Baru
5.1.13 by MORIBAYU
Untuk tahun baru~Aku memang tiada terfikir pun untuk mempunyai azam yang baru.
Kerna dulu aku banyak buat azam.Tapi sehabis masa berlalu.Azam hapus entah kemana.
Maka untuk tahun ini~Aku cuma mahu tegas dan displin diri dalam melakukan apa sahaja.
Mencabar diri buat banyak perkara & memperbaiki sifat dan laku yang banyak kekurangan.
Aku mahu lebih tona warna terbaru.Untuk mendefinasikan sebuah kehidupan singkat ini.
Juga memberi lebih banyak ruang dan peluang~Dalam mencari sebuah pengalaman.
Aku tak mahu lagi selesa untuk takut.Duduk didalam kepompong bayang-bayang sendiri.
Sudah tiba masanya,untuk aku melompat keluar.Dan pergi terbang sejauh yang mungkin.
Untuk teman-teman,Aku akan lebih mencuba.Untuk bersifat mudah dan tak kompleks.
Benarkan aku~Untuk lebih mencintai kalian semua.Kerna kalian sahaja yang aku punya.
Untuk kekasih.Maaf jika selama ini~Aku terlalu berupa sebuah teka-teki sulit utk di rungkai.
Terima kasih kerna kesabaran kamu untuk ngerti aku.Benar-benar merubah rupa hati ini.
Aku berharap untuk tahun 2013...Moga usia ini cukup panjang untuk amal kebaikan.
Dan cukup pendek..untuk aku terus memeluk erat sebuah kelalaian.