<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6911493868534090098\x26blogName\x3dAku+Pelukis\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://megateusofe.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://megateusofe.blogspot.com/\x26vt\x3d-4542146822625164856', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Sarapan

13.10.12 by MORIBAYU

Aku sedang duduk bersarapan.
Dengan malas meneguk air kosong bersama roti bakar kosong.
Semuanya terasa tawar tanpa perisa dan nikmat.Lantas aku berhenti menjamah.

Apabila aku melontar pandangan kosong ke luar jendela.Aku telah terlihat sebuah babak kehidupan ini.Sungguh indah susunnan ceritanya~tentang Seorang Nenek tua berkebaya lusuh berpadanan dengan kain batik yang cantik terikat.Aku melihat dengan tekun.Aku tak tahu dari mana dia datang.Mungkin dia berasal dari kampung setinggan yang terletak berhampiran.Dalam bersusah payah digoyah sekelongsong tubuh usang.Dia mengatur setiap langkah cermat.Dengan segala kudrat sepasang kaki tua yang tidak bersarungkan selipar.Telapak kaki itu tak gusar untuk memijak debu-debu jalan.Dalam terang cahaya pagi yang mula mencerah.Dia berjalan tanpa menghiraukan kereta dan motor yang melaju dijalanan.Suasana pagi di Kota ini sentiasa celaru dengan kegilaan,tetapi Sang Nenek Purba masih berjuang dalam sisa dunia milik-Nya.Tiada siapa mempedulikan beliau~tiada juga beliau mempedulikan siapa.Tiada siapa pun di sisi nenek tua.Membuatkan aku terfikir,tiada sesiapakah  yang risaukan tentang keselamatan dia ?.Apa dia tak punya keluarga ?.Jika ada kenapa membiarkan dia berjalan tanpa kasut keseorangan di tengah sibuk jalan ?.Melihat nenek tua berjalan keseorangan dalam sesak laju kenderaan yang meribut ?.Banyak persoalan timbul subur di benak fikiran aku.Kerna aku tak biasa melihat seorang nenek tua,berjalan keseorangan di tepi jalan.Apatah lagi di dalam kota sebesar ini.Aku cuma risaukan tentang keselamatan dia.Ahhhhh~Aku cuma terlalu merasa belas dan bersifat naif.Aku melihat lagi ke luar.Dan...

Dia masih keseorangan.

Sehinggalah datang seekor anjing.Berjalan berpusing-pusing lincah mengelilingi nenek tua.Seperti Sang penjaga,anjing itu setia mengikut langkah nenek tua.Apakah anjing itu milik nenek tua ?.Aku tak pernah mahu mendapat jawapan.Bagi aku cukuplah ada yang mahu 'menjaga'.Nenek tua dan anjing itu,terus berjalan pergi.Bersama mengharungi pudar pagi.Aku sorot dengan tekun sehinggalah kedua mahkluk tuhan itu..hilang dari pandangan.

Aku sambung duduk bersarapan.
Dengan rajin menonggang air kosong bersama roti bakar kosong.
Semuanya terasa pekat dengan perisa dan nikmat.Pantas aku teruskan melahap.

7:30

12.10.12 by MORIBAYU

 7:30 pagi Waktu Indonesia Barat.
 Hingar-Bingar di luar mula mengejutkan aku dari tidur yang paling tenat.
Secawan kopi perisa murtad dan Sekeping Roti rentung untuk Sarapan.
Sambil duduk menonton kusyuk Peta Kota Jakarta yang berselirat sesat.
Mencari-cari arah ke mana tersembunyi 'Batavia' yang mahu aku tawan.

111

11.10.12 by MORIBAYU

Setiap kali aku merancang untuk pergi berjalan jauh.Aku akan memastikan untuk membawa sebuah buku untuk dibaca di dalam perjalanan.Aku bukan spesis manusia yang boleh duduk berjam-jam tanpa berbuat apa-apa.Aku tak dicipta untuk melihat masa terbazir habis begitu sahaja.Jadi seminggu sebelum bertolak pergi.Aku sudah berkira-kira untuk memilih-milih.Apakah jenis buku-buku terbitan terbaru yang ada dipasaran.Aku tak  kisah bertema tentang apa.Cuma mahukan sebuah buku yang bersaiz kecil,untuk mudah dibawa.Berisi cerita yang mudah dan bersuasana santai.kerna minda aku sudah cukup terbeban untuk menghabiskan cuti panjang,dengan sebuah buku yang mengusutkan.Ada 2-3 pilihan yang menarik perhatian.Namun di akhirnya aku berkeputusan untuk terus memiliki buku ini.

Dari sebuah lembar ke lembar yang lain.Dari se-muka ke surat yang berbeda.Dengan seluruh payah aku meneruskan khusyuk bacaan.Isinya terlalu mencuba dalam meruntun emosi dan perasaan.Sehinggalah aku sampai muka surat 111.

If You Want Somebody To Change So Much
What is it that You Love about That Person ?.

Dan aku terus menghentikan bacaan.

Batavia Aku Datang

10.10.12 by MORIBAYU

Seminggu ke Batavia.Aku tak merancang untuk membuat apa-apa.
Aku cuma membiarkan diri untuk tercampak-terarah ke mana-mana saja.
Adakala hidup tak perlukan perancangan.Biar Takdir dan Tuhan Tentukan.
Tugas Aku ? Aku cuma Sang Penjelajah yang hanya sedia untuk menjarah.

Sabar

9.10.12 by MORIBAYU


Seharian aku duduk melukis.Dan apabila ianya berakhir..akhirnya aku tahu.
Sejauh mana kesabaran aku mampu pergi~Dan sebanyak mana aku punya.

T-u-H-a-N

8.10.12 by MORIBAYU


Anjing dan kucing tak pernah faham bahasa kamu.
Namun masih mahu kekal setia~dan masih punya Tuan.
Jadi kenapa kamu yang mulia,pintar bicara..dan bijak mendengar.
Tapi masih tidak ber "TuH'an" ?

Fakir

7.10.12 by MORIBAYU


i wanted to say 'i love You',
but instead i chose
to say
'love me'

it's i who is the fakir
in need of Your love,
while You alone
is the Real Sultan.

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.