama tak ketemu kamu di sini.Owh,yps..cuti2 sahaja yuk !!.

    Princess-jauh berjalan..jauh pengalaman.

    Shaz-huh,hahahaahhaha.Yups,me dah tak tahu camner nak handle rambut nieh.

    :P

  7. Blogger alhariesz Says:

    persamaan gambar2 di atas adalah: awan & rambut...hehe

    melawak je... ;D

    teringin juga mau naik burung besi...mau cari peluang terbang, tapi blom mampu...huhu.

  8. Blogger MORIBAYU Says:

    alhariez-hahahahahahaha...ya,rambut me semakin bergulung-gulung now.

    :P

    tak mengapa.
    insya allah,besok-besok ada lah peluang yg mengetuk pintu.

  9. Blogger Hizami Li Says:

    wow.
    great pictures !
    XD

  10. Blogger MORIBAYU Says:

    hizami-Hey,mana ada !!! :P