<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Tarian

12.1.11 by MORIBAYU

Nur

11.1.11 by MORIBAYU

Pagi masih hening lagi,di tengah kota Jakarta.Jalan-jalan di dada kota ini,hanya sunyi dan lengang tanpa penghuni.Hanya kadang-kadang,terlihat juga kelibat para penunggang basikal.Pantas laju,dalam melintasi setiap lorong dan tebing jalan.Berbeza sekali dengan situasi pada hari berkerja.Di hujung minggu,jalan-jalan di kota Jakarta sungguh aman dan tenang.Tiada kesesakan dan hiruk pikuk mobil dan bas yang menyarat.Kota ini,seolah mati sudah.











Cuaca agak dingin bertiup. Aku berjalan laju,dalam mencari restaurant yang berhampiran dengan hotel penginapan.Perut sudah mula lapar minta diisi~Aku cuma mahu bersarapan.
Baru berjalan sejauh satu blok.Aku sudah terjumpa juga,dengan sebuah restaurat yang baru dibuka.Di tepi pintu masuk restaurant.Aku lihat,ada sebuah gerai pendati menjual sate.Terdetik aku berbisik di dalam hati.Jika di semenanjung,memang tiada orang yang bersarapan dengan sate.Ingin juga aku membeli dan merasa.Tetapi setelah diingatkan,tentang mutu dan kualiti kebersihan.Aku lupakan sahaja niat itu.Aku cuma merenung kosong wajah tua,si penjual sate itu.Tidak mengapalah,mungkin lain kali sahaja aku datang membeli.

Sedang aku menikmati sarapan.Mata aku,kosong memandang ke luar.Aku perhatikan sahaja.Penjual sate itu,kusyuk dan tekun dengan dunianya.Aku terfikir-fikir,adakah orang mahu datang membeli ??.Lakulah barang jualan beliau hari ini ??.Beratus-ratus persoalan,menerpa pintu fikiran aku.Tiba-tiba,cahaya matahari pagi..kelihatan jatuh subur ke pendati sate itu.Dalam sekelip mata sahaja.Pemandangan sekeliling kelihatan berubah.Alam sekelilinga mula kelihatan terang,bersinar dan segar.
Entah mengapa,perasaan kesyukuran itu~Mula menyelinap dan mengalir laju ke dalam hati aku.Aku merasakan yang situasi pemandangan ini~Adalah satu kejadian,yang amat spiritual sekali.Dalam kontrast gelap pagi dan cahaya pagi.Pendati sate itu,kelihatan seperti lukisan hidup.Bayang-bayang bangunan di sekeliling~Berbaur aman dengan kepulan-kepulan asap dari bara dapur.Semua campuran elemen ini.Menghasilkan rupa pandangan yang amat indah dan mendamaikan.Cahaya pagi itu amat terang,dan tak pula kelihatan membahang.Pakcik penjual itu,kelihatan tenang sahaja air mukanya.Jauh di dalam hati,aku mula diulit rasa kesayuan.
Aku menganggap,kedatangan cahaya pagi itu.Sebagai sebuah jawapan kepada soalan-soalan aku.Rejeki dan Baraka itu,pasti dan akan sentiasa ada.Kerana ini,adalah janji-janji dari Nya~kepada semua makhluk.Sekarang semuanya terpulang kepada kita.Untuk menentukan segala-galanya.Jika kita mahu berusaha dan sentiasa cekalkan hati.Pasti pintu rejeki itu,akan sentiasa terbuka.Rahmat tak akan turun dari langit,sebegitu sahaja.Yang penting...kita jangan mudah putus harapan dan asa.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.