<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\0756911493868534090098\46blogName\75Aku+Pelukis\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLACK\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75//megateusofe.blogspot.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://megateusofe.blogspot.com/\46vt\0753715129584700474509', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Sapu

17.12.11 by MORIBAYU

Dari tingkap bilik,aku lihat makcik tukang sapu~sangat leka melangsaikan kerja.
Dibakar di bawah panas terik.Sudah tentu,aku faham dan mengerti perasaan dia.
Kerna ketika dahulu~aku juga,pernah berkerja sebagai seorang tukang sapu sampah.
Syukur~Selepas bertahun-tahun berlalu.Aku masih kekal,di dalam berasa rendah hati.
Bermulakan hidup dari bawah~Akhirnya,aku lebih memahami apakah itu erti kehidupan.

Terbang

16.12.11 by MORIBAYU

Kesemua burung tahu~Langit bukanlah tempat yang paling terindah.
Tiada apa yang ada di atas sana~Kecuali Biru,Putih & Kekosongan.
Selagi mereka kenal~Batas dan sempadan sayap yang mereka miliki.
Melata di sisi rimbunan bumi~Adalah perkara terbaik untuk kekal gembira.

SONGLAP 2011

15.12.11 by MORIBAYU

'Nak tengok ajer pun boleh
~
Ya,sudah tentu aku akan 'nak tengok ajer dulu'.
Dan selepas itu,barulah duduk menaip review.

Pandang

14.12.11 by MORIBAYU

 Aku lihat kamu~Kamu lihat aku
Aku tak mampu bawa kamu pergi
Tapi~aku bawa imej kamu sekali.

Mesej

13.12.11 by MORIBAYU

Apabila aku merakamkan sekeping gambar.
Adakalanya,aku tak bermaksud mahu merakam perasaan emosi subjek.
Tetapi,lebih kepada luahan dari hati~Apakah sebenarnya yang aku rasa.

Setahun

12.12.11 by MORIBAYU

Sudah hampir setahun,aku tidak memegang bidai canvas dan bebatang berus.Kesibukan dengan hal-hal kerja,dan kesempatan waktu yang semakin terhad.Membuatkan aku sudah amat terleka diri~dengan minat dan hobi baru.Sekarang aku lagi senang menghabiskan masa dengan memegang Kamera.Hasil kerja foto,menjamin satu karya terbaik berbanding lukisan.Kamera memberikan kebebasan expresi diri tanpa batasan.Jadi tidak hairanlah.Jika selama setahun ini~Kamera adalah teman paling agung,untuk aku puja.

Ada masa,memang aku rindu untuk dikotori dengan warna.Tapi,detik masa terlalu cemburu~untuk memberi aku ruang.Jika ada masa sekalipun,aku lebih prihatin untuk melakar-lakar di dalam buku journal.Itu sahaja,pengubat rindu untuk aku berkarya.Masa kehidupan aku,semakin pantas ligat mengejar putaran.Hujung minggu saja,aku sudah kesibukan dengan kerja yang tak kenal kesudahan.Balik rumah,aku sudah kepenatan.Jarum jam tepat ke angka 1 atau 2pagi,baru aku dapat masuk tidur dan lena.Tiada lagi,rutin keseronokan untuk duduk berjam-jam~mewarna dan mengulit berus pada canvas.Apakah impian aku,untuk menjadi seorang pelukis sudah menjadi pudar ?.Aku sudah tak mempunyai jawapan untuk persoalan sebegitu.

Sehinggalah,aku menjumpai buku ini.Aku menyelak muka demi surat.Aku mengeja setiap perkataan dan tanda baca.Habis membaca,kesedaran aku 'terjaga'.Dan seolah diberi tamparan hebat.Aku tersedar dari lamunan sesat.Selama setahun ini,hidup aku berlalu~tanpa mencukupi makna kehidupan.Jauh di sudut hati.Aku terfikir-fikir,mungkin aku memerlukan sebuah 'pulau perlindungan' yang baru ?.Satu tempat dimana aku tak di ganggu ataupun menganggu.Aku sudah tak betah,untuk tinggal di Kota.Kesibukan dan kesesakan,tak lagi memberi apa-apa inspirasi.Aku sudah bosan.Berputar-putar pada sejarah kehidupan,yang sama dan berulang-ulang.Aku mahu nafas yang baru.Tahun hadapan,mungkin masa  paling tepat.Untuk aku membina dunia semula~dan mencari teman-teman baru.Kasut di kaki ini,sudah terlalu dahagakan sebuah pengembaraan.
Moga aku akan terjumpa,apa yang ingin di cari.
Harap Tuhan tak tamak,dalam memberi panduan.
Kerna Aku cuma setubuh manusia yg paling lemah
~dalam memahami erti keduniaan dan mengenal diri.

Jelata Jogyakarta

11.12.11 by MORIBAYU

Profil

Aku Bukan Seorang Lelaki Serius.
Aku Hidup Kerna Minat Terhadap~Log Journal-Buku Puisi Karya Rumi&Hafiz-Seni Foto&Karya Catan.Dan Aku suka Duduk Menonton Filem-Filem Indie dari Negara Iran&Perancis.


Carian Data

Catatan Terbaru

Catatan Pembaca

Koleksi Arkib

Pautan Web

Daftar Masuk

Segala bahan-bahan Media (Photo & Ilustrasi Lukisan) dan Bahan Penulisan (Puisi-Pandangan dan Luahan) adalah hak kekal milik peribadi Penulis Blog 'Aku Pelukis'.Segala pengeluaran bahan dan pindah milik isi kandungan blog tanpa keizinan penulis,adalah dilarang sama sekali.